Pulau ini merupakan tuntutan negaraMalaysiaterhadap sebahagian daripada pemilikan diKepulauan Spratlykerana ia berdekatan dengan kawasan tanah. SetelahKerajaan Malaysiamengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang
itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September
1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan
tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang dalam wilayah
negara.
Hasil kajian telah melihatkan pembinaan tugu pertama
Terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980 dan
pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL)Tentera Laut Diraja Malaysia(TLDM) ditempatkan di Terumbu Layang-Layang.
Dari Geografinya, Pulau Layang-Layang terletak 162 batu
nautika bersamaan 300 km dari barat lautKota Kinabalu, yakni dalam
lingkungan 200 batu nautika zon eksklusif
Pulau Layang Layang ini, nama asalnya ialah
"Swallow Reef", atau Terumbu Layang Layang. Pada tahun 80an, suasana
di sana anda tidak berpeluang untuk mendarat disebabkan tiada lapangan terbang serta tiadaa lagi resort. Perjalanannya
ketika ini hanya mengambil masa dua jam dengan kapal terbang dari Kota
Kinabalu.
Pulau ini juga menjadi tempat persinggahan banyak
spesis burung seperti camar dan burung-burung lain yang menjadikan hujung pulau
tersebut sebagai sanktuari mereka.Selain itu, anda dapat melihat pari kola,
dolfin, barakuda dan penyu serta jerung hammerhead. Jika anda mahu untuk meningkatkan kemahiran menyelam anda, datang ke
Pulau Layang Layang dan menikmati percutian impian ini.
Sebuah resort milik rakyat Malaysia iaituAvillion Layang-Layang(Resort
selam) telah beroperasi di situ selama beberapa tahun
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad
s.a.w. bersabda: "Apabila
seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali
tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu ;
I)sedekah
jariah atau
II)ilmu
memberi kepada yang faedah orang lain atau
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan
dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya
tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba apabila dia
berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua
bahunya maka setiap kali dia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa itu. -
Riwayat Atthabarani & Albaihaqi dari Ibnu Umar r.a.
Amalkanlah bersolat kerana salam
pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita
menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang
bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.
1. Khadijah Binti Khuwailid 2. Saudah Binti Zam’ah 3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar) 4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab) 5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan 6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah) 7. Zainab Binti Jahsy 8. Maimunah Binti Harith 9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab 10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W
1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra’
Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti "bapak Qasim", kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.
BIODATA RASULULLAH S.A.W: 1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin
‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah
yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman.
Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih
dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.
USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di
Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah
SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah
riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas
urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama
Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan
tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir
pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’
, jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad
SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari
dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa
saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah)
untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan
penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’
ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung
perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan
Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina
Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin,
12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.