Jom Ulangkaji...penting utk kita bersama..
Rukun Qauli ?
🎈Rukun Qauli dalam solat, *WAJIB berlafaz sampai didengari oleh telinga sendiri*, tak kira lelaki atau wanita. Berbisik, TAK SAH. suara angin, TAK SAH. baca dalam hati, lagi TAK SAH. Satu huruf tidak terdengar pun al-fatihah tu tak sah. Kecuali kita berada di tempat bising atau speaker masjid kuat sangat.
*Rukun qauli tu apa?*
_*Ada 5* sahaja yang lain rukun fi'li. niat rukun qalbi._
🎈Takbiratul ihram
🎈Al-Fatihah
🎈Baca tahiyyat akhir
🎈selawat ke atas nabi
🎈Salam pertama.
*Rukun solat terbahagi kepada 3 kategori:*
1. *Qalbi* (diingat dalam hati)
2. *Qauli* (diucap dengan lidah).
3. *Fi'li* (perbuatan)
*Rukun solat ada 13 perkara iaitu:*
1. *Berdiri* bagi yang mampu. *[Fi'li]*
2. *Niat.[Qalbi]*
3. *Takbiratul Ihram* (Allahu Akhbar yang pertama). *[Qauli]*
🔫 *Takbiratul Ihram* dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz *takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI*, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat.
🎈Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
4. Membaca surah *Al-Fatihah. [Qauli]*
🔫 *Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI* yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan *makhraj dan tajwid yang betul*.
🎈Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
5. *Rukuk* dengan tama'ninah. *[Fi'li]*
6. *Iktidal* dengan tama'ninah. *[Fi'li]*
7. *Sujud* dengan tama'ninah. *[Fi'li]*
8. *Duduk di antara dua sujud*, dengan tama'ninah. *[Fi'li]*
9. *Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]*
10. *Membaca bacaan Tasyahhud / Tahiyat Akhir. [Qauli]*
🔫 *Lafaz tahiyyaat akhir* yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat *wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli.*
🎈Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat.
11. *Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.* dalam Tasyahhud Akhir. *[Qauli]*
اللهم صَلِّ على سيـّدنا مُحمـّد
12. Mengucapkan *salam yang pertama. [Qauli]*
🔫 *Lafaz salam* dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan *makhraj & huruf yang salah juga boleh membatalkan solat.* Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat.
🎈Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz *salam pertama adalah rukun qauli*, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
13. *Tertib [Qalbi]*
*_Semoga kita dapat memperbetulkan solat kita_*
No comments:
Post a Comment