Friday, 9 October 2026

Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir

*ASALAMULAIKUM WBT.*


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
*Pahala Berterusan Walaupun Sakit dan Musafir*
 
أَبَا بُرْدَةَ بْنَ أَبِي مُوسَى وَاصْطَحَبَ هُوَ وَيَزِيدُ بْنُ أَبِي كَبْشَةَ فِي سَفَرٍ وَكَانَ يَزِيدُ يَصُومُ فَقَالَ لَهُ أَبُو بُرْدَةَ سَمِعْتُ أَبَا مُوسَى مِرَارًا يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا
 
_*Abu Burdah bin Abu Musa pernah bermusafir Bersama Yazid bin Abu Kabsyah. Pada waktu itu Yazid berpuasa Ketika dalam perjalanan. Abu Burdah berkata kepadanya; Saya telah mendengar Abu Musa berkali-kali berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang hamba sakit atau bermusafir, maka dicatat baginya pahala kebaikan seperti amalan yang biasa dilakukannya ketika ia bermukim dan dalam keadaan sihat."*_ (HR Ahmad No: 18848) Status: Hadis Sahih
 
*Pengajaran:*
 
1.     Laksanakan amal ibadah setiap masa khususnya ketika  kita sihat dan bermukim
 
2.     Istiqamah sangat bernilai. Amalan yang dilakukan secara konsisten ketika sihat menjadi “aset” seseorang apabila dia tidak lagi mampu melakukannya.
 
3.     Orang yang sakit, walaupun tidak dapat mengerjakan amal soleh seperti mana ketika dia sihat, dia akan tetap mendapat ganjaran pahala jika semasa dia sihat, dia melaksanakan amal tersebut. (contohnya semasa dia sihat, setiap magrib dia ke masjid dan mendengar kuliah – waktu dia sakit, tidak dapat menghadirinya – Malaikat tetap mencatat ganjaran pahala seolah-olah dia hadir)
 
4.     Allah juga memberi ganjaran yang sama kepada orang yang bermusafir. Contohnya  amalan puasa sunat yang dilakukan semasa tidak bermusafir. Ketika dia bermusafir, dia tidak berpuasa. Dia turut mendapat pahala puasa tersebut.
 
5.     Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika menghuraikan hadis ini dalam Fath al-Bari menjelaskan bahawa orang yang mempunyai kebiasaan melakukan sesuatu ketaatan, kemudian terhalang kerana suatu keuzuran, diberikan pahala seperti kebiasaannya.
 
6.     Hadis ini menjelaskan satu prinsip dalam beramal iaitu bina simpanan amal ketika sihat dan berkelapangan. Moga Allah memberikan ganjaran yang sama walaupun kita tidak dapat laksanakan semasa kita sakit dan bermusafir.
 
27hb Rabiulakhir 1448H
09hb Oktober 2026M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...