Monday, 31 March 2025

TUNTUTAN KEPADA ORANG BERIMAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

TUNTUTAN KEPADA ORANG BERIMAN

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
"Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia memuliakan tetamunya. Barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah ia menyambung tali silaturahim. Dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaknya ia berkata yang baik atau diam."

(HR Bukhari No: 5673)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Memuliakan tetamu adalah antara syarat keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat. Layanan yang baik terhadap tetamu menunjukkan akhlak terpuji.


2. Menyambung hubungan silaturahim dengan kerabat adalah tanda keimanan. Ini termasuk menjaga hubungan baik, membantu yang memerlukan, dan menjenguk yang sakit.


3. Orang beriman sentiasa bertutur perkara baik yang mendatangkan pahala, termasuk dalam penulisan dan perkongsian di media sosial.


4. Diam lebih baik jika kata-kata boleh mendatangkan keburukan atau fitnah.


5. Sempena Syawal, ambillah peluang mengeratkan silaturahim melalui kunjung-mengunjung serta menjaga tutur kata agar hanya perkara baik yang dikongsikan.



02 Syawal 1446H | 01 April 2025

Saturday, 29 March 2025

UCAPAN APABILA BERTEMU DI HARI RAYA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

UCAPAN APABILA BERTEMU DI HARI RAYA

عن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ قَالَ : كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اِلْتَقَوْا يَوْمَ الْعِيدِ يَقُولُ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْك . قَالَ الحافظ : إِسْنَادُهُ حَسَنٌ .

Daripada Jubair bin Nufair, ia berkata bahawa jika para sahabat Rasulullah SAW berjumpa pada hari Aidil (Aidilfitri atau Aidiladha), mereka saling mengucapkan, “Taqabbalallahu minna wa minka” (Semoga Allah menerima amalku dan amal kalian).

Al-Hafizh Ibnu Hajar mengatakan bahawa sanad hadis ini hasan.

قَالَ:لَقِيتُ وَاثِلَةَ يَوْمَ عِيدٍ فَقُلْتُ: تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ فَقَالَ: نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ.

Berkata Wathilah: Aku bertemu Rasulullah SAW pada hari raya dan aku katakan pada baginda “Taqabbalallahu minna wa minka” (Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu), baginda menjawab: “Ya, taqabbalallahu minna wa minka”.

(HR Tobrani, No: 17589)

Pengajaran:

1. Amalan sunat di hari raya – Antara amalan yang digalakkan ialah saling doa-mendoakan agar Allah menerima segala ibadah yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.


2. Ucapan yang dianjurkan ketika bertemu sesama Muslim pada hari raya ialah:

تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكَ
(Semoga Allah menerima [amal ibadat di Ramadhan] dari kami dan kamu).

Semoga ucapan ini mengeratkan hubungan sesama Muslim dan memberi semangat kepada kita.


3. Saling ziarah menziarahi – Berziarah dan merapatkan ukhuwah sesama Muslim amat dituntut. Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ أَوْ يُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Barang siapa yang suka untuk diperluaskan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung hubungan persaudaraannya.

(Sahih Bukhari, No: 1961, Dar Ibn Kathir)



Semoga Allah menerima segala amalan kita sepanjang Ramadhan dan meredai kita sepanjang masa. Moga kita dipertemukan dengan Ramadhan yang akan datang.

29 Ramadhan 1446H
30 Mac 2025

Friday, 28 March 2025

AMALAN DI HARI RAYA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

AMALAN DI HARI RAYA

عَنْ حَفْصَةَ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ كُنَّا نُؤْمَرُ أَنْ نَخْرُجَ يَوْمَ الْعِيدِ حَتَّى نُخْرِجَ الْبِكْرَ مِنْ خِدْرِهَا حَتَّى نُخْرِجَ الْحُيَّضَ فَيَكُنَّ خَلْفَ النَّاسِ فَيُكَبِّرْنَ بِتَكْبِيرِهِمْ وَيَدْعُونَ بِدُعَائِهِمْ يَرْجُونَ بَرَكَةَ ذَلِكَ الْيَوْمِ وَطُهْرَتَهُ

Daripada Hafshah RA daripada Ummu Athiyyah berkata, "Pada hari Raya kami diperintahkan untuk keluar sehingga kami mengajak anak-anak gadis dari biliknya dan juga para wanita yang sedang haid. Mereka duduk di belakang barisan laki-laki dan mengucapkan takbir mengikuti takbir laki-laki, dan berdoa mengikuti doanya laki-laki dengan mengharap barakah dan kesucian hari raya tersebut."

(Sahih Bukhari No: 298) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

① Hari Raya Eid Fitri perlu disambut dengan kegembiraan bersama seluruh isi keluarga.

② Antara amalan yang diperintahkan oleh Rasulullah kepada para sahabat pada pagi hari raya ialah bersama anak isteri (termasuk wanita walaupun dalam haid) untuk sama-sama berada di tempat perhimpunan seluruh kaum muslimin menyambut hari raya.

③ Meskipun solat adalah amalan utama dalam menyambut hari raya, doa dan takbir juga merupakan cara untuk meraih keberkatan. Hari raya adalah masa untuk meningkatkan ibadah dan berdoa kepada Allah, berharap agar diberi kebaikan, keberkatan, dan kesucian dalam hidup. Setiap lelaki dan wanita Islam diperintahkan bertakbir dan turut sama berdoa (walaupun dalam keadaan haid).

④ Antara amalan lain Rasulullah di pagi hari raya adalah bersedekah.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى يَوْمَ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُصَلِّ قَبْلَهَا وَلَا بَعْدَهَا ثُمَّ أَتَى النِّسَاءَ وَمَعَهُ بِلَالٌ فَأَمَرَهُنَّ بِالصَّدَقَةِ فَجَعَلْنَ يُلْقِينَ تُلْقِي الْمَرْأَةُ خُرْصَهَا وَسِخَابَهَا

Daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW melaksanakan solat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat dan tidak solat sebelum atau sesudahnya. Kemudian baginda mendatangi para wanita dan memerintahkan mereka untuk bersedekah. Maka para wanita memberikan sedekah hingga ada seorang wanita yang memberikan anting dan kalungnya.

(Sahih Bukhari No: 921) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih

⑤ Saling bersedekah sebagai tanda keprihatinan terhadap orang yang kurang berada terutama ketika kita bergembira dengan pelbagai juadah raya. Teruskan sumbangan kita walaupun sebaik-sebaik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadhan. Dengan sedekah yang diberi akan menggembirakan orang lain. Termasuklah pemberian duit raya kepada orang yang lemah serta kanak-kanak.

📅 28hb Ramadhan 1446H | 29hb Mac 2025

Thursday, 27 March 2025

DUA KEGEMBIRAAN ORANG BERPUASA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

DUA KEGEMBIRAAN ORANG BERPUASA

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ، فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
"Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti."

(Hadith Riwayat Muslim, No: 1945) – Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kegembiraan pertama – Ketika berbuka puasa, kerana mendapat nikmat makan dan minum serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga setelah menahannya sepanjang siang.


2. Kegembiraan kedua – Ketika bertemu Allah di akhirat nanti, hasil daripada puasa yang dilakukan dengan penuh keimanan dan keikhlasan.


3. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga latihan rohani. Ia membentuk hubungan erat dengan Allah melalui ibadah yang ikhlas.


4. Jaga tingkah laku sepanjang puasa – Hindari dosa seperti dedah aurat, pergaulan bebas, fitnah, mengumpat, dan meninggalkan solat agar tidak merugikan pahala puasa.


5. Pastikan kita bukan sekadar gembira ketika berbuka, tetapi lebih penting lagi adalah kegembiraan ketika bertemu Allah di akhirat nanti.



📅 26 Ramadhan 1446H | 27 Mac 2025

Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan

*ASSALAMUALAIKUM wbt.*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan*

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

_*Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Rugi (celaka) orang yang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya, tetapi ia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia), tetapi keduanya tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.”*_ (Sunan Tirmizi No: 3545) Dar Kutub Ilmiyyah. Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Satu daripada adab kita terhadap Rasulullah SAW ialah apabila nama baginda disebut, kita hendaklah menyahutnya dengan berselawat ke atas junjungan baginda SAW. Antaranya dengan lafaz

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rugi mereka yang tidak menyahut dan berselawat ke atas Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

*“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”.* [HR: Tirmizi. No: 3469]. Status: Sahih
  
2.  Ramadan adalah bulan anugerah istimewa kepada umat Nabi Muhammad SAW untuk mendapat keampunan Allah dengan melaksanakan ibadat puasa di siang hari dan menghidupkan malam hari dengan pelbagai ibadat.

3.  Alangkah ruginya kita jika tidak berusaha bersungguh-sungguh menjadikan ibadat puasa, ibadat di malam hari bermula daripada berbuka puasa, solat maghrib, solat isya, solat tarawih, solat tahajud, solat witir, solat sunat yang lain, tilawah, iktikaf, wirid, zikir, istighfar, bersahur, berdoa dan bersedekah sebagai instrumen pengampunan dosa-dosa kita yang lalu.

4.  Memuliakan dan berbakti kepada kedua orang tua adalah suatu kewajipan, kerana itu Allah menghubungkan berbuat baik kepada keduanya dengan bertauhid kepada Allah di dalam firman-Nya [Al-Israa': 23]: 

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

*“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan-lah kepada mereka perkataan yang mulia.”*

Rugi mereka yang masih ada orang tua tetapi tidak berbuat baik kepada keduanya, tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menyayangi dan membantu segala keperluan mereka. 

5.  Hadis ini memberi peringatan kepada kita mengenai tiga peluang besar yang boleh membawa kepada kebahagiaan dan keampunan Allah, iaitu berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, memanfaatkan bulan Ramadan untuk berdoa dan beribadah, serta berbakti kepada ibu bapa. Orang yang gagal dalam ketiga-tiga perkara ini akan merugikan diri mereka sendiri dan mendapat kecelakaan. Semoga Ramadan yang kita lalui ini benar-benar menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan kita kembali kepada fitrah bersih dari dosa.

27hb Ramadan 1446H
28hb Mac 2025

Tuesday, 25 March 2025

ZAKAT FITRAH MENYUCIKAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

ZAKAT FITRAH MENYUCIKAN

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلاَةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلاَةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ

Daripada Ibnu Abbas RA berkata, Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah sebagai satu pembersihan bagi orang-orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan kotor, serta sebagai makanan untuk orang miskin.
Sesiapa yang membayar zakat fitrah sebelum solat (Aidilfitri) maka ia adalah zakat yang diterima (oleh Allah). Sesiapa yang membayarnya selepas solat (Aidilfitri) maka ia adalah sedekah seperti sedekah biasa.

(Sunan Abi Daud, No: 1609) – Status: Hasan

Pengajaran:

1. Zakat fitrah adalah ibadah yang diwajibkan dalam Islam bagi mereka yang berkemampuan.


2. Ia berfungsi sebagai penyuci kekurangan ibadah puasa akibat perbuatan yang sia-sia atau perkataan yang tidak baik.


3. Zakat fitrah juga bertujuan membantu golongan miskin agar mereka dapat meraikan Aidilfitri dengan kecukupan.


4. Waktu pembayaran zakat fitrah bermula dari 1 Ramadhan hingga sebelum solat sunat Aidilfitri.


5. Zakat fitrah yang dibayar selepas solat Aidilfitri hanya dianggap sebagai sedekah biasa dan bukan zakat yang sah.


6. Golongan yang wajib membayar zakat fitrah ialah:
a) Muslim,
b) Hidup ketika masuknya 1 Syawal,
c) Mempunyai lebihan harta selepas keperluan asasnya pada malam dan siang Aidilfitri.



Moga zakat fitrah yang kita keluarkan diterima sebagai penyuci bagi ibadah puasa kita.

25 Ramadhan 1446H
26 Mac 2025M

Monday, 24 March 2025

BERPUASA DAN SOLAT TAPI MUNAFIK

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

BERPUASA DAN SOLAT TAPI MUNAFIK

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مِنْ عَلَامَاتِ الْمُنَافِقِ ثَلَاثَةٌ، إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ.

Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Mukram al-Ammi, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Muhammad bin Qais Abu Zuhair, dia berkata: Saya mendengar al-Ala' bin Abdurrahman menceritakan dengan sanad ini seraya berkata:

"Tanda-tanda orang munafik ada tiga: apabila dia bercakap, dia berbohong; apabila dia berjanji, dia mengingkari; dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat. Walaupun dia berpuasa dan solat serta mengaku bahawa dia seorang Muslim."

(HR Muslim No: 90) - Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Tiga tanda orang munafik yang perlu dijauhi iaitu apabila bercakap, dia berbohong; apabila berjanji, dia mengingkari; dan apabila diberi amanah, dia berkhianat.


2. Sifat munafik tetap ada pada pelakunya walaupun dia solat dan berpuasa serta mengaku Muslim.


3. Puasa adalah perisai daripada sifat munafik. Nabi SAW bersabda:
اَلصَّوْمُ جُنَّةٌ
"Puasa adalah perisai atau benteng (daripada keburukan)."
(Riwayat Tirmidzi No: 2749)


4. Bercakap termasuk dalam bentuk tulisan dan penyebaran maklumat. Jika fakta yang disebarkan salah, maka ia dikira berbohong dan ada tanda munafik.


5. Menepati janji adalah sifat orang beriman, mengingkari janji merosakkan hubungan dan dibenci Allah.


6. Amanah adalah tanggungjawab yang perlu dijaga. Pemimpin mesti adil, pekerja mesti melaksanakan tugas dengan baik, dan menerima gaji tanpa bekerja dengan sempurna adalah satu bentuk pengkhianatan.


7. Rugilah orang yang solat dan berpuasa tetapi memiliki sifat munafik. Islam bukan hanya ibadah zahir, tetapi juga akhlak dan integriti dalam kehidupan seharian.



Jadikan puasa dan solat sebagai perisai dari sifat munafik. Berusahalah untuk tidak berbohong, tidak memungkiri janji, dan tidak khianat dalam amanah.

📆 24 Ramadhan 1446H
📆 25 Mac 2025

Sunday, 23 March 2025

JANGAN TERHALANG DARIPADA KEBAIKAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

JANGAN TERHALANG DARIPADA KEBAIKAN

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ: دَخَلَ رَمَضَانُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ هَذَا الشَّهْرَ قَدْ حَضَرَكُمْ وَفِيهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ، مَنْ حُرِمَهَا فَقَدْ حُرِمَ الْخَيْرَ كُلَّهُ، وَلَا يُحْرَمُ خَيْرَهَا إِلَّا مَحْرُومٌ

Daripada Anas bin Malik RA ia berkata:
"Ketika datang bulan Ramadhan, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya bulan ini telah hadir kepada kalian. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barang siapa yang terhalang daripadanya (tidak memperoleh malam tersebut), maka dia telah dihalang daripada segala kebaikan. Dan tidak ada yang dihalang daripada kebaikannya kecuali orang yang benar-benar terhalang (mahrum)."

(Sunan Ibn Majah No: 1644) – Hadis Hasan menurut Syaikh al-Albani

Pengajaran:

1. Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan. Di dalamnya terdapat Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.


2. Sesiapa yang terlepas daripada beribadah pada Lailatul Qadar kerana kelalaian atau malas beribadah, maka dia telah terhalang daripada segala kebaikan.


3. Setiap Muslim dianjurkan menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh iman dan mengharap pahala, agar dosa-dosanya diampunkan.


4. Mereka yang tidak bersungguh-sungguh beribadah pada bulan Ramadhan akan terlepas daripada segala ganjaran dan keistimewaan yang ada.


5. Jangan biarkan Ramadhan berlalu tanpa kesungguhan ibadah!
Jangan sia-siakan Lailatul Qadar tanpa amal soleh!
Jangan menjadi orang yang terhalang daripada kebaikan!



📅 23 Ramadhan 1446H | 24 Mac 2025

Saturday, 22 March 2025

MELIPAT GANDAKAN AMAL DI SEPULUH AKHIR RAMADHAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُه

MELIPAT GANDAKAN AMAL DI SEPULUH AKHIR RAMADHAN

قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah Radhiyallahu 'anha berkata:
"Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadhan) yang tidak Baginda lakukan pada hari-hari lainnya."
(Hadis Riwayat Muslim, No. 2009)
Status: Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir bulan Ramadhan kerana terdapat malam Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.


2. Antara ibadah yang dianjurkan:

Iktikaf di masjid untuk beribadah sepenuhnya.

Membaca al-Quran, bersedekah, berzikir, dan berdoa.

Solat malam, seperti tahajud, tasbih, dan solat sunat lain.



3. Para salafussoleh sangat bersungguh-sungguh dalam ibadah:

Saidina Umar RA sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.

Qatadah RA mengkhatam al-Quran setiap malam dalam 10 malam terakhir Ramadhan.



4. Ada yang sanggup mengambil cuti untuk memberi tumpuan kepada ibadah sepanjang 10 malam terakhir. Bagaimana dengan kita?


5. Imam Ibn Rajab Al-Hanbali berkata:
_"Ketahuilah bahawa seorang mukmin itu terhimpun baginya dua jihad untuk dirinya:

Jihad pada waktu siang dalam berpuasa.

Jihad pada waktu malam dalam melakukan qiamullail.
Sesiapa yang menghimpunkan kedua-duanya dan bersabar, dia memperoleh pahala yang tidak terhitung."_
(Rujuk Lathā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab, 1/171)



6. Amalan yang boleh dilakukan dalam sepuluh malam terakhir:

Menjaga solat berjemaah dan solat sunat.

Banyakkan iktikaf di masjid bersama keluarga.

Perbanyakkan doa, terutama waktu sahur:
"Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar."

Berdoa untuk diri, keluarga, umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan seluruh dunia.




📌 22 Ramadhan 1446H | 23 Mac 2025

Friday, 21 March 2025

PERBANYAK DOA KEAMPUNAN DI MALAM LAILATUL QADAR

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERBANYAK DOA KEAMPUNAN DI MALAM LAILATUL QADAR

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:
"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?"

Jawab Rasulullah SAW:

"Berdoalah: اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي"
(Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Engkau sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hamba-Mu, maka ampunkanlah segala kesalahanku).

(Sunan Tirmizi No: 3513, Dar Kutub Ilmiyyah – Hadis Sahih)

Pengajaran:

1. Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan menuntut kita memperbanyak amal ibadah, termasuklah memperbanyakkan doa.


2. Rasulullah SAW menganjurkan kita agar perbanyakkan doa memohon ampun di sepuluh malam terakhir dari Ramadhan, khususnya apabila menemui Lailatul Qadar.


3. Kita bertawasul dengan sifat ‘Afwu (Maha Pemaaf) Allah dengan memohon agar Allah memaafkan dosa yang kita lakukan.



"اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي"
"Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Engkau sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hamba-Mu, maka ampunkanlah segala kesalahanku."

Marilah kita perbanyakkan doa ini memohon ampunan dari dosa dan kesalahan kita. Moga Ramadhan ini benar-benar membersihkan diri kita daripada dosa.

21hb Ramadhan 1446H
22hb Mac 2025

Thursday, 20 March 2025

MEMBURU LAILATUL QADAR SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADHAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MEMBURU LAILATUL QADAR SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADHAN

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Daripada Aisyah Radiallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan bersabda: "Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadhan."
(Sahih Bukhari, No: 1916, Dar Ibn Kathir)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sepuluh malam terakhir Ramadhan sangat penting kerana mengandungi malam Lailatul Qadar yang penuh keberkatan.


2. Ganjaran ibadah pada malam Lailatul Qadar lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan).


3. Malam ini adalah malam rahmat dan pengampunan, maka ia perlu dihidupkan dengan doa, zikir, solat dan ibadah lain.


4. Tarikh sebenar Lailatul Qadar dirahsiakan supaya kita bersungguh-sungguh mencarinya sepanjang 10 malam terakhir.


5. Bangunkan ahli keluarga untuk turut serta beribadah pada malam-malam tersebut.


6. Perbanyakkan iktikaf, solat berjemaah, tilawah al-Quran, doa dan istighfar.


7. Menurut ulama, sesiapa yang menunaikan solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam Lailatul Qadar, dia telah memperoleh kebaikannya.


8. Anggaplah Ramadhan ini sebagai yang terakhir dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Lailatul Qadar.



📅 20hb Ramadhan 1446H | 21hb Mac 2025

Wednesday, 19 March 2025

AMALAN IKTIKAF 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

AMALAN IKTIKAF 10 HARI TERAKHIR RAMADHAN

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

Daripada Aisyah Radhiyallahu 'anha, bahawa Nabi SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan sehingga Allah mewafatkan baginda, kemudian isteri-isteri baginda (tetap) melanjutkan amalan tersebut dengan beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan sepeninggalan baginda.

(Sahih Bukhari No: 1922) Dar Ibn Kathir.
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Iktikaf ialah menetap di dalam masjid dengan niat beriktikaf untuk beribadat kepada Allah dengan memperbanyakkan solat, zikir, membaca al-Quran dan berdoa.


2. Mengikut Imam Syafie, iktikaf boleh dilakukan dalam tempoh seketika, sementara Imam Maliki mensyaratkan sekurang-kurangnya sehari semalam, dan yang terbaik ialah sepuluh hari.


3. Sunnah iktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadhan bertujuan mencari Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan.


4. Amalan iktikaf semakin dilupakan, sedangkan Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkannya sejak hijrah ke Madinah sehingga baginda wafat.


5. Beriktikaf menghidupkan masjid, dan Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat."
(At-Taubah: 18)


6. Ayuh hidupkan 10 malam terakhir dengan:
✅ Iktikaf di masjid
✅ Datang awal untuk solat fardhu
✅ Menjaga solat Maghrib, Isyak & Subuh berjemaah di masjid
✅ Bersama imam dalam solat tarawih & witir hingga selesai, kerana sesiapa yang solat bersama imam hingga selesai, dia mendapat pahala qiyam sepanjang malam (Sunan Tirmizi: 806, Sahih).
✅ Perbanyakkan sedekah, membaca al-Quran, berzikir & berdoa memohon keampunan Allah



19hb Ramadhan 1446H
20hb Mac 2025

Tuesday, 18 March 2025

Sedekah Tidak Mengurangkan Harta

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sedekah Tidak Mengurangkan Harta

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak akan berkurang harta seseorang dengan sedekah. Tidaklah orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidaklah orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya."
(HR. Muslim no. 4689) – Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sedekah adalah amalan yang dituntut dalam Islam khususnya di bulan Ramadhan.


2. Orang yang bersedekah tidak akan mengurangkan hartanya.

Walaupun dari sudut pandang manusia, memberi sedekah mungkin dilihat sebagai mengurangkan jumlah harta yang dimiliki, tetapi hakikatnya sedekah membawa keberkatan yang lebih besar.

Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik malah akan didoakan oleh Malaikat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ, إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ, فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا. وَيَقُولُ الْآخَرُ: اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

"Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Tidak ada suatu hari pun ketika seorang hamba melewati paginya kecuali akan turun (datang) dua malaikat kepadanya lalu salah satunya berdoa; 'Ya Allah berikanlah pengganti bagi siapa yang menafkahkan hartanya', sedangkan yang satunya lagi berdoa; 'Ya Allah berikanlah kehancuran (kebinasaan) kepada orang yang menahan hartanya (bakhil).'"
(HR. Bukhari No: 1351) – Hadis Sahih


3. Orang yang memberi kemaafan kepada orang lain, Allah akan menambah kemuliaannya.

Bila kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita, Allah akan menambahkan kemuliaan kepada kita.

Memaafkan akan memberi ketenangan hati.

Orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain akan dihormati dan dihargai oleh orang sekeliling serta mendapat ganjaran besar di sisi Allah.



4. Orang yang merendahkan diri kerana Allah (rendah hati, tidak sombong), Allah akan mengangkat darjat serta kedudukannya di sisi Allah.


5. Perbanyakkanlah sedekah di bulan Ramadhan ini, jadikanlah diri kita seorang yang pemaaf dan berusahalah menjadi orang yang sentiasa merendah diri bukan angkuh dan sombong.



Hadis ini mengajar kita bahawa sedekah, sifat pemaaf, dan tawadhu' (rendah hati) adalah tiga perkara yang sangat penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Melalui sedekah, kita bukan sahaja membersihkan harta, tetapi juga mendekatkan diri kepada Allah.

Sifat pemaaf akan membawa kemuliaan dan ketenangan.

Tawadhu' akan mengangkat darjat seseorang di sisi Allah dan manusia.


18hb Ramadhan 1446H
19hb Mac 2025

Monday, 17 March 2025

TAQWA DAN AL-QURAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

TAQWA DAN AL-QURAN

عَنْ أبِى ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ أَوصِنِى قَالَ عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ فَإِنَّهُ رَأْسُ الأَمْرِ كُلِّهِ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ زِدْنِي قَالَ عَلَيْكَ بِتِلاَوَةِ الْقُرْءَانِ فَإِنَّهُ نُورٌ لَكَ فِى الأَرْضِ وَذُخْرٌ لَكَ فِى السَّمَاءِ

Daripada Abu Dzar RA, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, berilah aku wasiat." Baginda bersabda:
"Hendaklah kamu bertakwa kepada Allah kerana ia adalah kepala (sumber) segala perkara."
Aku berkata: "Wahai Rasulullah, tambahkan lagi untukku." Baginda bersabda:
"Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi dan simpanan (pahala) untukmu di langit."
(HR Ibn Hibban, No: 361) Status: Hasan Lighairihi

Pengajaran Hadis:

1. Abu Dzar RA merupakan sahabat yang sangat zuhud dan sering meminta nasihat daripada Rasulullah SAW.


2. Taqwa ialah kunci kepada segala kebaikan, yang perlu disemai dalam hati setiap Muslim dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.


3. Al-Quran adalah cahaya yang memandu kehidupan di dunia dan menjadi bekalan untuk kehidupan di akhirat.


4. Sayidina Ali RA berkata:
“Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab-Nya, redha dengan sedikit, dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”


5. Membaca al-Quran mendapat ganjaran besar. Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan digandakan sepuluh kali ganda..."
(HR Tirmizi, No: 2910) Status: Hasan


6. Kedua-dua perkara ini—takwa dan membaca al-Quran—adalah jalan menuju kebahagiaan dunia dan akhirat.



📅 17 Ramadhan 1446H | 18 Mac 2025

Sunday, 16 March 2025

AL-QURAN DAN SUNNAH PANDUAN HIDUP

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

AL-QURAN DAN SUNNAH PANDUAN HIDUP

عَنْ مَالِك أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ"

"Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi."
(Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah Allah.


2. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib diamalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.


3. Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.


4. Jadikanlah al-Quran sebagai panduan dan rujukan di dalam hidup kita. Semoga al-Quran memandu kita ke syurga. Hadis Nabi SAW:
عَنْ جَابِرٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: "اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ"
"Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana) hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka."
(HR Ibn Hibban No: 124)
Status: Hadis Sahih


5. Al-Quran akan menjadi pemberi syafaat kepada mereka yang sentiasa mendampinginya, mempelajari, membaca, menghafal dan menjadikannya panduan.


6. Sunnah Rasulullah SAW adalah penjelas dan penerang kepada al-Quran. Sunnah adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah SAW sama ada percakapan, perbuatan mahupun perakuan.


7. Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami aqidah, ibadah yang diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang diperlihatkan contohnya oleh Rasulullah dalam pelbagai aspek kehidupan seperti muamalah, jinayat, akhlak, pentadbiran dan lain-lain.



Sempena Ramadhan, bulan al-Quran, marilah kita memastikan al-Quran sentiasa kita baca, fahami dan amalkan agar menjadi hidayah serta panduan di samping menjadikan Sunnah sebagai ikutan dan pedoman hidup.

16hb Ramadhan 1446H
17hb Mac 2025

Saturday, 15 March 2025

PUASA DAN AL-QURAN PEMBERI SYAFAAT

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PUASA DAN AL-QURAN PEMBERI SYAFAAT

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ.

Daripada Abdullah bin Amru RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat. Puasa akan berkata: 'Wahai Rabb ku, aku telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwat pada siang hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya.' Dan al-Quran pula berkata: 'Aku telah menghalangnya daripada tidur pada malam hari, maka izinkan aku memberi syafaat kepadanya.' Maka syafaat keduanya diterima."
(Musnad Ahmad No: 6589) Status: Hadis Sahih


---

Pengajaran Hadis:

1. Puasa dan al-Quran adalah amalan yang sangat mulia yang akan menjadi pemberi syafaat di akhirat kelak.


2. Orang yang berpuasa akan mendapat syafaat kerana menahan diri daripada makan, minum dan nafsu syahwat.


3. Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran, khususnya di malam hari, juga akan mendapat syafaat al-Quran.


4. Di Padang Mahsyar, tiada yang dapat menolong melainkan syafaat Rasulullah SAW serta amalan soleh seperti puasa, solat dan al-Quran.


5. Bulan Ramadhan adalah peluang terbaik untuk meningkatkan tilawah dan tadabur al-Quran serta mengekang hawa nafsu melalui puasa.




---

📅 15 Ramadhan 1446H | 16 Mac 2025

Friday, 14 March 2025

BAU MULUT ORANG BERPUASA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

BAU MULUT ORANG BERPUASA

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ ﷺ:
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ
(Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW: Demi diriku berada di tangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi).
(Sahih Bukhari, No. 1795, Dar Ibn Kathir)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Setiap kesusahan dan rasa lapar kerana ketaatan kepada Allah akan mendapat ganjaran besar di akhirat.


2. Bau mulut orang berpuasa yang mungkin tidak menyenangkan bagi manusia, tetapi di sisi Allah ia lebih harum daripada kasturi.


3. Allah akan memberi ganjaran istimewa kepada orang yang berpuasa kerana ibadah ini dilakukan semata-mata untuk-Nya.


4. Islam menggalakkan menjaga kebersihan mulut walaupun berpuasa, seperti bersiwak sebelum solat.


5. Ucapan orang berpuasa mestilah yang baik, berzikir, dan memberi nasihat kepada orang lain.


6. Orang yang berpuasa dengan ikhlas akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah pada hari kiamat.



14hb Ramadhan 1446H | 15hb Mac 2025

Thursday, 13 March 2025

RASULULLAH SAW AMAT PEMURAH MELAKUKAN KEBAJIKAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

RASULULLAH SAW AMAT PEMURAH MELAKUKAN KEBAJIKAN

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; "Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus."
(Sahih Muslim No: 2308) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk menggandakan amalan kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Pencipta-Nya.


2. Antara amalan kebaikan yang selalu dilakukan oleh Nabi SAW pada bulan Ramadhan adalah membanyakkan bersedekah dan bertadarus al-Quran.


3. Marilah kita mengisi kedatangan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan memperbanyakkan sedekah, membaca, dan mentadabbur al-Quran kerana pahalanya digandakan.


4. Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadhan, bahkan di bulan lain kerana ia menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ukhuwah sesama Muslim.


5. Sedekah yang diterima Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukan untuk menunjuk-nunjuk. Harta yang kita infak kekal pahalanya, tetapi harta yang kita simpan belum tentu mendatangkan manfaat. Firman Allah SWT:
مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ
"Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal". (An-Nahl: 96)


6. Tadarus al-Quran juga dianjurkan agar dapat menyemak bacaan yang betul di samping mentadabbur makna al-Quran.



13hb Ramadhan 1446H
14hb Mac 2025M

Wednesday, 12 March 2025

PALING BAIK, BERANI DAN DERMAWAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PALING BAIK, BERANI DAN DERMAWAN

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْسَنَ النَّاسِ وَأَشْجَعَ النَّاسِ وَأَجْوَدَ النَّاسِ

Daripada Anas RA berkata; Nabi SAW adalah orang yang paling baik, paling berani dan paling dermawan.
(HR Bukhari No: 2813)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW adalah manusia yang paling sempurna akhlaknya untuk dijadikan contoh terbaik. Muslim yang baik ialah mereka yang menunjukkan perilaku mulia terhadap orang lain, tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka.


2. Rasulullah SAW juga seorang yang berani, bukan hanya dalam konteks fizikal atau peperangan, tetapi juga dalam memperjuangkan kebenaran dan hak. Keberanian dalam menegakkan keadilan adalah sifat yang perlu dimiliki oleh setiap Muslim.


3. Rasulullah SAW juga orang yang paling dermawan, terutama di bulan Ramadhan.



عَنْ أَنَسٍ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ

Daripada Anas RA, Nabi SAW ditanya tentang puasa yang paling utama setelah puasa Ramadhan. Baginda menjawab: "Puasa di bulan Syaaban untuk memuliakan Ramadhan." Baginda ditanya lagi, lalu sedekah apakah yang paling utama? Baginda menjawab: "Sedekah di bulan Ramadhan."
(Sunan Tirmizi No 663)
Status Hadis: Daif

4. Amalan bersedekah adalah salah satu cara menjauhkan diri daripada api neraka.



عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ ذَكَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّارَ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا وَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ … قَالَ اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَإِنْ لَمْ تَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ

Daripada Adi bin Hatim RA, Nabi SAW bersabda: "Takutlah kalian kepada neraka walau dengan setengah biji kurma, jika tiada, hendaknya dengan perkataan yang baik."
(HR Bukhari No: 5677)
Status: Hadis Sahih

5. Sifat suka bersedekah adalah pengikat dan penghubung kasih sayang sesama manusia.


6. Allah akan menggantikan apa yang disedekahkan dengan keberkahan harta di dunia dan pahala besar di akhirat.



وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

“Dan apa saja yang kamu sedekahkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia-lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”
(Sabaa’: 39)

7. Sedekah menjadi pelindung daripada api neraka walaupun dengan sebiji buah kurma.



Renunglah kisah ini:

Daripada Aisyah RA, bahawa keluarga Rasulullah SAW pernah menyembelih seekor kambing dan mensedekahkannya. Baginda bertanya: “Apa yang tinggal daripada kambing tersebut?” Aisyah menjawab: “Hanya bahagian bahunya.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Semua bahagian kambing itu kekal (pahalanya) kecuali bahagian bahunya.”

Contohilah Rasulullah SAW melalui sifat kebaikan, keberanian dan kedermawanan dalam kehidupan harian kita.

12hb Ramadhan 1446H
13hb Mac 2025

Tuesday, 11 March 2025

BERBUKA DENGAN ROTAB ATAU TAMAR ATAU AIR

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

BERBUKA DENGAN ROTAB ATAU TAMAR ATAU AIR

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ قَالَ أَبُو عِيسَى وَرُوِيَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُفْطِرُ فِي الشِّتَاءِ عَلَى تَمَرَاتٍ وَفِي الصَّيْفِ عَلَى الْمَاءِ

Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW selalu berbuka dengan kurma basah (rotab) sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali.

Abu 'Isa berkata, ini merupakan hadis hasan gharib. Abu 'Isa berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW berbuka pada musim dingin dengan kurma dan pada musim panas dengan air.

(Sunan Tirmizi No: 696) Dar Kutub Ilmiyyah
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW akan berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib.


2. Rasulullah SAW kebiasaannya berbuka dengan rotab (kurma basah) kerana ia mudah dicerna dan memberi tenaga segera.


3. Jika tiada rotab, baginda akan berbuka dengan tamar (kurma kering).


4. Jika tiada kurma, baginda akan berbuka dengan air.


5. Pada musim sejuk, Rasulullah SAW berbuka dengan tamar.


6. Pada musim panas, baginda SAW berbuka dengan air.


7. Rotab dan tamar kaya dengan gula glukosa (55%) dan fruktosa (45%).


8. Gula dalam kurma diserap dalam badan dalam 30-45 minit berbanding nasi yang memerlukan kira-kira 4 jam. Ini memberi tenaga segera dan mencegah keletihan melampau.


9. Pengambilan kurma dapat mengelakkan sembelit, penyakit jantung dan merendahkan kolesterol jahat kerana kandungan seratnya yang tinggi.



11 Ramadhan 1446H
12 Mac 2025

Monday, 10 March 2025

MELEWATKAN SAHUR & MENYEGERAKAN BERBUKA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MELEWATKAN SAHUR & MENYEGERAKAN BERBUKA

عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِبِلَالٍ: "أَنْتَ يَا بِلَالُ تُؤَذِّنُ إِذَا كَانَ الصُّبْحُ سَاطِعًا فِي السَّمَاءِ، فَلَيْسَ ذَلِكَ بِالصُّبْحِ، إِنَّمَا الصُّبْحُ هَكَذَا مُعْتَرِضًا" ثُمَّ دَعَا بِسَحُورِهِ فَتَسَحَّرَ وَكَانَ يَقُولُ: "لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا أَخَّرُوا السَّحُورَ وَعَجَّلُوا الْفِطْرَ"

Daripada Abu Dzar RA bahawa Nabi SAW bersabda kepada Bilal:
"Wahai Bilal, kalau subuh telah beranjak ke langit maka itu bukanlah subuh, subuh itu nampak seperti ini."
Lalu baginda menyuruh untuk bersahur dan baginda pun bersahur seraya bersabda:
"Umatku akan selalu dalam kebaikan selama mereka mengakhirkan sahur dan menyegerakan berbuka."

(Musnad Ahmad No: 20996) – Isnad Hasan

Pengajaran:

1. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam ibadah, termasuk dalam berbuka dan bersahur ketika berpuasa.


2. Sunah berpuasa yang perlu diamalkan ialah segera berbuka apabila masuk waktu maghrib.


3. Melewatkan sahur juga dianjurkan kerana terdapat keberkatan dalam ibadah puasa dan manfaat kesihatan.


4. Jarak waktu sahur Nabi SAW dengan subuh sangat dekat, sekitar bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana (kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum subuh).



Anas bin Malik RA meriwayatkan daripada Zaid bin Tsabit RA:

تَسَحَّرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ
قُلْتُ: كَمْ كَانَ بَيْنَ الْأَذَانِ وَالسَّحُورِ؟
قَالَ: "قَدْرُ خَمْسِينَ آيَةً"

"Kami bersahur bersama Nabi SAW, kemudian baginda bangun untuk solat (subuh). Aku bertanya: 'Berapa jarak antara azan subuh dan sahur?' Zaid menjawab: 'Sekitar bacaan 50 ayat al-Quran'."

(HR Bukhari No: 550) – Sahih

Semoga kita dapat mengikuti sunah Nabi SAW dengan menyegerakan berbuka apabila masuk waktu dan melewatkan sahur.

📆 10 Ramadhan 1446H | 11 Mac 2025

Sunday, 9 March 2025

SAHUR WAKTU MUSTAJAB BERDOA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

SAHUR WAKTU MUSTAJAB BERDOA

**عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الْآخِرُ، يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ، مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ، مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ."

"Daripada Abu Hurairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Allah Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman: ‘Siapa sahaja yang berdoa kepada-Ku, maka Aku tunaikan untuknya. Sesiapa sahaja yang meminta kepada-Ku, Aku berikan kepadanya. Sesiapa sahaja yang memohon ampun kepada-Ku, Aku ampunkannya.’”

(Hadis Riwayat Bukhari, No: 1094. Dar Ibn Kathir. Status: Sahih)

Pengajaran:

1. Syeikh Mustafa al-Bugha berkata: Turunnya Allah ke langit dunia bermaksud turunnya Ketetapan Allah, Rahmat-Nya, Kelembutan-Nya dan Pengampunan-Nya.


2. Sepertiga akhir malam adalah waktu istimewa untuk ahli ibadah (sekitar jam 3 pagi hingga sebelum Subuh).


3. Waktu akhir sepertiga malam (waktu sahur) merupakan waktu mustajab doa (doa diperkenankan).


4. Waktu ini juga adalah waktu Allah mengampunkan dosa bagi mereka yang memohon keampunan.

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon keampunan.”
(Surah Az-Zariyat, ayat 18)


5. Menghidupkan malam dengan doa dan ibadah, terutama pada sepertiga malam terakhir, memerlukan ketekunan dan kesungguhan.


6. Rugilah mereka yang bangun di penghujung malam hanya untuk makan sahur atau ke bilik air semata-mata.


7. Rebutlah peluang ini dengan solat sunat seperti tahajud dan berdoa memohon rahmat serta keampunan daripada dosa.



Jadikan ibadah Ramadhan kali ini sebagai latihan menyuburkan jiwa taqwa.

08 Ramadhan 1446H
09 Mac 2025M

SAHUR DENGAN KURMA KERING

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

SAHUR DENGAN KURMA KERING

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: نِعْمَ سَحُورُ الْمُؤْمِنِ التَّمْرُ

Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
"Sebaik-baik (makanan) ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering)."
(Sunan Abi Daud No: 2345) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sahur adalah sunnah yang sangat dianjurkan, mempunyai banyak kebaikan dari segi rohani dan jasmani.


2. Tamar adalah makanan terbaik untuk sahur kerana ia memberikan tenaga segera.


3. Syeikh Abd al-Muhsin al-‘Abbad menjelaskan bahawa "bersahur dengan tamar itu dipuji" kerana ia memberi tenaga yang baik untuk tubuh.


4. Kurma mengandungi glukosa yang cepat diserap dan membantu otak, saraf, serta sel darah merah berfungsi dengan baik.


5. Selain glukosa, kurma juga mengandungi lemak, protein, vitamin A, B2, B12, serta mineral penting seperti kalsium, fosfor, magnesium, dan zink.


6. Nabi SAW juga pernah mengambil segenggam kurma dan bersabda:
"Ini sebaik-baik hidangan sahur orang Muslim." (Mu’jam al-Kabir, 17/282)



Selain mengambil nasi bersama lauk-pauk, elok juga makan kurma kering (tamar) ketika sahur.

09 Ramadhan 1446H
10 Mac 2025M

Friday, 7 March 2025

SAHUR ITU BARAKAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

SAHUR ITU BARAKAH

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ السَّحُورُ أَكْلُهُ بَرَكَةٌ فَلَا تَدَعُوهُ وَلَوْ أَنْ يَجْرَعَ أَحَدُكُمْ جُرْعَةً مِنْ مَاءٍ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ

Daripada Abu Sa‘id al-Khudri RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Makan sahur itu barakah, maka janganlah kalian tinggalkannya, meskipun salah seorang daripada kalian hanya minum seteguk air. Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang bersahur."

(Hadis Riwayat Ahmad, No. 10664 – Hadis Hasan)

Pengajaran:

1. Makan sahur itu membawa keberkatan. Antara bentuk barakahnya ialah memberi tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan kesukaran dalam berpuasa.

2. Jangan tinggalkan sahur, walaupun hanya dengan seteguk air. Ini kerana ia tetap membawa keberkatan.

3. Ibn Hajar al-‘Asqalani mensyarahkan hadis ini dengan menyatakan bahawa keberkatan sahur datang daripada pelbagai sudut:

(a) Mengikut sunnah Rasulullah SAW.

(b) Berlawanan dengan amalan Ahli Kitab.

(c) Memberi tenaga untuk berpuasa.

(d) Menambahkan semangat dalam ibadah.

(e) Mencegah keburukan akibat lapar.

(f) Memberi peluang untuk bersedekah.

(g) Menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu mustajab.

(h) Memberi kesempatan berniat puasa bagi yang lupa berniat sebelum tidur.
(Lihat: Fath al-Bari, 4/140)

4. Allah dan para malaikat berselawat kepada orang yang bersahur.

(a) Selawat Allah – Pujian kepada hamba-hamba-Nya yang bersahur.

(b) Selawat malaikat – Doa keampunan bagi mereka yang bersahur.

5. Waktu sahur termasuk waktu mustajab untuk berdoa, waktu terbaik untuk beribadah, dan waktu diampunkan dosa bagi mereka yang memohon keampunan.

6. Keberkatan sahur terbahagi kepada dua:

(a) Keberkatan Syar‘iyyah – Mengikut sunnah, mendapat pahala, berzikir, berdoa, dan mendapat keampunan.

(b) Keberkatan Badaniyyah – Memberi tenaga dan kekuatan untuk menahan lapar serta menghindarkan diri daripada keburukan akibat keletihan berpuasa.

07 Ramadhan 1446H
08 Mac 2025

Thursday, 6 March 2025

BERSAHUR MEMBEZAKAN PUASA MUSLIM

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

BERSAHUR MEMBEZAKAN PUASA MUSLIM

عَنْ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَصْلُ مَا بَيْنَ صِيَامِنَا وَصِيَامِ أَهْلِ الْكِتَابِ أَكْلَةُ السَّحَرِ

Daripada Amru Ibnu Al-Ash RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
"Perbezaan antara puasa kita dengan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur."
(HR Muslim No: 1836) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ibadah puasa yang diwajibkan ke atas umat Islam sama juga dengan ibadat puasa yang telah pun diwajibkan kepada Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani). Tetapi terdapat beberapa perbezaan di antaranya ialah:

a. Umat Islam diwajibkan berpuasa setahun sekali iaitu pada bulan Ramadhan.
b. Disunatkan bagi orang Islam yang hendak berpuasa makan sahur sebelum masuk waktu Subuh.

2. Ibadat puasa Muslim perlu berbeza dengan ibadat puasa Ahli Kitab iaitu dengan bersahur.

3. Sahur adalah makan atau minum yang dilakukan sebelum fajar (Subuh) bagi mereka yang berpuasa walaupun dengan seteguk air atau sebiji kurma kerana ia memberikan keberkatan dan kekuatan sepanjang hari puasa.

4. Umat Islam yang berpuasa dengan niat ikhlas kerana Allah akan mendapat ganjaran pahala yang melimpah-limpah di akhirat dan beroleh berbagai-bagai pertolongan di dunia lagi.

5. Antara fadhilat atau kelebihan bersahur bagi yang berpuasa:

a. Memberi tenaga sepanjang hari berpuasa.
b. Mendapat keberkatan dan kelebihan.
c. Membezakan puasa umat Islam dengan puasa Ahli Kitab.

6. Dalam berpuasa, kita diajar untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek, termasuk dalam amalan sahur. Dengan menjaga amalan ini, kita bukan hanya mengikuti petunjuk Rasulullah, tetapi juga meraih pahala yang besar dari Allah.

06hb Ramadhan 1446H
07hb Mac 2025

Wednesday, 5 March 2025

MEMASUKI SYURGA MENERUSI PINTU IBADAT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

MEMASUKI SYURGA MENERUSI PINTU IBADAT

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَنْفَقَ زَوْجَيْنِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ نُودِيَ مِنْ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَا عَبْدَ اللَّهِ هَذَا خَيْرٌ فَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّلَاةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّلَاةِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجِهَادِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الْجِهَادِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصِّيَامِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الرَّيَّانِ وَمَنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الصَّدَقَةِ دُعِيَ مِنْ بَابِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عَلَى مَنْ دُعِيَ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ مِنْ ضَرُورَةٍ فَهَلْ يُدْعَى أَحَدٌ مِنْ تِلْكَ الْأَبْوَابِ كُلِّهَا قَالَ نَعَمْ وَأَرْجُو أَنْ تَكُونَ مِنْهُمْ

*Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menginfak dua jenis (berpasangan) dari hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga; (lalu dikatakan kepadanya): "Wahai hamba Allah, inilah kebaikan (dari apa yang kamu amalkan). Maka barangsiapa dari kalangan ahli solat dia akan dipanggil dari pintu solat dan barangsiapa dari kalangan ahli jihad dia akan dipanggil dari pintu jihad dan barangsiapa dari kalangan ahli puasa dia akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan dan barangsiapa dari kalangan ahli sedekah dia akan dipanggil dari pintu sedekah". Lantas Abu Bakar Ash-Shidiq radliallahu 'anhu bertanya: "Ya Rasulullah, Demi bapa dan ibuku, jika seseorang dipanggil di antara pintu-pintu yang ada, itu sebuah kepastian, namun apakah mungkin seseorang akan dipanggil dari semua pintu?". Rasulullah menjawab: "Benar, dan aku berharap kamu termasuk di antara mereka".*
(HR Bukhari No: 1764). Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Ramadhan bulan infak. Orang yang menginfak sepasang daripada hartanya di jalan Allah (banyak atau berterusan), dia akan dipanggil dari pintu-pintu syurga. Ibnu Hajar menyatakan bahawa orang yang menginfak dua barang dari harta apa pun yang berasal dari jenis yang sama akan dipanggil masuk syurga dari pintu infak.


2. Amalan fardu membuka pintu syurga. Amalan fardu seperti solat, jihad, puasa, zakat dan haji yang dilakukan semasa di dunia akan menjadi sebab seseorang dipanggil melalui pintu-pintu syurga yang sesuai dengan amalannya.


3. Setiap ibadah ada pintunya. Mereka yang ahli solat, ahli jihad, juga ahli sedekah akan dipanggil menerusi pintu-pintu di syurga antaranya pintu solat, pintu jihad dan pintu sedekah untuk masuk ke syurga.


4. Pintu khas bagi orang berpuasa. Ahli puasa akan dipanggil dari pintu syurga yang bernama ar-Rayyan.


5. Luaskan amalan ibadah. Hadis ini mengajarkan kita untuk tidak hanya fokus pada satu jenis ibadah. Sebaliknya, kita harus berusaha menjadi orang yang mampu melaksanakan berbagai jenis ibadah, sehingga kita berpeluang untuk dipanggil dari banyak pintu syurga.



Berusahalah menyempurnakan pelbagai ibadat SOLAT, JIHAD, SEDEKAH dan PUASA. Semoga ia menjadi antara pintu-pintu Syurga buat kita di akhirat nanti.

05hb Ramadhan 1446H
06hb Mac 2025

Tuesday, 4 March 2025

AR-RAYYAN: PINTU KHAS SYURGA UNTUK ORANG BERPUASA

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

AR-RAYYAN: PINTU KHAS SYURGA UNTUK ORANG BERPUASA

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: "إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ، يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، يُقَالُ: أَيْنَ الصَّائِمُونَ؟ فَيَقُومُونَ، لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ، فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ".

Maksudnya:
Daripada Sahl RA, Nabi ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari Kiamat tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melewati pintu itu kecuali orang-orang yang berpuasa. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka: 'Mana orang yang berpuasa?' Maka orang yang berpuasa berdiri menghadap. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut."

(Riwayat al-Bukhari, no. 1896, sahih)

Pengajaran:

1. Puasa mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah dengan adanya pintu khas di syurga, iaitu Ar-Rayyan.


2. Malaikat akan menyeru orang yang berpuasa untuk memasuki syurga melalui pintu tersebut, dan ia hanya dikhaskan untuk mereka.


3. Nama "Ar-Rayyan" bermaksud kepuasan dahaga, menggambarkan ganjaran bagi mereka yang menahan lapar dan dahaga di dunia.


4. Syurga itu mahal harganya dan hanya dapat dimasuki dengan rahmat Allah, terutama bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keikhlasan.



📅 4 Ramadhan 1446H | 5 Mac 2025M
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

AR-RAYYAN: PINTU KHAS SYURGA UNTUK ORANG BERPUASA

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ: "إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ، يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، يُقَالُ: أَيْنَ الصَّائِمُونَ؟ فَيَقُومُونَ، لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ، فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ، فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ".

Maksudnya:
Daripada Sahl RA, Nabi ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari Kiamat tidak akan ada orang yang masuk ke syurga melewati pintu itu kecuali orang-orang yang berpuasa. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka: 'Mana orang yang berpuasa?' Maka orang yang berpuasa berdiri menghadap. Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut."

(Riwayat al-Bukhari, no. 1896, sahih)

Pengajaran:

1. Puasa mempunyai kedudukan istimewa di sisi Allah dengan adanya pintu khas di syurga, iaitu Ar-Rayyan.


2. Malaikat akan menyeru orang yang berpuasa untuk memasuki syurga melalui pintu tersebut, dan ia hanya dikhaskan untuk mereka.


3. Nama "Ar-Rayyan" bermaksud kepuasan dahaga, menggambarkan ganjaran bagi mereka yang menahan lapar dan dahaga di dunia.


4. Syurga itu mahal harganya dan hanya dapat dimasuki dengan rahmat Allah, terutama bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keikhlasan.



📅 4 Ramadhan 1446H | 5 Mac 2025M

Monday, 3 March 2025

MENGHIDUPKAN MALAM RAMADHAN MENJADI PENGHAPUS DOSA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

MENGHIDUPKAN MALAM RAMADHAN MENJADI PENGHAPUS DOSA

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mendirikan Ramadhan – di malam hari (menghidupkan Ramadhan dengan puasa di siang hari, solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."
(HR Bukhari No: 36) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mendirikan Ramadhan atas dasar iman bermaksud menghidupkan Ramadhan dengan puasa di siang hari, di malam hari solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal soleh kerana meyakini akan amalan sunnah.


2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.


3. Semoga ibadat puasa di siang hari, qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu.


4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadhan ialah solat sunat tarawih. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ..... فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ ...

Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam."
(HR Tirmizi No: 734) Status: Hasan Sahih



Ayuh, pastikan kita menghidupkan malam Ramadhan dengan dapat bersama solat tarawih di masjid atau surau bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak menunggu sehingga selesai sedangkan imam masih bersolat.

📆 03 Ramadhan 1446H
📆 04 Mac 2025

Sunday, 2 March 2025

Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

1 HARI 1 HADIS
Puasa Ramadhan Menghapuskan Dosa Setahun Yang Lalu

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu."

(HR Bukhari No: 37) – Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Berpuasa atas dasar iman bermaksud melaksanakan ibadah puasa dengan keyakinan bahawa ia adalah perintah Allah.


2. Ihtisab bermaksud berpuasa dengan ikhlas, menjaga puasa daripada perkara yang membatalkannya, serta mengharap pahala hanya daripada Allah, bukan kerana adat atau paksaan.


3. Puasa yang dilakukan dengan iman dan ikhlas menghapuskan dosa-dosa kecil. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ مَا اجْتُنِبَتْ الْكَبَائِرُ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

“Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat yang berikutnya, dan Ramadhan ke Ramadhan yang berikutnya akan menghapuskan dosa antara keduanya selama mana dijauhi dosa-dosa besar.”

(HR Ahmad No: 8830) – Hadis Sahih


4. Puasa bukan hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi yang lebih utama adalah niat yang ikhlas dan keyakinan kepada Allah.



Semoga ibadah puasa kita diterima, menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan menjadikan kita hamba yang bertakwa.

02 Ramadhan 1446H
03 Mac 2025M

Saturday, 1 March 2025

Makan dan Minum Ketika Berpuasa Kerana Terlupa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Makan dan Minum Ketika Berpuasa Kerana Terlupa

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

إِذَا نَسِيَ فَأَكَلَ وَشَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ فَإِنَّمَا أَطْعَمَهُ اللَّهُ وَسَقَاهُ

"Daripada Nabi SAW bersabda: 'Jika seseorang lupa lalu dia makan dan minum (ketika sedang berpuasa), maka hendaklah dia meneruskan puasanya kerana hal itu bererti Allah telah memberinya makan dan minum.'" (HR Bukhari No: 1797) – Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Orang yang terlupa lalu makan atau minum di siang hari ketika berpuasa, puasanya tetap sah. Namun, dia perlu segera berhenti daripada makan atau minum sebaik sahaja tersedar.


2. Dia hendaklah meneruskan puasanya seperti biasa tanpa perlu menggantikannya (qadha), kerana perbuatan tersebut berlaku di luar kesengajaannya.


3. Hadis ini memberikan ketenangan hati kepada mereka yang khuatir puasanya batal akibat terlupa makan atau minum.


4. Makanan dan minuman yang telah masuk ke dalam perutnya dianggap sebagai rezeki yang diberikan oleh Allah, bukan kerana sengaja berbuka puasa.


5. Hadis ini mencerminkan kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya. Islam tidak membebankan umatnya dengan kesulitan, sebaliknya memberikan kemudahan bagi mereka yang menghadapi keadaan tertentu tanpa sengaja.



01 Ramadhan 1446H
02 Mac 2025

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...