Wednesday, 5 June 2013

MAS, AirAsia menang Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2012

MAS dan AirAsia menang anugerah utama.

FARNBOROUGH - Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia menerima 
penghargaan tertinggi Anugerah SKYTRAX World Airline, yang 
diumumkan pada Pameran Udara Antarabangsa Farnborough 
pada Khamis.

Anak kapal kabin MAS, syarikat penerbangan negara, memenangi 
anugerah Krew Kabin Terbaik Dunia dan hidangan sate, 
memenangi anugerah Hidangan Penerbangan Terbaik.

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengungguli 
anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 
dan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 
menerusi anugerah kepuasan pelanggan.

MAS juga mengungguli status 5 bintang pada Anugerah SKYTRAX 
World, menyertai kumpulan penerbangan elit sebagai perakuan 
ke atas kualiti produk dan perkhidmatan tinggi yang berterusan.

Yang lebih membangga, MAS dipilih sebagai antara 10 syarikat 
penerbangan terbaik dunia 2012. 

Ketua Pegawai Eksekutif SKYTRAX Edward Plaisted berkata 
perakuan itu "berasaskan kepada perubahan besar yang berlaku 
dalam MAS." 


"Yang pasti ini bukanlah yang terakhir untuk kami. Menerusi 
barisan pesawat baharu dan penambahbaikan yang kami lakukan 
untuk keseluruhan perkhidmatan, kami berharap dapat menang 
lebih banyak anugerah tahun depan," kata Ketua Pegawai 
Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya. 
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, 
semasa ditanya mengenai kejayaan syarikat penerbangan itu 
memanangi anugerah untuk tahun keempat berturut-turut, 
berkata kejayaan itu adalah hasil disiplin  yang baik para 
petugasnya. 




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...