*JIKA BERLAKU KEMATIAN DI RUMAH*
Jika berlaku kematian di rumah kita,
Bertenanglah..sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadanya jua kita kembali.
*Berikut adalah panduan bersama buat kita di Kariah Seksyen 4 Shah Alam*
Hubungi ambulan(999)nyatakan nama anda yang memanggil dan alamat berlaku kematian.
Ambulan bersama Paramedik akan datang dalam masa setengah jam bagi mengesahkan kematian.
Kematian kurang dari usia 60 tahun satu post mortem akan dibuat dimana jenazah akan di bawa ke hospital dan bagi jenazah lebih 60 tahun tanpa ada unsur jenayah akan kita buat urusan seterusnya iaitu
1.Buat laporan kematian di balai polis berhampiran..bawa bersama *kad pengenalan* dan *kad* *perubatan hospital* atau *kad klinik* kkm. Balai polis akan mengeluarkan surat kematian dan surat kebenaran pengebumian.
Sekiranya kematian berlaku dihospital biasanya semuanya dapat dari hospital.
2.Fotocopy surat kebenaran kebumi dan scan ic simati menggunakan phone .Hantar kepada bahagian urusan jenazah surau untuk tempahan awal liang lahad.
*Menyantuni jenazah di rumah* dengan penuh hemah dan lemah lembut.Dengan lafaz Bismillah dan Innalillahiwainnailaihirojiuun.
1.Bersihkan jenazah dengan bersihkan najisnya tukarkan/ pakaikan lampin pakai buang jika perlu .(Kematian dihospital *Mohon sangat* jangan sesekali tanggalkan plastik pembalut yang biasanya berzip..bermakna segala kerja menyantuni jenazah hendaklah dibuat dalam keadaan jenazah dalam plastik...hanya buka zip. Sebenarnya untuk mengelakkan kebasahan alas dari kemungkinan mengalir keluar cairan kesan pembedahan dan sebagainya dari proses pemasangan saluran yang di pasang ketubuh jenazah ketika rawatan dihospital.)
2.Gunting pakaian dan tukarkan dengan balutan kain batik .
3.Sapu minyak perlahan-lahan di pelipat siku dan pelipat lutut.
4.Rapatkan mulutnya…dan ikat dagunya ke ubun2 dengan menggunakan bandage atau anduh atau tudung bawal
3.Pejamkan matanya.
4.Kiamkan tangannya…seperti kita solat..ikat dengan bandage/ tudung /anduh jika perlu.
5.Rapatkan kaki dan ikat kemas.
Setiap ikatan itu,
ikatlah bersama doa dan keikhlasan.
6.Akhir sekali,
tutup wajahnya dengan kain putih.
Dan tutup seluruh jasad dengan kain batik panjang.Letakkan jenazah ditempat sedikit tinggi seperti katil atau tilam beralaskan comforter tipis supaya mudah diangkat untuk dipindahkan bagi urusan mandi.
*Keperluan yang perlu disediakan untuk urusan mandi di bilik Urusan Jenazah surau*
1. *Kain batik lepas* 3 helai sekurang2nya salah satu yang telah digunakan dan dibasuh
2.Tuala mandi 2 helai yang *pernah digunakan* untuk mudah resap air.
Bersihkan rumah dan bilik tempat jenazah berada..memberi laluan keluarga dan jiran tetangga melawat.
Tutup aibnya sebaik mungkin.. sementara menunggu urusan seterusnya,
duduklah di sisi jenazah…
bacalah Al-Quran.
Biarlah ayat-ayat suci
menjadi teman terakhirnya .
Jika perlu...Spray dengan febreeze persikataran dalam rumah kiranya terdapat bau yang kurang menyenangkan.
No comments:
Post a Comment