Masuklah rumah dengan kaki kanan dan
dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya
tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba apabila dia
berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua
bahunya maka setiap kali dia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa itu. -
Riwayat Atthabarani & Albaihaqi dari Ibnu Umar r.a.
Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang
bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.
No comments:
Post a Comment