Saturday, 15 May 2021

Puasa Sunat Enam Syawal

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Enam Syawal  

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1.  Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2.  Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun. 

3.  Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

4.  Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal. 

5.  Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”

Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal. 

Jadilah kamu seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kamu menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada-Nya di bulan Ramadan)

#Suburkan Amalan Mantapkan Keperibadian

Guru dan Pahala Yang Berterusan

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Guru dan Pahala Yang Berterusan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya." (HR Muslim No: 3084) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim bergantung dengan amal yang mereka lakukan semasa hidup.

2.  Ada amalan yang dilakukan oleh seorang Muslim semasa hidup akan berterusan mengalir pahalanya walaupun dia telah meninggal:

a.  Sedekah yang pernah kita buat semasa hidup sama ada berbentuk wakaf, derma, pemberian, hadiah dan sebagainya. Selagi ia dimanafaatkan oleh makhluk samada manusia, binatang mahupun tumbuhan, ganjaran pahalanya akan tetap berterusan untuk orang yang mati.

b.  Ilmu bermanfaat sama ada ilmu agama mahupun ilmu dunia yang digunakan untuk kemaslahatan hidup termasuk buku, artikel, juga dalam bentuk elektronik seperti laman sesawang, FB, telegram, whatsapp.    Selagi ilmu tersebut diamalkan atau faedahnya dimanfaatkan, maka ganjaran pahala akan diperolehi oleh mereka yang menyampaikan atau yang memulakan.

c.  Anak solleh yang sentiasa mendoakan rahmat dan keampunan kepada kedua ibu bapa.

3.  Jazakumullahhu khairan katsira kepada guru sama ada yang mengajar di Nurseri, Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah, Madrasah, Masjid dan Surau, Institusi Pengajian Tinggi seperti Kolej, IPG, dan  Universiti. Juga kepada setiap individu yang menyampaikan ilmu yang bermanfaat. 

Semoga usaha para penyampai ilmu yang bermanfaat, akan menjadi penerus amal yang mendatangkan ganjaran pahala berterusan walaupun setelah meninggal dunia.

SELAMAT HARI GURU

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

16hb Mei  2021
04hb Syawal 1442H

Friday, 14 May 2021

INILAH TEMPAT KEGEMARAN NABI MUHAMMAD

▪️INILAH TEMPAT KEGEMARAN NABI 
     MUHAMMAD ﷺ

* BERUNTUNGLAH SIAPA YANG PERNAH DATANG KEMARI.

Masjid menjadi tempat kesukaan bagi Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Di sana beliau memanjatkan doa, baik bagi diri maupun umatnya. Selain itu, ada sejumlah tempat lain yang disukai Rasulullah. Berikut ulasannya:

1] Masjidil Haram di Mekah Al-Mukarramah

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengajarkan bahawa sebuah doa di Masjidil Haram bernilai 100,000 doa di masjid lainnya.

Beliau juga bersabda, “Demi Allah. Engkau (Mekah) adalah sebaik-baik (tanah) bumi, dan bumi Allah yang paling dicintai-Nya. Seandainya aku tidak terusir darimu, aku tidak akan keluar (meninggalkanmu).” (HR. Tirmidzi)

2] Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam besabda, “Ya Allah! Jadikan kami mencintai Madinah sama seperti kita mencintai Mekkah atau bahkan lebih.” (HR. Bukhari)

3] Masjid Al-Aqsa di Yerusalem

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam memimpin semua nabi & Rasul dalam solat di Masjid Al-Aqsa pada malam perjalanan yang menakjubkan semasa Isra’ & Mi’raj.

Allah berfirman di dalam Al-Qur’an Surah Al-Isra’: Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami.

4] Masjid Quba' di Madinah.

Ini adalah masjid pertama yang dibangun dalam Islam oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau bersabda, “Barangsiapa bersuci di rumahnya kemudian datang ke Masjid Quba’, kemudian dia mendirikan solat di sana, maka dia mendapatkan pahala umrah.” (HR. Ibnu Majah dan lainnya)

5] Gunung Uhud di Madinah.

Saat berdiri di Gunung Uhud bersama para sahabatnya, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Gunung ini mencintai kita dan kita mencintainya pula.” (HR. Bukhari)

6] Al-Baqi', Tempat Pemakaman di Madinah.

Al-Baqi' adalah tempat pemakaman sekitar 10,000 sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau biasa mengunjungi makam mereka dan berdoa untuk orang-orang yang dikuburkan di dalamnya. Di antara doa beliau adalah:

“Semoga selamat wahai orang beriman. Apa yang telah dijanjikan telah datang kepada Anda.”

” Ya Allah, maafkan penduduk Baqi' Al-Gharqad.”

7] Raudhah di Masjid Nabawi, Madinah.

Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Antara rumah dan mimbar saya ada taman kebun syurga, dan mimbar saya ada di tangki air mancur saya (yaitu Al-Kautsar).”
[HR. Tirmidzi]

#FbIlmuDuniaDanAkhirat

BICARA ANAK DENGAN AYAH ; TOLONG PALESTIN

FB:ILMU DUNIA DAN AKHIRAT
Bicara ayah dan anak..

Anak Tanya: Ayah Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?

Begini kisahnya..

Satu hari, sewaktu Nabi Muhammad SAW melihat Sahabat di seksa akibat masuk islam, Nabi yang ketika itu tak mampu buat apa apa, sebab belum ada kekuatan tentera dan sebagainya, telah berkata:

“Bersabarlah keluarga Yasir. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”

Maka ucapan yang sama kita ucapkan: “Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”

Balik kepada Palestin, anak Tanya, Kenapa Allah tak tolong orang Palestin?

Maka wahai anakku, rujuk Kisah Sumayyah, adakah Allah tak tolong Sumayyah? Salah tafsir pertolongan Allah dalam bentuk matrial atau fizikal semata mata, pertolongan adalah bila Allah teguhkan Iman Summayah hingga mati syahid dan di janjikan Syurga.

Sebab tu Nabi pesan perkara yang sama, teguhkan iman itu penting! Jangan terkena penyakit Wahan, Mati kena seksa bukan kegagalan, mati tak beriman itu lah kerugian yang besar.

Secara hakikatnya, Negara merdeka bukan kejayaan, Negara perang juga bukan kegagalan, tapi mati beriman dalam negara merdeka atau perang, itulah kejayaan.

JIka mati tak beriman, dalam negara merdeka pun rugi, perang apatah lagi?!

Jadi bantuan yang sebenar adalah bila Allah teguhkan keimanan kita hingga mampu mati dalam islam! Itulah bantuan sebenar!

Sebab tu ada kisah Nabi terdahulu yang di pancung, di gergaji, dibunuh, semua itu bukan bermakna Allah tak bantu, tapi teguhnya keimanan mereka sewaktu menjelang ajal, itulah bantuan terbesar!

Jadi kita doakan, orang Palestin dikuatkan Keimaman, dan mendapat bantuan fizikal serta rohani.., amin Ya Rabbil Alamin..

Bab mati perang ni, Nabi dah tahu, satu masa sahabat akan berperang sesama sendiri, Aisyah akan berperang dengan Ali, Cucunya akan dibunuh, semua Nabi tahu, dan Nabi tak mampu ubah semua takdir Allah dalam bab ujian terhadap umat islam, tapi Nabi doa agar keimanan kita semua kuat dan kukuh waktu hadapi ujian, sebab masalah besar, bukan bagaimana kita mati? Tapi adakah kita mati beriman atau tidak? Itu yang besar!

Ingat tak kisah seorang buta berjumpa dengan seorang ustaz, katanya tuhan tidak adil…

Kenapa?

Kerana kata si buta, dia solat, puasa, dan tak buat jahat, tapi matanya masih buta. Setiap hari dia berdoa agar matanya dipulihkan, tapi bangun di malam hari yang sunyi dan gelap selamanya, menangis tak faham kenapa matanya masih buta? Sedangkan orang lain ada yang buat jahat, tak solat, berzina tapi matanya celik. Tuhan tak adil katanya.

Lalu tanya ustaz, “adik.. Apakah masalah terbesar dalam hidup hingga Nabi pun menangis?”

Nabi tak menangis melihat Abdullah bin Mat tom yang buta, tapi Nabi menangis bila bapa saudaranya yang kaya dan tidak cacat, tapi bila mati tak sempat beriman kepada Allah.

Jadi tuan tuan dan Puan puan, apakah masalah terbesar dalam hidup?

Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.

Sebab tu Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.

Tuan tuan, kita tengok cina bukan islam yang mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?

Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!

Jadi kepada sibuta, memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana masih mendapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang buta yang kafir yang mana mereka akan mati dalam keadaan buta dan masuk neraka selamanya!

Tapi kamu yang diuji dengan ujian mata buta, jika sabar dengan ujian buta, dan andai kata malam ini kamu mati diserang musuh tapi sempat mati dalam keadaan beriman kepada Allah, maka kamu akan masuk syurga dan celik serta Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Jadi nikmat yang paling besar adalah nikmat dapat kenal Allah. Nimat dapat beriman pada Allah! Tiada nikmat yang lebih besar dari nikmat ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.

Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat mati dalam keadaan beriman.

Uztaz Ebit lew cerita kisah betapa syukurnya emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Jadi anakku masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah.

Renung nikmat beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik.

Maka di Pelestin, orang yahudi mati masuk neraka, dan Orang islam yang beriman mati masuk syurga! Doakan Iman mereka terus teguh dan kita bantulah apa yang mampu.

Mereka sedang di uji dengan perang, doakan mereka wahai anak, agar sentiasa kuat Iman di dada dan Dibantu Allah dunia akhirat.

 “Bersabarlah Palestin. Sesungguhnya kamu semua dijanjikan syurga.”

Bab perang pulak…

Al kisahnya, awal islam, Nabi Muhammad SAW yang tak mampu tolong umat islam di seksa teruskan berdakwah cari pengikut, hingga Nabi sendiri di ancam bunuh, lalu Nabi Hijrah ke Madinah atas perintah Allah untuk usaha atas kenabian.

Pendek cerita, Perang Badar berlaku, seribu kafir Mekah datang nak serang Madinah, tapi kalah apabila umat islam bertawajuh pada Allah, bersama bantuan dari langit telah datang.

Kemudian berlaku perang Ahzab, gabungan semua orang kafir nak serang madinah, Nabi guna strategi Salman Al Farisi, dengan menggali parit, buatkan musuh terhenti di tepi parit, dan pasukan Nabi sukar di serang sebab sudah kuasai bukit dan perigi. Nabi Juga guna kaedah melaga lagakan musuh hingga mereka bergaduh sama sendiri, Juga bantuan Ribut kencang, maka musuh telah pun kalah.

Akhirnya Nabi dan tentera masuk Mekah secara rombongan macam perarakan Maal Hijrah, lalu semua orang kafir menyerah, dan Mekah di kuasai oleh orang Islam selamanya sampai hari ini.

Maka untuk menang perang, Rasulullah SAW telah tunjukkan, jika kekuatan tak sama tidak ada masalah, namun strategi perang itu penting, dan tawajuh pada Allah jangan tinggalkan, InsyaAllah akan mampu beri kemenangan. Namun jika kalah perang pun tetap menang kerana kejayaan adalah mati dalam agama islam.

Ya Allah kau bantulah semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah.

Mereka Merancang, dan Kau Juga merangcang, dan Kaulah sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.

Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Fizikal, cukuplah bantu Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!

Amin Ya Rabiil Alamin!

Copypaste#
#fbILMUDUNIADANAKHIRAT#

Puasa Sunat Enam Syawal

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Enam Syawal  

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran :

1.  Kewajipan mukmin melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.

2.  Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun. 

3.  Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.

4.  Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal. 

5.  Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”

Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal. 

Jadilah kamu seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kamu menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada-Nya di bulan Ramadan)

15hb Mei  2021
03hb Syawal 1442H

Thursday, 13 May 2021

Semarak Ukhuwah Untuk Dicintai Allah

Semarak Ukhuwah Untuk Dicintai Allah 




 عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللَّهُ لَهُ عَلَى مَدْرَجَتِهِ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ أَيْنَ تُرِيدُ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا قَالَ لَا غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, "Pada suatu ketika ada seorang lelaki yang mengunjungi saudaranya di desa lain. Kemudian Allah pun mengutus malaikat untuk menemui orang tersebut. Ketika orang itu ditengah perjalanannya ke desa yang dituju, maka malaikat tersebut bertanya; 'Hendak pergi ke mana kamu? ' Orang itu menjawab; 'Saya akan menjenguk saudara saya yang berada di desa lain.' Malaikat itu terus bertanya kepadanya; 'Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya? ' Laki-laki itu menjawab; 'Tidak, saya hanya mencintainya kerana Allah Azza wa Jalla.' Akhirnya malaikat itu berkata; 'Sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan yang diutus untuk memberitahu kepadamu bahawasanya Allah akan sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.' (HR Muslim No: 4656) Status Hadis Sahih



Pengajaran:

1.  Antara tanda mengasihi saudara dan sahabat ialah berusaha menziarahi mereka dengan ikhlas bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah.

2.  Allah sentiasa mencintai kepada orang yang mencintai dan mengasihi orang lain kerana Allah. 

3.  Ziarah dan kunjung mengunjung sesama saudara mara dan sahabat handai semata-mata kerana Allah adalah bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan ukhuwah. Oleh kerana musim PKP ini kita tidak boleh rentas daerah dan negeri, tidak digalakkan saling menziarahi bagi memutuskan rangkaian Covid-19, namun dengan adanya teknologi kita masih boleh buat ziarah maya menggunakan whatsapp call, video conferencing  guna zoom, google meet, webex dan sebagainya. Kita masih boleh saling berhubung untuk bertanya khabar bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama kerabat dan merapatkan ukhuwah sesama Muslim.

4.  Moga kecintaan dan kasih sayang kita kepada kerabat dan sahabat handai akan menjadikan kita dikasihi dan dirahmati Allah.

5.  Suburkan Silaturahim dan Ukhuwah sebagai bukti peribadi terpuji. Moga menjadi pemangkin kepada Perubahan Masyarakat dan Negara ke arah Malaysia Yang Lebih Baik.

14hb Mei  2021
02hb Syawal 1442H

Monday, 10 May 2021

Amalan Di Hari Raya

Amalan Di Hari Raya





عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Daripada Hafshah RA daripada Ummu Athiyyah berkata, "Pada hari Raya Aidil kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut." (Sahih Bukhari No: 298) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Hari Raya Eid Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga

2.  Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri  (walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada di tempat perhimpunan untuk sama-sama bertakbir dan berdoa mengharapkan keberkatan pada hari yang sepatutnya kita berada dalam keadaan fitrah, bersih daripada dosa.  Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa. 

3.  Walaupun tahun ini kita tidak dapat berhimpun beramai-ramai seperti biasa di masjid atau surau, namun jadikan perhimpunan disatu sudut dalam rumah kita untuk bertakbir dan menunaikan solat sunat hari raya bersama keluarga.

4.  Antara amalan lain Rasulullah di pagi hari raya 

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya." (Sahih Bukhari No: 921). Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

5.  Saling bersedekah sebagai tanda keperihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain. Termasuklah pemberian duit raya kepada orang yang lemah serta kanak-kanak.

11hb Mei  2021
29hb Ramadan 1442H

MALAM KE 29 RAMADHAN

MLM KE-29 DI BULAN RAMADAN



Mlm ni mlm ke-29. Mlm yg ganjil di 10 terakhir ramadan. Jika Lailatul Qadar jatuh pada mlm ini, Insya-Allah. Sgala ibadah & amal soleh kita contohnya :

~ sedeqah rm50 menjadi seolah sedeqah rm50 tanpa henti selama 1,000 bulan

~ Jika kita solat terawih & witir 23 rakaat, seolah kita solat terawih & witir 23 rakaat tanpa henti selama 1,000 bulan

~ Sekiranya kita membaca juzuk amma mlm itu, seolahnya kita membaca juzuk amma selama 1,000 bulan tanpa henti. Masya-Allah.

1,000 bulan ni brapa lama? Setahun ada 12 bulan. 1,000 bulan ni bersamaan dgn 83 tahun dan 4 bulan. Masya-Allah.

Sesungguhnya sgala ganjaran pahala itu atas sifat Pengasih dan Pemurah Allah SWT kpd ummat Nabi akhir zaman. 

Smoga Allah bagi kekuatan iman kpd kita semua untuk istiqamah melakukan amal soleh.

#LastCopeque
#JustDoItGuys
#NeverToLateToDie
#BukanNoTimeToDie
#TemukanAkuDgnLailatulQadar

Sunday, 9 May 2021

Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan

Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Rugi (celaka) orang yang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya, tetapi ia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia), tetapi keduanya tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.” (Sunan Tirmizi No: 3545) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih




Pengajaran:

1.  Satu daripada adab kita terhadap Rasulullah SAW ialah apabila nama baginda disebut, kita hendaklah menyahutnya dengan berselawat ke atas junjungan baginda SAW. Antaranya dengan lafaz

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rugi mereka yang tidak menyahut dan berselawat ke atas Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. No: 3469]. Status: Sahih
  
2.  Ramadan adalah bulan anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Puasa di siang hari, ibadat solat terawih, baca quraan,  iktikaf wirid zikir istighfar dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan menjadi instrumen penghapus dosa yang telah lalu.

Rugilah kita jika tidak berusaha sepanjang bulan Ramadan dengan pelbagai ibadat yang boleh menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu.

3.  Alangkah ruginya kita jika tidak berusaha bersungguh-sungguh menjadikan ibadat puasa, ibadat di malam hari bermula daripada berbuka puasa, solat maghrib, solat isya, solat tarawih, solat tahajud, solat witir, solat sunat yang lain, tilawah, bersahur dan berdoa diwaktu sahur, bersedekah sebagai instrumen pengampunan dosa yang lalu.

4.  Memuliakan kedua orang tua berarti memuliakan Allah, kerana itu Allah menghubungkan berbuat baik kepada keduanya dengan bertauhid kepada Allah di dalam firman-Nya [Al-Israa': 23]: 

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan-lah kepada mereka perkataan yang mulia.” 

Rugi mereka yang masih ada orang tua tidak berbuat baik kepada keduanya, tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menyayangi dan membantu segala keperluan mereka. Santunilah keduanya dengan sebaik mungkin.

5.  Marilah kita muhasabah apakah ibadat puasa kita serta menghidupkan ibadat malam hari yang dilakukan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu?.

Jika ada dosa kita sepanjang ramadan berbentuk fitnah, umpatan dan sebagainya yang berkaitan dengan orang lain,  mohonlah kemaafan. Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang celaka.

6.  Semoga Ramadan yang kita lalui benar-benar menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan kita kembali kepada fitrah bersih dari dosa.

10hb Mei  2021
28hb Ramadan 1442H

ISTANA DAJJAL

ISTANA DAJJAL




Nabi Muhammad SAW pernah mengatakan bahawa salah satu petunjuk akan keluarnya Ad-Dajjal, ialah bilamana kebanyakan manusia menjadi acuh tak acuh dengan perkara fitnah Ad-Dajjal ini dan bahkan para ulamanya pun meninggalkan kewajipannya untuk memperingatkan kaum muslimin perihal fitnah Ad-Dajjal dari atas mimbar da’wah.

Hanya sebahagian kecil saja yang menda’wahkannya. Padahal di setiap akhir tahiyyat akhir kita disunahkan untuk berdoa meminta perlindungan daripada fitnah Dajjal. Sepertinya, keadaan umat Islam saat ini terlena mengejar cinta dunia dan lupa hari akhir zaman.

ﺳَﻤِﻌْﺖُ ﺭَﺳُﻮﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ ﻳَﻘُﻮﻝُ ﻻَ ﻳَﺨْﺮُﺝُ ﺍﻟﺪَّﺟَّﺎﻝُ
ﺣَﺘَّﻰ ﻳَﺬْﻫَﻞَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱُ ﻋَﻦْ ﺫِﻛْﺮِﻩِ ﻭَﺣَﺘَّﻰ ﺗَﺘْﺮُﻙَ ﺍﻷَْﺋِﻤَّﺔُ ﺫِﻛْﺮَﻩُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻤَﻨَﺎﺑِﺮِ

“Sesungguhnya saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Ad-Dajjal tidak akan keluar sampai manusia menjadi hairan dengan perkaranya (Ad-Dajjal) dan sampai para mubaligh di atas mimbar-mimbar tidak memperingatkannya lagi (soal Ad-Dajjal).” [HR Ahmad – Shahih]

Di Jabal Habsyi, terletak 12.5 km dari kota Madinah Al-Munawwarah terdapat suatu bukit yang di puncaknya telah dibangunkan suatu gedung yang diberi nama Kingdom Palace.

Sebagaimana diriwayatkan di dalam Shahih Bukhari, kelak di akhir zaman Dajjal akan terus menyerang semua manusia dan semua tempat hingga sampailah Dajjal di kota Madinah Al-Munawwarah, akan tetapi Dajjal tidak boleh masuk ke dalamnya.

Maka akan bergoncanglah kota Madinah dengan 3 kali gempa. Sebelumnya Madinah tidak pernah mengalami gempa, sejak Rasulullah SAW memasuki Madinah Al-Munawwarah di kala hijrah hingga akhir zaman kota Madinah tidak akan pernah mengalami gempa terkecuali saat itu, yakni saat datangnya Dajjal laknatullah di depan gerbang Madinah Al-Munawwarah.

Pada saat itu Madinah akan mengalami gempa sebanyak 3 kali goncangan sehingga menyebabkan berhamburanlah semua orang kafir dan munafik keluar dari Madinah.

Maka berkata Imam Ibn Hajar di dalam kitabnya Fathul Baari bi Syarah Shahih Bukharibahwa di kala itu Rasul mengatakan munafik, fasik, kafir, semuanya keluar dari Madinah menuju kepada Dajjal di sebuah bukit itu kecuali orang-orang mukhlisin, yakni orang-orang yang mencintai Rasulullah SAW yang tidak akan berganjak dari Madinah Al-Munawwarah.

Imam Ibn Hajar menukil salah satu hadith dalam kitabnya Fathul Baari bi Syarah Shahih Bukhari dengan sanad yang shahih bahawa:

Rasulullah SAW menjelaskan, Dajjal itu berkata, “Itu masjid Muhammad, itu masjid Nabawi yang harus kita kuasai”. Dari kejauhan Dajjal sudah menunjuknya, kubah hijau masjidnya Rasulullah SAW telah ditunjuk oleh Dajjal dan berkata, “Itu masjid Muhammad, itu masjid Muhammad, kita harus sampai ke sana.”

Lantas Rasulullah SAW bersabda sebagaimana riwayat Shahih Bukhari di saat itu… Madinah mempunyai 7 pintu, dan disetiap pintunya dijaga oleh 2 malaikat sehingga Dajjal tidak boleh masuk ke dalamnya.

Rasulullah SAW bersabda, “Al-Masih Ad-Dajjal tidak akan boleh memasuki Madinah yang pada saat itu memiliki 7 gerbang (pintu) yang di setiap gerbangnya akan dijaga oleh 2 malaikat.” [Shahih Bukhari].

Jika kita melihat peta Madinah Al-Munawwarah saat ini akan terlihat 7 jalan utama untuk memasuki kota Madinah Al-Munawwarah.

Ketujuh-tujuh jalan tersebut adalah masuk dari Jeddah, Makkah, Rabigh, Bandara, Tabuk, dan 2 lagi dari wilayah sekitarnya.

Lalu bagi sesiapa yang berfikir pasti akan bertanya… siapa yang memberi pengetahuan agaknya kepada Rasulullah SAW mengenai kota Madinah Al-Munawwarah di era moden ini… seperti sekarang ini hingga Rasulullah SAW mengetahui ada 7 pintu jalan utama?

Pada zaman Rasulullah SAW, masjid Nabawi masih lagi mempunyai struktur biasa dan tidak kelihatan seperti sekarang ini.

Era selepas Sayidina Utsman Al-Affan barulah berlaku penambahan demi penambahan dan renovasi masjid.

Berikut adalah Kronologi Masjid Nabawi berdasarkan tahun Masihi:

622 – Didirikan oleh Nabi Muhammad
629 – Diperluas oleh Nabi
638 – Diperluas oleh Saidina Umar al-Khattab.
650 – Saidina Uthman Affan menggantikan tiang dan atap serta memperluas bahagian lantai.
707 – Diperbaiki oleh Walid bin Abd Malik dan Umar bin Abd Aziz (Bani Umaiyah).
778 – Diperluas oleh al-Mahdi (Bani Abbasiah).
1247 – Terbakar.
1256 – Malik az-Zahir (Mamluk) menambah menara serta lantai bahagian hadapan.
1468 – Diperbaiki oleh Asyraf Qaitbay (Penguasa Mamluk).
1481 – Terbakar lagi.
1574 – Salim I (Uthmaniah) menggunakan marmar.
1818 – Diperbesar oleh Mahmud II (Uthmaniah). Kubah dicat hijau.
1849 – Dibangun besar-besaran oleh Sultan Abdul Majid (Uthmaniah).
1952 – Diperluas oleh Raja Abd Aziz ibnu Sa’ud (Arab Saudi).
1984 – Diperluas dan diperbaiki oleh Raja Fahd (Arab Saudi).
Inilah salah satu bukti kebenaran sabda Rasulullah SAW.

Istana Dajjal sudah siap… dan Madinah saat ini sedang menunggu bilakah 3 kali gempa akan berlaku. Semoga kita dapat terus menambah amal dan dapat memantapkan hati kerana nampaknya jika dipanjangkan umur, mungkin di zaman kita masih hidup ini Dajjal akan muncul.



Misi ReBRANDing SEJARAH & AKHIR ZAMAN by @izzuddin.al.jitrawiy
.
#melayu #tanahmelayu #berdaulat #malaysia #sejarahmelayu #sejarah #sejarahmisteri #kiamat #remaja #izzuddinaljitrawiy #ilmuakhirzaman #hangtuah #trending #eskatologi #viral #global #sebarkan #anakmuda #belia #jomrepost #jomsebar #jomshare #jomkongsi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...