Muslim dan Tarmidzi telah meriwayatkan dari An-Nu'man bin Basyir ra. dia berkata: Bukankah kamu sekarang mewah dari makan dan minum, apa saja yang kamu mau kamu mendapatkannya? Aku pernah melihat Nabi kamu Muhammad SAW hanya mendapat korma yang buruk saja untuk mengisi perutnya!
Suatu riwayat yang diberitakan oleh Abu Nu'aim,
Khatib, Ibnu Asakir dan Ibnun-Najjar dari Abu Hurairah ra. dia berkata:
"Aku pernah datang kepada Rasulullah S.A.W
ketika dia sedang bersembahyang duduk,
maka aku pun bertanya kepadanya:
Ya Rasulullah!
Mengapa aku melihatmu bersembahyang duduk,
apakah engkau SAKIT?
Jawab Beliau:
Aku LAPAR, wahai Abu Hurairah!
Mendengar jawapan beliau itu,
aku terus MENANGIS sedih
melihatkan keadaan beliau itu.
Beliau merasa kasihan melihat aku menangis,
lalu berkata:
Wahai Abu Hurairah! jangan menangis,
kerana BERATnya penghisaban nanti di hari kiamat tidak akan menimpa
orang yang hidupnya LAPAR DI DUNIA jika dia menjaga dirinya di kehidupan dunia." (Kanzul Ummal 4:41)
PESANAN BUAT KITA SEMUA
Ibnu Abid Dunia memberitakan dari Ibnu Bujair ra. dan dia ini dari para sahabat Nabi SAW Ibnu Bujair berkata: Pernah Nabi SAW merasa terlalu lapar pada suatu hari, lalu beliau mengambil batu dan diikatkannya pada perutnya.
Kemudian beliau bersabda:
Betapa banyak orang yang memilih makanan yang halus-halus di dunia ini kelak dia akan menjadi lapar dan telanjang di hari kiamat! Dan betapa banyak lagi orang yang memuliakan dirinya di sini, kelak dia akan dihinakan di akhirat. Dan betapa banyak orang yang menghinakan dirinya di sini, kelak dia akan dimuliakan di akhirat.'
Bukhari dan Ibnu Abid Dunia meriwayatkan dari Aisyah ra. dia berkata: Bala yang pertama-tama sekali berlaku kepada ummat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut! Sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan merajalela lah syahwatnya! (At-Targhib Wat-Tarhib 3:420).
No comments:
Post a Comment