Tuesday, 7 February 2017

DOA BUAT SEMUA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

                                 
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
                            
Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat daripada Mu Ya Allah.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang menang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, sabar dan redha atas segala ketentuan Mu.

Ya Allah bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami dan elokkanlah urusan dunia kami.

Ya Allah elokkanlah juga urusan akhirat kami, tempat kami kembali untuk selama2nya.

Ya Allah Wahai Tuhan kami, lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah kami menerima ilmu Mu.

Ya Allah berilah kami sepasang mata yang mampu melihat kebaikan orang lain, sekeping hati yang mampu memaafkan kesalahan, minda yang mampu melupakan kepahitan dan jiwa yang tidak pernah rapuh imannya.

Ya Allah jauhkan kami dari sifat sombong yang ada pada hati dan jiwa kami.

Ya Allah janganlah Engkau biarkan harta benda dan kekuasaan yang Engkau anugerahkan kepada kami menjadikan kami bersikap sombong dan menzalimi orang lain.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami hati yang lembut dan sentiasa mensyukuri nikmat kurnia yang telah Engkau berikan kepada kami.

Ya Allah Engkau rahmati dan jadikan hidup kami penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu. Ya Allah jadikanlah ibadah kami sebagai penghapus dosa2 kami.

Ya Allah terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami, kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.

Ya Allah ampunilah kami kerana kadang kala kami kurang bersyukur diatas nikmat itu.

Ya Allah begitu juga banyak kepincangan dalam ibadah kami. Ya Allah, anugerahkanlah kami dengan kekuatan iman.

Ya Allah, Ya Rahman rahmatilah kami dan berkatilah rezeki yang telah Engkau limpahkankan kepada kami dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

Ya Allah Engkau kuatkanlah keimanan kami agar kami taat mengerjakan segala suruhan Mu dan menjauhi segala laranganMu.

Ya Allah kami berserah diri kepada Mu Ya Allah, tiada daya dan kekuatan kami kecuali pertolongan Mu Ya Allah.

Ya الله kami memohon Ya الله, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله . َ

Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

DOA BUAT KAWAN KU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

ALLAHUMMA SALLI 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD, WA 'ALA AALIHI WASAHBIHI WASALLIM

1. Ya Allah jika disaat ini, ada kwn ku yg sakit, sembuhkan lah dia.  آمِيّنْ

2. Ya Allah jika disaat ini ada kwan ku yg bermasaalah, beri lah jln keluar utk dia.  آمِيّنْ

3. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku yg kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya. آمِيّنْ

4. Ya Allah jika disaat ini ada kawan ku yg bermasam muka diantara satu sama lain damaikan lah mereka.  آمِيّنْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku yg sesat duniawi, kurniakan Nur kpd dia.  آمِيّنْ

6. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kpd dia.  آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada kwn ku yg bersedih hati. kembalikan lah kecerian diwajahnya.  آمِيّنْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada kwn ku yg berada dipersimpangan jalan yg  berliku, tunjukkan lah jalan yg diredai oleh Mu.

آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
Mohon Engkau perkenan dan terimalah doa kami Ya Allah

DOA PAGI

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه*

*Ya Allah...*
Di pagi yang mulia ini...
Kau ampuni dosa-dosa kami, Dosa pasangan kami,
Dosa kedua ibu bapa kami, Dosa anak-anak kami,
Dosa saudara-saudara kami, Dosa jiran tetangga kami, Dosa sahabat-sahabat kami,
Dosa guru-guru kami,

*Ya Allah...*
jadikanlah zuriat keturunan kami tergolong di dalam zuriat yang menjaga solat..
Sihatkanlah tubuh badan kami, jauhkanlah kami dari penyakit dan bala bencana..
Cukupkanlah rezeki dan permudahkanlah segala urusan kami di dunia dan di akhirat. InshaAllah...

*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*

PERJALAN JAUH SEORANG LELAKI

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Bagi Seorang Lelaki Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Sebab Ramai Orang Kaya Tidak Sanggup Mengerjakannya.

Jangankan Sehari Lima Waktu. Bahkan Ramai Pula Yang Seminggu Sekalipun Terlupa.Tidak Kurang Pula Yang Seumur Hidup Tidak Pernah Singgah Ke Sana.

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Kerana Orang Cerdik Dan Pandai Pun, Sering Tidak Mampu Menemukannya.

Walaupun Mereka Mampu Mencari Ilmu Hingga Ke Universiti Di Eropah. Ataupun  Amerika.
Mudah Melangkahkan Kaki Ke Jepun, Australia Dan Korea.Dengan Semangat Yang Membara.

Namun Ke Masjid Tetap Saja Perjalanan Yang Tidak Mampu Mereka Tempuh...Walau Telah Bergelar PHD.._

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid.

Kerana Para Pemuda Kuat Dan Bertubuh Sihat Yang Mampu Menakluki Puncak Gunung Berapi.. Pun Sering Mengeluh Ketika Di Ajak Ke Masjid.. Alasan Mereka Pun Bermacam².. Ada Yang Berkata Sebentar Lagi.. Ada Yang Beralasan Tidak Selesa DiCop Alim..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..
Hatta
Pemain bola sepak yg kuat
Bertarung 90 minit,hampir
Saban minggu belum pasti
Gagah  kemasjid

Maka Berbahagialah Diri Mu Wahai Lelaki.. Bila Engkau Telah Terbiasa Melangkahkan Kaki Ke Masjid..

Kerana Sejauh Manapun Engkau Melangkahkan Kaki.. Tidak Ada Perjalanan Yang Paling mulia serta Membanggakan.. Selain Perjalanan Mu Ke Masjid..

Biar Aku Beritahu Rahsia Kepada Mu.. Hakikatnya Perjalanan Mu Ke Masjid Adalah Perjalanan Untuk Bertemu Rabb Mu..

Itulah Perjalanan Yang DiAjarkan Oleh Nabi Mu.. Serta Perjalanan Yang Akan Membezakan Mu Dengan Orang² Yang Lupa Akan Rabbnya..

Perjalanan Terjauh Dan Terberat Adalah Perjalanan Ke Masjid..

Maka Lakukanlah Walau...
Engkau Terpaksa Merangkak Dalam Gelap Subuh Demi Mengenal Rabb Mu..

Nescaya kamulah
Insan2 yg BERUNTUNG DI
AKHIRAT kelak.

*APABILA TERCEMARNYA SEKEPING HATI YANG BERSIH...*

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Di antara penyebab yang membawa kepada kotornya HATI...

*1- Pemarah*
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

*2- Pendendam*
Tersembunyi ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

*3- Hasad dengki*
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

*4- Bakhil*
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih menyukai orang yang fasiq tetapi pemurah akan tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq itu dimurkai Allah, tetapi pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

*5- Tamak*
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

*6- Tidak sabar*
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

*7- Ego*
Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Pasal semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.

*8- Riak*
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.

*9- Cinta Dunia*
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara totalnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain lainnya, tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.

Sama ada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.

Wallahu A'lam...

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….

Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam...

AL KISAH SI KATAK DAN SIPUT

🌳ASALAMUALAIKUM🌳

Kisah siput n katak.. sekadar utk renungan bersama...

Ada seekor siput selalu memandang sinis terhadap katak

Suatu hari, katak yang kehilangan kesabaran akhirnya berkata kepada siput:

"Tuan siput, apakah saya telah melakukan kesalahan, sehingga Anda begitu membenci saya?"

Siput menjawab :

"Kalian kaum katak mempunyai empat kaki & dapat melompat ke sana ke mari,_
Tapi saya mesti membawa cengkerang yang berat ini, merangkak di tanah, jadi saya merasa sangat sedih_"

Katak menjawab_ :

"Setiap kehidupan memiliki penderitaannya masing2, hanya saja kamu cuma melihat kegembiraan saya, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami (katak)_"

Dan seketika itu, ada seekor helang besar yang terbang ke arah mereka, siput dengan cepat memasukkan badannya ke dalam cengkerang, sedangkan katak dimangsa oleh helang_...

Siput terharu...
Akhirnya baru sedar ...
ternyata cengkerang yang di milikinya bukan merupakan suatu beban...
tetapi adalah kelebihannya...

*_Nikmatilah kehidupanmu_*..
*_Tidak perlu dibandingkan dengan orang lain._*
*_IRI HATI_* _kita terhadap orang lain akan membawa lebih banyak penderitaan_...

Rezeki tidak selalu berupa emas, permata atau wang yang banyak, bukan pula saat kita di rumah mewah & pergi berkereta

rezeki juga adalah jiwa dan hati yg tenang

ENAM TANDA KIAMAT

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله

اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِه فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَا وَسِعَهُ عِلْمُ الله💚💚💚
صباح الخير
               

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا اتِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

*Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1415.*

Dari Auf bin Malik r.a., katanya: Saya datang menghadap Nabi S.A.W waktu peperangan Tabuk dan beliau dalam khemah dari kulit, lalu beliau bersabda:

"Hitunglah enam tanda kiamat:

Wafatku,
Penaklukkan Baitul Muqaddis,
Banyak orang mati bagai kambing diserang penyakit,
Banyak harta sehingga seseorang diberi seratus dinar, ia merasa jengkel (merasa sedikit) dan fitnah,
Tiada satu rumah orang Arab pun yang tiada dimasukinya,
perdamaian yang ada antara kamu dan Bani Asfar (bangsa kulit kuning), mereka menipu lalu mereka datang kepada mu di bawah lapan puluh bendera; di bawah tiap-tiap bendera terdapat dua belas ribu tentera.".

11 BERITA GEMBIRA UNTUK "KAKI MASJID."


"Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!" Begitu sentap sekali perkongsian yang diterima dalam Whatsapp tempoh hari. Beruntunglah orang yang digelar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran berikut;

1- Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)

2- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)

3- Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslimpun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)

4- Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah. (Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)

5- Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)

6- Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia kembali kesitu semula."

7- Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)

8- Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat al-Tirmizi)

9- Rasulullah bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)

10- Rasulullah berasabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang." (Riwayat Ahmad)

11- Allah berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertakwa."  (Al-Hujurat 49: 13)

* Ya Allah semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu di syurga.

"Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu Dawud)

USAH BERSEDIH DAN BERDUKA

😢

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yang dikhianati oleh saudara-saudaranya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yang dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yang terperangkap di dalam perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yang ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yang tidak dapat bertutur dengan sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya.

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yang membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yang besar tanpa soal.

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yang terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yang hebat-hebat ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran, dengan tujuan agar satu hari nanti, manusia seperti saya dan kamu, bilamana berhadapan dengan sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UNTUK SEGALA-GALANYA YA RAHMAN..

Jika sudi dikongsikan kpd rakan2 anda...

KISAH SANGAT MENARIK MENGENAI RASULULLAH


1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
.
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
.
6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
.
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
.
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.
.
"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"
.
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
.
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"
.
Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

😊Bhgian  dakwah jakim😊

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...