Monday, 29 September 2014

Proton Iriz Dilancarkan

IMG_3593-0.PNG
















Akhirnya model kompak dari Proton yang dinanti-nantikan telah pun dilancarkan secara rasminya oleh Proton di Tanjung Malim.
Direka untuk pasaran global, model yang dikenali sebagai Proton Iriz dilancarkan dengan empat varian untuk dipilih, dengan dua pilihan enjin; 1.3-liter dan 1.6-liter, yang digabungkan dengan pilihan transmisi manual atau automatik.
Berikut ialah senarai harga varian-varian yang ditawarkan untuk Iriz (m adalah untuk metalik);
Proton Iriz 1.3 Standard
  • Manual: RM42,438 (s), RM42,888 (m)
  • CVT auto: RM45,438 (s), RM45,888 (m)
Proton Iriz 1.3 Executive
  • Manual: RM46,438 (s), RM46,888 (m)
  • CVT auto: RM49,438 (s), RM49,888 (m)
Proton Iriz 1.6 Executive
  • Manual: RM53,438 (s), RM53,888 (m)
  • CVT auto: RM56,438 (s), RM56,888 (m)
Proton Iriz 1.6 Premium
  • Manual: RM59,438 (s), RM59,888 (m)
  • CVT auto: RM62,438 (s), RM62,888 (m)

PCC menjana 110 kuasa kuda (hp) dan kilas 148 Nm selain mampu mencecah kelajuan lebih 180 kilometer sejam.
Enjin VVT (injap pemasa berjujukan) yang digunakan pada PCC adalah permulaan kepada generasi enjin baharu yang akan digunakan pada model akan datang kenderaan Proton bagi menggantikan Campro.
PCC juga akan menggunakan stereng kuasa elektrik hidraulik yang menjadikan stereng lebih ringan pada kelajuan rendah dan berat serta seimbang pada kelajuan tinggi.










No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...