Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah. Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang
itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September
1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan
tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang dalam wilayah
negara.
Hasil kajian telah melihatkan pembinaan tugu pertama
Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980 dan
pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Terumbu Layang-Layang.
Dari Geografinya, Pulau Layang-Layang terletak 162 batu
nautika bersamaan 300 km dari barat laut Kota Kinabalu, yakni dalam
lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif
Pulau Layang Layang ini, nama asalnya ialah
"Swallow Reef", atau Terumbu Layang Layang. Pada tahun 80an, suasana
di sana anda tidak berpeluang untuk mendarat disebabkan tiada lapangan terbang serta tiadaa lagi resort. Perjalanannya
ketika ini hanya mengambil masa dua jam dengan kapal terbang dari Kota
Kinabalu.
Pulau ini juga menjadi tempat persinggahan banyak
spesis burung seperti camar dan burung-burung lain yang menjadikan hujung pulau
tersebut sebagai sanktuari mereka.Selain itu, anda dapat melihat pari kola,
dolfin, barakuda dan penyu serta jerung hammerhead. Jika anda mahu untuk meningkatkan kemahiran menyelam anda, datang ke
Pulau Layang Layang dan menikmati percutian impian ini.
Sebuah resort milik rakyat Malaysia iaitu Avillion Layang-Layang (Resort
selam) telah beroperasi di situ selama beberapa tahun
Saya pernah kesana ketika berkhidmat dalam TLDM pada tahun 1990 bersama Pasukan Khas Laut (PASKAL).Kenangan pahit manis disitu tidak dapat dilupakan.Dua orang anggota PASKAL bersama bot yang dinaikinya hilang akibat ribut semasa memancing sehingga hari ini tidak dapat dikesan
ReplyDeleteSaya pernah kesana ketika berkhidmat dalam TLDM pada tahun 1990 bersama Pasukan Khas Laut (PASKAL).Kenangan pahit manis disitu tidak dapat dilupakan.Dua orang anggota PASKAL bersama bot yang dinaikinya hilang akibat ribut semasa memancing sehingga hari ini tidak dapat dikesan
ReplyDeleteSaya nak jadi paskal wuhuuu
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete