Wednesday, 1 July 2026

Al-Quran Nilai Yang Besar

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Al-Quran Nilai Yang Besar
 
عَن عُقبةً بنِ عَامِرٍ رَضيِ اللٌهٌ عَنهٌ قَالَ خَرَجَ عَلَينًا رَسُولٌ اللٌه صَلْي اللٌه عَلَيهِ وَسَلٌمَ وَنخَنُ فيِ الصفٌةِ فَقَالَ اَيٌكُم يُحبٌ اَن يَغدُ وَ كُلٌ يَومٍ اِلي بُطحَانَ اَواَلى الَعقَيقَ فَيَاٌتيِ بِنَاقَتَينِ كَومَاوَينِ فِي غَيِر اِثمٍ وَلآ قَظيعَةِ رَحَمٍ فَقُلنَا يَارَسُولَ اللٌهِ كُلٌنَا نُحِبٌ ذَالِكَ قَالَ اَفَلآ يَغدُو اَحَدُكُمَ اِلَى المسَجِدِ فَيَتَعَلَمَ اَوفَيَقَرٌاَ ايَتَينِ مِن كِتَابِ اللٌه خَيرٌلَه مِن نَاقَتَينِ وَثَلآثُ خَيرُلَه مِن ثَلآثٍ وَاَربَعُ خَيرُلَه من اربع ومن اعدادهن من الأبل
 
Daripada Uqbah ibn Amir al-Juhani RA, beliau berkata: "Rasulullah SAW datang menemui kami ketika kami berada di Suffah, lalu Baginda bersabda: 'Siapakah antara kamu yang suka pergi setiap hari ke pasar Buthan atau Al-'Aqiq, lalu membawa pulang dua ekor unta yang besar dan gemuk tanpa melakukan dosa atau memutuskan silaturahim?' Kami menjawab: 'Wahai Rasulullah, kami semua menyukai perkara itu.' Baginda bersabda: 'Mengapa salah seorang daripada kamu tidak pergi ke masjid, lalu mempelajari atau membaca dua ayat daripada Kitab Allah? Itu lebih baik baginya daripada memperoleh dua ekor unta. Tiga ayat lebih baik daripada tiga ekor unta, empat ayat lebih baik daripada empat ekor unta, dan demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayat yang dipelajari atau dibaca, lebih baik daripada bilangan yang sama dari unta tersebut.' (HR Muslim No: 803) Status Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Al-Quran merupakan harta yang paling bernilai. Mempelajari, membaca dan mengamalkan akan memperoleh ganjaran yang lebih besar daripada kekayaan dunia.
 
2.    Menurut Ibn Hajar, unta merupakan antara aset yang sangat berharga di zaman Rasulullah. Baginda menggunakan contoh tersebut supaya para sahabat memahami bahawa ganjaran mempelajari al-Quran jauh mengatasi keuntungan harta dunia yang paling bernilai.
 
3.    Menghadiri majlis ilmu adalah ibadah yang mulia. Setiap langkah menuju masjid untuk belajar al-Quran dikira sebagai amal soleh yang besar pahalanya.
 
4.    Al-Quran adalah hidayah dan panduan untuk manusia. Ia perlu dipelajari, dibaca dan diamalkan sepanjang hayat. Setiap ayat yang dipelajari memberi manfaat kepada kehidupan dunia dan akhirat. Walaupun hanya mempelajari dan membaca beberapa ayat setiap hari, ia tetap mempunyai nilai yang amat besar di sisi Allah SWT.
 
5.    Masjid bukan hanya tempat mendirikan solat, bahkan institusi pendidikan, penyebaran ilmu, pembinaan akhlak dan pembangunan masyarakat. Masjid merupakan pusat pembelajaran al-Quran, hadis, fiqh dan pelbagai ilmu yang membina tamadun Islam.
 
15hb Muharam1448H
01hb Julai 2026

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...