The New Toyota
Vios 2013 telah di lancarkan di Thailand
yang bertempat di pameran automotif Bangkok
International
Motor Show 2013. Walaubagaimanapun, pasaran
Malaysia
ke atas model ni masih belum diketahui bila
akan sampai.
Namun dijangkakan paling awal adalah pada
akhir tahun ni.
Berkenaan teknologi enjinnya, Toyota Vios 2013
masih
mengekalkan penjana kuasa sebelumnya, dilengkapi
enjin
1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork
maksimum 141Nm.
Sistem transmisinya juga masih mengekalkan
kotak gear
automatik empat kelajuan, termasuk versi manual
lima kelajuan.
Toyota mungkin mempunyai alasan tersendiri
kenapa tiada
perubahan yang berlaku di bahagian tersebut.
Sistem gantungan (suspension) juga antara yang
menjadi tanda
tanya, memandangkan ramai di antara kita yang menginginkan
sebuah Vios dengan karektor
bercirikan perlumbaan, namun
mungkin sedikit hampa apabila
sistem gantungan belakang
masih mengekalkan ‘Torsion
beam with stabilizer’, digandingkan
bersama
‘Mcpherson strut with stabilizer’ di bahagian depannya.
Berikut adalah harga Toyota Vios 2013 iaitu :
1. Toyota Vios 1.5S (4A/T) – 734,000 THB (RM77,597.75
2. Toyota Vios 1.5G (4A/T) – 699,000 THB (RM73,897.58
3. Toyota Vios 1.5E (4A/T) – 649,000 THB (RM68,611.63
4. Toyota Vios 1.5E (5M/T) – 614,000 THB (RM64,911.47
5. Toyota Vios 1.5J (4A/T) – 589,000 THB (RM62,268.49
6. Toyota Vios 1.5J (5M/T) – 559,000 THB (RM59,096.92)
** harga ini bukan harga jualan di Malaysia, kena tunggu
harga pasaran Malaysia sebenar.
No comments:
Post a Comment