Wednesday, 11 July 2018

SELAWAT KEPADA YANG MENCINTAI RASUL MUHAMMAD SAW


Kami ingin mengajak 500,000,000 selawat kpd sahabat yg mencintai Rasul Muhammad SAW.

Dgn ribuan org berzikir Smoga negara2 Islam dislmtkan Allah SWT.. Hanya baca dan sebarkan kpd rakan2


KITA SEMUA UMAT RASULULLAH  S A W

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD,

كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم

KAMAA SHALLAITA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,

وبارك على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

WABAARIK 'ALA  MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD,

كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد

KAMAA BAARAKTA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,
FIL 'ALAMIN INNAKA HAMIDUM MAJID


YA ALLAAH     يا الله
YA RAHMAAN   يا رحمن
YA RAHIIM    يا رحيم
YA MALIK     يا ملك
YA QUDDUUS   يا قدوس

YA AZIIZ    يا عزيز
YA ALIIM    يا عليم
YA JABBAAR   يا جبار
YA GHANIYY   يا غني
YA LATHIIF   يا لطيف

YA KHABIIR    يا خبير
YA AWWAAL     يا أول
YA AAKHIR    يا آخر
YA BASHIIR   يا بصير
YA SHABUUR   يا صبور

YA SHAMAD    يا صمد
YA MUJIIBU  يا مجيب
YA WAAJIDU  يا واجد   
YA RA'UUF   يا رؤوف
YA QAADIR   يا قادر

YA WAAHID   يا واحد
YA HALIIM   يا حليم
YA HAYYU    يا حي
YA QAYYUUM  يا قيوم
YA SALAAM   يا سلام

YA JABBAAR   يا جبار
YA MUTAKABBIR يا متكبر
YA KHAALIQ   يا خالق
YA BAARI    يا بارئ
YA RAZZAAQ   يا رزاق


Kirim nama ALLAH kpd semua teman Muslim dan INSYA ALLAH dlm bbrp minit nanti ramai org bersama sama membaca keindahan nama ALLAH

Tlg teruskan message ini..

Anggaplah sbg sedekah Jariyah...

Jgn lupa utk menghantar kppd rakan2 anda...

Tlglah walaupun anda tak mau membacanya,
hanya hantar kpd rakan2 yg lain..


Astaghfirullah

أستغفر الله

Astaghfirullah

أستغفر الله

Astaghfirullah

أستغفر الله

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل


Selesai membacanya, kirim kpd teman lain...

Monday, 9 July 2018

Tazkirah ; 99 + 1

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

                      *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم*

        *اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ*

┏━━━━━━━━━━━━┓
            *T A Z K I R A H   S U B U H*  
┗━━━━━━━━━━━━┛


KATA-KATA SYEIKH TANTAWI

"Tidak perlulah kamu kelihatan cantik untuk  menarik perhatian manusia. Tidak perlulah kamu menjadi pelawak untuk mendapatkan kasih manusia. Ini kerana cinta manusia sangat tidak adil.

Buktinya apabila kamu telah melakukan 99 kebaikan dan 1 kesalahan, manusia hanya akan nampak 1 kesalahan itu dan lupa semua 99 kebaikan kamu.

Ia berbeza dgn cinta Allah, 99 kali kamu buat dosa kepada-Nya dan sekali kamu bertaubat, Allah akan melihat taubat yg 1 itu dan melupakan segala 99 dosa terbabit. Oleh itu, carilah cinta Ilahi, pasti kamu akan jumpa cinta yang hakiki."


*_Mudah2an Kita Semua Tergolong Didalam Golongan Orang-Orang Yang DiRahmati Dan DiBerkati Serta Dikasihi Allah S.W.T Di Samping Orang-Orang Yang Kita Sayang_*

Tuesday, 26 June 2018

DOA BUAT ANDA


Bismillahi Rahmanirrahim ...

Ya Allah aku memohon dengan keagungan AsmaMu. Muliakanlah sahabatku yang membaca doa ini. Lapangkanlah hatinya, tenteramkan jiwanya, sehatkan fisiknya, sembuhkan penyakitnya. Bahagiakan keluarganya.. 

jadikan anak anaknya Soleh/solehah. Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Lepaskan dia dari hutang piutang. Mudahkanlah segala urusannya Kabulkanlah cita-citanya, dan harapannya Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji perkataan kasar dan

Jauhkanlah dia dari segala musibah, serta terimalah semua amal ibadahnya dan ampunilah segala dosa2nya.*
Jadikanlah dia  penghuni SyurgaMu*

           ‎      *آمين يا الله*
‎               *آمين يا رحمن*
‎               *آمين يا رحيم*
‎           *أَمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِينْ.*     


# Saudaraku ... kirimkanlah doa ini seluas2nya ... kerana kita tak tahu dari lisan siapa doa kita ini akan dikabulkan oleh Allah swt ...( jangan lupa kirim balik)

Sunday, 24 June 2018

"Berhati-hati di usia 35 tahun - 40 tahun"

Umur 35 tahun - 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit, pergaduhan) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 35 tahun - 40 tahun, Allah akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Allah selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarga dan pasangannya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Allah malah tetap leka dengan keseronokan dunia, berkumpul dengan rakan² dan kurang memberi perhatian kepada suami/isteri/anak²

Usia 35 - 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud,

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun, malah 70 tahun, masih memikirkan kereta Sportnya, tanaman Duriannya, ternakan kerbaunya, harta2nya, anak2 dan cucu2nya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar Kuliah Agama, ibadat di Masjid, Umrah, Haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta diluar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat2, sedara-mara ramai yg sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.

Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.

Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah, Sallallaahu alaihu wasallam, telah bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun, dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 35 - 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARINYA = RIBUAN TAHUN…

Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri Anda, sudahkah kita mempersiapkannya…?!

Allah ta’ala berfirman (yang artinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Friday, 15 June 2018

PENJELASAN SOLAT JAMAK DAN QASAR

Salah Faham Tentang Solat Jamak dan Qasar

Allah SWT memberi dua kemudahan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat iaitu JAMAK dan QASAR.

Untuk seseorang itu mendapat kelayakan rukhsah(keringanan) solat musafir(jamak dan qasar) mestilah menepati beberapa syarat. Berikut adalah syarat-syarat yang dimaksudkan:


Pertama: Mestilah berada di dalam keadaan bermusafir iaitu perjalanan ke destinasi sekurang-kurangnya dua marhalah.

Kedua: Perjalanannya telah melepasi pagar qaryah(boleh diterjemahkan sebagai kawasan kampung, taman perumahan, mukim atau daerah mengikut uruf setempat).

Ketiga: Tidak mengikuti imam solat yang bermukim jika ingin mengqasarkan solat.

Keempat: Tidak berniat menetap selama empat hari atau lebih di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar dari destinasi.

(Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie, Jilid 1, Bab Solat Musafir)


HUKUM YANG DISALAH ERTI

Syarat ke-4 merupakan perkara yang PALING DISALAH ERTIKAN oleh ramai orang. Sehingga mereka menyangka jika sudah merancang untuk menetap di sesuatu tempat (contohnya) 2 minggu, maka menyangka masih boleh menjamak dan mengqasarkan solat dalam tempoh tiga hari. Sedang ia adalah sangkaan yang salah dan tidak bertepatan dengan apa yang termaktub di dalam kitab-kitab Fiqh Mazhab Syafi’ie.

Jika seseorang yang menetap (contohnya) di Shah Alam merancang untuk berada (contohnya) di Kota Bahru selama 7 hari. Maka dia hanya dibenarkan untuk menjamak dan qasar ketika dalam perjalanan sahaja dan setibanya di destinasi dia sudah menjadi orang yang bermukim.


MENGAPA TIDAK BOLEH LAGI JAMAK DAN QASAR?

Ini kerana apabila seseorang itu berazam untuk menetap (contohnya) di Kota Bahru lebih dari 3 hari, ini bermakna ia telah berniat bermukim di destinasi itu. Apabila dia sampai ke destinasi tersebut maka dia sudah mendapat status orang yang bermukim bukan lagi musafir. Sedangkan rukhsah(keringanan) solat musafir hanya diizinkan oleh Allah Ta’ala bagi orang yang berstatus musafir, sepertimana Allah berfirman di dalam surah al-Nisa’, ayat 101:

وإذا ضربتم في الأرض فليس عليكم جناح أن تقصروا من الصلاة} النساء: 101}


Maksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir.”


Permasalahan ini telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam karangannya ‘Mihaj al-Tolibin’, menurut beliau:

ولو نوى إقامة أربعة أيام بموضع انقطع سفره بوصوله، ولا يحسب منها يوما دخوله وخروجه على الصحيح

Maksudnya: “Jika seseorang berniat mukim(iqamah) selama 4 hari di destinasi maka terputus (hukum) musafirnya dengan ketibaannya (di destinasi) dan tidak dikira dari tempoh itu hari dia masuk (ke destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat yang sahih.”


Menurut kenyataan Imam Nawawi di atas, tempoh seseorang itu mendapat status mukim ialah 4 hari, jika seseorang itu berazam atau berniat untuk menetap (contohnya) Kota Bahru selama 3 hari atau kurang dari itu, maka dia masih boleh melakukan solat musafir(jamak & qasar) selama tempoh itu walaupun sudah sampai atau berada di destinasi. Ini kerana dia masih dalam keadaan musafir .


APAKAH MAKSUD ‘TIDAK TERMASUK HARI KELUAR DAN MASUK’?

Menurut mazhab Syafi’ie, tempoh untuk menentukan seseorang itu berstatus mukim ialah menetap di sesuatu tempat selama 4 hari(24 jam darab 4) atau lebih, tetapi tidak dikira hari perlajanan ke destinasi dan hari pulang.


Sebagai contoh:

Situasi 1:

Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 6 hari iaitu dari hari Isnin hingga Sabtu. Menurut perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan bertolak pulang dari Kota Bahru pada hari Sabtu. Jadi tempoh sebenar Ahmad berada di Kota Bahru ialah 4 hari setelah tolak hari pergi dan pulang. Menurut kiraan tersebut, Ahmad secara otomatik telah berniat bermukim di Kota Bahru iaitu selama 4 hari(Solid).

Berlainan pula jika Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 5 hari iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat. Menurut perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan bertolak pulang dari Kota Bahru pada hari Jumaat. Jadi tempoh sebenar Ahmad berada di Kota Bahru ialah 3 hari setelah tolak hari pergi dan pulang. Ini bermakna Ahmad masih lagi berstatus musafir meskipun sudah tiba di Kota Bahru kerana keberadaannya di sana kurang dari 4 hari.


APAKAH DALIL MAZHAB SYAFI’IE TENTANG TEMPOH MUKIM BERDASARKAN 4 HARI?

Ia berdalilkan sepotong riwayat yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam Bukhari dan Muslim(dengan lafaz Imam Muslim):

عن الْعَلَاءَ بْنَ الْحَضْرَمِيِّ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لِلْمُهَاجِرِ إِقَامَةُ ثَلَاثٍ بَعْدَ الصَّدَرِ بِمَكَّةَ»، «كَأَنَّهُ يَقُولُ لَا يَزِيدُ عَلَيْهَا»


Maksudnya: Saidina al-‘Ala bin al-Hadrami Radiyallahu ‘anhu berkata, ‘aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda’, “Mukim bagi Muhajir selama 3 hari di Mekah selepas kembali dari Mina”, ‘Seolah-olah Baginda menyatakan tidak lebih dari tempoh itu’.


Menurut Imam Ibn Hajar al-‘Asqallani di dalam Fathul Bari, Hadith ini memberi maksud bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang golongan Muhajirin –Radiyallahu ‘anhum- bermukim di Mekah sebelum pembukaan kota tersebut.

Menurut Imam Nawawi pula(juga dalam Fathul Bari), hadith ini menjelaskan bahawa Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengharamkan golongan Muhajirin bermastautin di Mekah.


Menurut Imam Ibn Hajar lagi:

ويستنبط من ذلك أن إقامة ثلاثة أيام لا تخرج صاحبها عن حكم المسافر

Maksudnya: Pengajaran yang boleh diambil dari itu(hadith), sesungguhnya menetap selama tiga hari tidak mengeluarkan seorang itu dari hukum musafir.


Berdasarkan hadith sahih di atas dan penjelasan dari kedua-dua imam menunjukkan bahawa tempoh menetap yang melebihi dari tiga hari(iaitu 4 hari dan ke atas) adalah tempoh yang tidak melayakkan seseorang menjadi seorang musafir.

Hadith dikuatkan lagi dengan tindakan Saidina Umar al-Khattab Radiyallahu ‘anhu yang tidak membenarkan golongan kuffar ahli zimmah menetap di bumi Hijaz dan beliau membenarkan para peniaga dari kalangan ahli Zimmah menetap selama tiga hari sahaja.(Rujuk: al-Talhis al-Habir)

Selain itu sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta’ (Riwayat Muhammad bin al-Hasan) bahawa Saidina Umar membenarkan golongan Yahudi dan Nasrani berada di Madinah selama tiga hari untuk mendapatkan keperluan mereka dan tidak boleh seorang di antara mereka menetap lebih dari tempoh tersebut. (Rujuk: Ifadah al-Raghibin)

Tindakan Saidina umar menunjukkan bahawa beliau tidak mahu golongan kuffar bermukim dan menetap di Tanah Haram, lalu beliau hanya membenar golongan ini dalam keadaan musafir sahaja.

Ini lah dalil yang menjadi asas Imam al-Syafi’ie Radiyallahu ‘anhu dalam menentukan tempoh permukiman.


BAGAIMANA PULA RIWAYAT NABI PERNAH MENGQASARKAN SOLAT LEBIH DARI 3 HARI?

Sememangnya terdapat riwayat sahih yang menunjukkan baginda pernah mengqasarkan solat ketika musafir lebih dari 3 hari. Ini seolah-olah pada zahirnya, mazhab Syafi’ie bertentangan dengan Sunnah. Riwayat yang dimaksudkan ialah:

عن عمران بن حصين رضي الله عنه قال: “غزوت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وشهدت معه الفتح، فأقام بمكة ثماني عشر ليلة، لا يصلي إلاّ ركعتين”. رواه أبو داود


Maksudnya: Saidina Imran bin Husain Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami pergi berperang bersama-sama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan aku menyertai Baginda ketika pembukaan kota Mekah, lalu Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dan Baginda tidak mengerjakan solat melainkan dua rakaat(qasar)”.
 

(Hadith rPendirian mazhab Syafi’ie mengenai hadith ini, apabila seseorang berniat tinggal di sesuatu tempat yang TIDAK PASTI TEMPOH MENETAP di sesuatu tempat kerana MELAKUKAN TUGAS YANG BELUM TENTU TAHU BILA SELESAINYA, maka dia boleh mengqasarkan solat sehingga 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang. Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetap selama tempoh tersebut pada tahun pembukaan kota Mekah kerana memerangi puak Hawazin dan Baginda mengqasarkan solatnya kerana Baginda tidak pasti berapa lama Baginda terpaksa tinggal di situ. (Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji atau Ifadah al-Raghibin)


Isu ini juga dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di dalam ‘Minhaj al-Tolibin’:

ولو أقام ببلد بنية أن يرحل إذا حصلت حاجة يتوقعها كل وقت قصر ثمانية عشر يوما, وقيل: أربعة، وفي قول: أبدا.


Maksudnya: “Jika seseorang menetap di sebuah negeri dengan niat bahawa dia akan meninggalkan (negeri itu) jika tercapai hajatnya(selesai sesuatu urusan) seperti yang dijangkakan, maka dia boleh qasar setiap waktu selama 18 hari. Ada pendapat lain selama 4 hari, juga terdapat qaul menyatakan selama-lamanya.”


Walaubagaimana pun, pendapat yang muktamad di dalam Mazhab Syafi’ie ialah tidak lebih dari 18 hari iaitu tidak termasuk hari pergi dan pulang. Hukum keringanan ini(jamak & qasar selama 18 hari) hanya untuk sesiapa yang tidak tahu atau tidak pasti berapa lama dia akan berada di sesuatu destinasi kerana urusan belum pasti selesai.

Sebagai contoh: Ali mengidap satu penyakit dan penyakit ini hanya boleh dirawat di Singapura. Tempoh rawatan itu tidak boleh dipastikan oleh pakar perubatan. Lalu Ali pergi bermusafir ke Singapura dalam keadaan tidak pasti berapa lama di akan menetap di Singapura kerana bergantung kepada tempoh rawatan yang tidak pasti. Jadi dalam situasi ini, Ali boleh mengqasar solatnya selama 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang.


PENUTUP

Sememangnya solat jamak dan qasar merupakan rukhsah kurniaan Allah ta’ala pada hamba-hambanya. Ini membuktikan rahmat dan kasih sayang Allah pada kita semua agar tidak lekang dari mendirikan solat yang telah disyariatkan kepada kita. Artikel di atas menerangkan konsep sebenar solat musafir dalam kaedah yang sebenar menurut mazhab Imam Syafi’ie -radiyallahu ‘anhu- beserta dengan dalil yang sahih dari Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Oleh itu perlu beramal sesuatu itu dengan ilmu pengetahuan dan fakta yang tepat bukan dengan ikut-ikutan, apatah lagi dengan sengaja mencari pendapat yang lebih ringan sehingga menjadikan seseorang itu bermudah-mudahan di dalam menjalani ibadah. Amalan bermudah-mudah sebegini semestinya dicela oleh para ulama salaf dan khalaf, malah ulama bersepakat bahawa seseorang yang memilih-milih pendapat atas dasar kemudahan atau mengikut hawa nafsu diharamkan di sudut syarak.


Bukan sedikit para ulama salaf dan khalaf memberi amaran mengenai amalan memilih pendapat yang paling mudah/senang. Menurut seorang ulama tabi’ien, Imam Sulaiman al-Taimi(meninggal: 143h)-Rahimahullah-:

إن أخذت برخصة كل عالم اجتمع فيك الشر كله

Maksudnya: “Jika kamu mengambil rukhsah dari setiap orang alim, maka segala kejahatan telah terkumpul di dalam diri kamu”. (Siyar al-A’lam al-Nubala’)

Menurut Majlis fatwa kerajaan Arab Saudi:

أما إن كان المراد بالأخذ بالرخص في الدين هو الأخذ بالأسهل وما يوافق هوى الإنسان من فتاوى وأقوال العلماء – فإن ذلك غير جائز، والواجب على الإنسان أن يحتاط لدينه، وأن يحرص على إبراء ذمته

Maksudnya: “Manakala jika dimaksudkan mengambil rukhsah di dalam agama iaitu mengambil pendapat yang paling senang/mudah dari fatwa-fatwa dan pendapat-pendapat ulama yang mana menepati hawa nafsu manusia, maka ini tidak dibenarkan. Apa yang wajib bagi setiap insan ialah bersikap berhati-hati di dalam agamanya dan berusaha untuk berlepas diri dari n .


Sumber ;
http://islamic.utm.my/ajmain/2017/12/07/solat-jamak-dan-qasar/

Thursday, 14 June 2018

Tip Sebelum balik kampung:

Sebelum balik kampung:

1. Cabut semua 🔌 kat dinding except fridge.
2. Buang sampah.
3. Jgn biar baju tersidai diluar.
4. Double triple check fan & lampu.
5. Kosongkan sink.
6. Bawak toiletteries.
7. Semat butang baju Melayu.
8. Pin brooch dibeg.
9. Sampin
10. Charger phone.
11. Duit & sampul raya.
12. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi.Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah.
13. Niat Nak buat Jamak Qasar.
14. Jgn kelam kabut n marah2, jgn over happy.
15. Lapang dada & solat/baca doa musafir.
16. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya.
17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami.
18. Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes.
19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, esp di RnR (Pesanan Dr Abdul Jalil Omar)

Selamat Pulang ke kampung!
Bawa kenderaan dengan iman.

Wednesday, 13 June 2018

Doa Akhir Ramadan

Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami.

Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami.

Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.

Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.

Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Ya Allah, lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkan setiap seorang dari kami dengan Iman dan taqwa.
Jadikan kami calon syurgaMu. Sempurnakan akhlak kami dan lindungi kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Ya Mujibbasailin.
Limpahilah kami dengan sifat2 kebaikan dan terpuji.
Jadikan kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.


Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Sayyidina Ali bin Abi Talib karramAllahu wajhah telah berkata

Sayyidina Ali bin Abi Talib karramAllahu wajhah telah berkata;

Simpan rahsiamu berdua sahaja:

1. Dirimu
2. Allah swt

Jagalah di dunia ini dua keredhaan:

1. Ibumu
2. Bapamu

Mohonlah bantuan ketika susah dengan dua perkara:

1. Sabar
2. Solat

Jangan risau dua perkara ini:

1. Rezeki
2. Ajal

Kerana keduanya berada di bawah kekuasaan Allah swt.

Dua perkara yg tak perlu diingati selamanya:

1. Kebaikanmu terhadap org lain.
2. Kesalahan org lain terhadapmu.

Dua perkara yang jangan dilupakan selamanya:

1. Allah swt
2. Alam Akhirat

Empat orang ini janganlah engkau Jauhi:

1. Ibumu
2. Ayahmu
3. Saudara lelakimu
4. Saudara perempuanmu

Empat perkara ini hendaknya kamu berlindung daripadanya:

1. Buntu ( fikiran)
2. Sedih
3. Lemah
4. Kedekut

Empat orang ini janganlah kamu kasar kepada mereka :

1. Yatim
2. Miskin
3. Fakir
4. Orang Sakit

Empat perkara yang memperindah dirimu :

1. Sabar
2. Tabah
3. Tinggi ilmu (spiritual & Fizikal)
4. Dermawan

Empat orang yang hendaknya kamu dekati :

1. Orang yg Ikhlas
2. Orang yg setia
3. Orang yg Dermawan
4. Orang yg jujur

Empat orang yg hendaknya jangan kamu jadikan teman:

1. Tukang bohong
2. Tukang curi/rasuah
3. Tukang Hasut
4. Tukang Adu domba

Empat orang ini jangan sampai kamu tahan kedermawananmu terhadap mereka:

1. Isterimu
2. anak2 mu
3. Keluargamu
4. Sahabatmu

Empat hal yg hendaknya kamu Kurangi:

1. Makan
2. Tidur
3. Malas
4. Bicara berlebih2an/gosip

Empat hal yang jangan kamu putus :

1. Sholat
2. Qur'an
3. Zikir
4. Silaturrahim

Kirimkan artikel ini kepada orang yang anda sayangi ✋

SABAR ; BENARKAH SABAR ITU ADA HADNYA

Assalamualaikum

Tajuk Renungan Pagi Sempena Perhimpunan Pagi Majlis Daerah Kuala Selangor dengan Tema Hari Raya Aidil Fitri.

SABAR. BENARKAH SABAR ITU ADA HADNYA.

Tindakan Ketika Berhadapan Dengan Ujian, Kesulitan dan Musibah.

Perkongsian ringkas dari kupasan seorang Ustaz di Pondok Pengajian Berkitab.


Terdapat 4 Fasa yang Perlu Dilalui.

Pertamanya kita dianjurkan supaya Bersabar dengan apa jua keadaan yang boleh mendatangkan kemarahan dan tekanan.

Dalam peringkat sabar ini, kita menahan diri kita daripada melakukan tindakbalas keji sebagai respon terhadap apa yang berlaku.

Antaranya meninggikan suara, berkata atau memberi isyarat lucah, menyerang, membalas dendam dan mungkin juga boleh sampai ke peringkat membunuh.

Namun dalam masa kita bersabar, perasaan marah dan tidak berpuas hati itu masih lagi tersimpan dan terpendam. Lebih-lebih lagi jika faktor penyumbangnya tadi berlaku secara berterusan ataupun berulang.


Sampai bila kita boleh bersabar?

Kesabaran kita boleh tergugat hingga ada ketikanya datang bisikan memberitahu bahawa sabar kita ini ada hadnya. Bisikan iblis akan berhembus, "Sabar aku ada hadnya."

Dalam fasa bersabar ini, kebanyakan kita hanya menahan rasa marah dan kecewa daripada dizahirkan ataupun diluahkan.

Sedangkan rasa marah dan kecewa itu masih bertahta dan mekar dalam hati kita.

Jika ada orang yang mengatakan bahawa sabar ada hadnya, itu adalah Salah. Sabar sebenarnya tidak ada hadnya.


Sepatutnya setelah kita bersabar berhadapan dengan sesuatu situasi getir, maka perlulah pergi ke fasa 2 iaitu Tawakkal kepada Allah agar kita mampu bertahan dan kekal dalam keadaan bersabar.

Setelah kita bertawakkal kepada Allah atas kesabaran kita berhadapan situasi beronak dan berliku, seharusnya kita sudah boleh tenang.

Sebaliknya jika masih ada lagi rasa marah dan kecewa setelah kita bertawakkal dan kesabaran kita masih terus dicabar oleh punca kepada gangguan emosi tadi maka kita perlu pergi ke fasa Ikhlas.


Dalam fasa ini kita perlu ikhlaskan diri dalam mengambil keputusan untuk bersabar. Kita perlu ikhlaskan hati dalam tindakan kita bertawakkal kepada Allah. 

Bukannya kita bersabar sebab mengikut kehendak seseorang mahupun takut pada sesuatu.

Ikhlaskan diri ini bertujuan supaya kita tidak lagi diganggu oleh bisikan-bisikan yang mendorong supaya kita bertindak keji terhadap faktor penyebab itu.

Dalam fasa ini, keikhlasan bersabar menjadikan sabar kita itu benar-benar kerana Allah. Menjadikan tawakkal kita itu benar-benar penyerahan sepenuhnya kerana Allah.


Dalam keadaan ini, rasa marah dan kecewa itu boleh dikawal. Tiada lagi kita teringat-ingat dan terkenang-kenang kejadian yang menyebabkan kita marah dan kecewa. Jiwa jadi tenteram.

Inilah penyerahan sebenar hidup kita kepada Allah.

Selepas melalui fasa ini,  rasa marah dan kecewa terkawal.

Jika rasa marah dan kecewa itu masih dibiarkan bertapak dalam hati walau dalam keadaan terkawal, ia masih berpotensi untuk meluap semula.

Rasa marah dan kecewa itu perlu dilepaskan juga supaya ia tidak merosakkan diri.


Kepada siapa rasa itu hendak dilepaskan?

Kita lepaskan dan pulangkan rasa marah dan kecewa itu kepada Allah.

Bagaimana caranya?

Rasa marah, kecewa, kesal dan lain-lain rasa negatif yang masih ada selepas kita bersabar, tawakkal dan ikhlas, perlu dilepaskan sepenuhnya kepada Allah dengan cara Redha terhadap semua ketentuanNya.

Dialah jua yang maha mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.

Dia yang menguasai segala yang ada di langit dan di bumi dan diantara keduanya.

Redha adalah peringkat tertinggi penyerahan diri kepada Allah atas apa yang berlaku atas kita.

Selepas itu, pasti tidak akan ada lagi rasa marah, kecewa, kesal, sakit hati dan lain-lain.

Jika masih juga ada, bermakna kita belum lagi sampai ke peringkat Redha.

Ada satu peringkat lagi yang disebut oleh Ustaz tetapi bukan untuk orang biasa-biasa. Peringkat itu tidak dijelaskan oleh Ustaz itu.

Saya lupa apa nama peringkat selepas Redha itu.

Wallahu 'alam.

Inilah yang saya faham dan ingat dalam kuliah hampir satu jam.

Masih banyak keadaan yang tewas. Waima di peringkat sabar juga ada yang gagal. Sedang berusaha memperbaikinya.

Wassalam.

Monday, 11 June 2018

MENANGISLAH SEBELUM RAMADHAN PERGI

💦💦 🌃🌌 *MENANGISLAH*....💧💧😭😭😭😢😢😢

*Menangislah ...*
Sebelum Ramadhan Pergi ...
Kita pernah berjanji mengkhatamkan Qur'an..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua beranjak dari juz awalan..

*Menangislah..*
Sebelum Ramadhan Pergi ...
Kita pernah berjanji menyempurnakan qiyamullail yang kosong tanpa didirikan ...
Setelah Ramadhan di akhir hitungan, kita tak jua menyempurnakan bilangan ...

*Menangislah..*
Sebelum Ramadhan Pergi ...
Kita berdoa sejak Rajab dan Sya'ban agar disampaikan ke Ramadhan..
Setelah Ramadhan di akhir hitungan..
Ternyata masih juga tak bisa menahan dari kesia-siaan..
Ternyata masih juga tak bisa menambah ibadah sunnah..
Bahkan..
Hampir terlewat dari menunaikan yang wajib...

*Menangislah wahai saudaraku ...*
Biar butir bening itu jadi saksi di yaumil akhir..
Bahwa ada satu hamba yang bodoh, lalai, sombong lagi terlena..
Sehingga ramadhan yang mulia pun tersia-sia.

*Menangislah..*
Dan tuntaskan semuanya malam ini..
atas i'tikaf yang belum juga kita kerjakan..
atas lembaran Qur'an yang menunggu di khatamkan..
atas lembaran mata wang yang menunggu di salurkan..
atas sholat sunnah yang menunggu jadi amal tambahan..

*Menangislah..*
Lebih keras lagi...  😭
Karena Allah tidak menjanjikan apapun untuk ramadhan tahun depan, apakah kita masih disertakan...

☕ Silakan disebarkan, mudah2an anda mendapatkan bahagian dari pahalanya ☕
Barakallah fikum.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...