Tuesday, 7 July 2026

Elakkan Rumah Seperti Kubur

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Elakkan Rumah Seperti Kubur
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:  لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
 
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya Surah al-Baqarah." (HR Muslim No: 780) Status Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Rumah hendaklah dihidupkan dengan solat, zikir dan bacaan al-Quran.
 
2.    Rumah yang kosong daripada ibadah seperti solat sunat, bacaan al-Quran, zikir di dalamnya diumpamakan seperti kubur kerana sunyi daripada cahaya ketaatan.
 
3.    Surah al-Baqarah mempunyai kelebihan khusus sebagai benteng daripada gangguan syaitan dengan izin Allah SWT. Syaitan akan lari dari rumah yang di bacakan di dalamnya Surah Al-Baqarah.
 
4.    Membaca al-Quran di dalam rumah akan membawa keberkatan, ketenangan dan perlindungan daripada gangguan syaitan kepada seluruh ahli keluarga.
 
5.    Bacaan al-Quran oleh penghuni rumah lebih utama daripada sekadar memainkan rakaman bacaan.
 
6.    Ibu bapa hendaklah membudayakan bacaan al-Quran di rumah sebagai sebahagian daripada pendidikan anak-anak.
 
7.    Keamanan dan keharmonian rumah tangga bukan hanya bergantung kepada faktor material, tetapi juga kepada penghayatan terhadap ajaran Allah SWT.
 
21hb Muharam1448H
07hb Julai 2026

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...