Pesawat Malaysia Airlines dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang kira-kira pukul 2.40 pagi, awal Sabtu (8 Mac 2014, Waktu Malaysia)
Penerbangan MH370 itu membawa 239 penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 anak kapal
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat Boeing 777 itu tersebut berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi Sabtu dan dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu
MAS mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka berusaha menghubungi ahli keluarga 239 penumpang dan anak kapal penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari turut mengesahkan penumpang-penumpang adalah dari 15 negara termasuk China, Indonesia, Australia, Perancis, dan Malaysia
20 Mac 2014
Serpihan objek dikesan oleh imej satelit di Lautan Hindi dipercayai sepanjang 24 meter, kata pihak berkuasa Australia
Selain itu, objek dalam saiz yang lebih kecil turut berjaya dikesan
Sehubungan itu, Perdana Menteri Australia Tony Abbot dilaporkan menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak pada pukul 10 pagi Khamis untuk memberitahu beliau mengenai pengesanan kemungkinan objek yang ada kaitannya dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370
sumber : mysumber
No comments:
Post a Comment