Sunday, 4 June 2017

Al Marhum Prof Hamka*TERLENA*

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena


_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..

_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?

_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.

_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....

_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?


Image result for Sakaratul Maut


_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?

_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?

_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.


Pak Hamka.
Pujangga Nusantara)

UMUR SUDAH 50 TAHUN

Fudhail bin Iyadh salah seorang shabat Nabi berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun, Maka nasihat Fudhail kepadanya:


*"Bermakna sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai... Buat yang terbaik dalam usia berbaki, lalu akan diampunkan dosa umur yang lalu. Tetapi jika buat tidak elok pada umur yang berbaki, kamu pasti dihukum akibat dosa umur lalu dan yang berbaki sekali gus!"*

Maka para ahli ilmu menasihati bagaimana menjalani umur yang sudah mencecah 50 tahun:

Image result for orang tua black and white*Jangan banyak bergurau dan terjebak dalam perkara yang tidak ada manfaat untuk akhirat*

*Jangan melampau dalam berhias, bersolek dan berpakaian*

*Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu dan amal*

*Jangan banyak berjalan dan melancong ke sana sini tanpa ia dapat mendekatkan kepada kehidupan akhirat*

*Jangan masih runsing, berkeluh kesah dan kesal akan soal hidup seharian*

*Banyakkan berdoa mengharapkan keredhaan Allah dan husnul khatimah dan dijauhkn dari su'ul khatimah*

*Banyakkan istighfar dan taubat berterusan setiap hari pada waktu pagi dan petang*

*Tambahkan ilmu agama dan banyak ingat kepada kematian dan bersedia menghadapinya*

*Siapkan wasiat dan rancang pembahagian harta*

*Kerapkan menghubung silaturahim dan menggantikan kerenggangan sebelum ini*

*Minta maaf dan buat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi*

*Tingkatkan amalan soleh terutama amal jariah yang boleh memberi pahala dan syafaat selepas mati*

*Maafkan kesalahan orang kepada diri kita walau bagaimana teruk kesalahan itu*

*Bereskan segala hutang yang sedia ada dan jangan buat hutang yang baru walaupun untuk menolong orang lain*

Semoga manfaat untuk semua walaupun anda belum lagi 50 tahun.

PESANAN NABI

Cerita ini sangat menarik, tolong luangkan masa untuk membacanya.

★Suatu hari Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Ali ( R.A. ) :
Wahai Ali, lakukanlah 5 perkara ini sebelum kamu tidur...

◆1. Berikan sedekah 4000 Dinar, kemudian tidurlah..
◆2. Khatamkan Al Quran, lalu tidurlah..
◆3. Belilah Syurga, lalu tidurlah.
◆4. Perbaikkilah hubungan dua orang  yang tengah berselisih, kemudian kamu tidurlah.
◆5. Tunaikanlah satu kali Haji, lalu tidurlah.

★Ali ( R.A.) pun menjawab, "Ya Rasulallah. Mana mungkin aku boleh melakukan semuanya itu ?

Lalu Nabi ( SAW ) pun menjawab :


Image result for pesanan nabi◆4 kali membaca Al Fatihah adalah sama nilai dengan sedekah 4,000 Dinar.
◆3 kali membaca surah Al Ikhlas adalah sama nilainya dengan menamatkan bacaan satu Al-Qur'an.
◆3 kali membaca Shalawat adalah sama nilai dgn harga Syurga.
◆10 kali bacaan "Istighfar" adalah sama nilainya dengan menyambung silaturrahim dua orang yg berselisih.





◆4 kali membaca  "Subhanallah,Alhamdulillah, Laa ilaaha ilallah, Allahu Akbar" adalah sama dengan menunaikan satu kali Haji.
★Lalu Ali (R.A.) pun berkata, "Ya Rasulallah SAW! Kini aku akan menjalankan semua nasihatmu itu sebelum aku masuk tidur...
★Hanya perlu masa kurang 5 minit untuk melaksanakannya,
namun lihatlah semua kebaikan amalan yg Anda akan perolehi...
★Untuk mengingatkan Anda akan amalan ini, cara termudah adalah dengan menuliskan kesemua zikir tsbt dlm sehelai kertas untuk dibaca sebelum tidur & sesuai jg utk ditampalkan dekat tempat tidur supaya Anda tak lupa untuk membacanya ....
Dan tentu saja, dengan niat kerana Allah SWT....

Indahnya jika Anda blh hebahkan tulisan ini kpd seramai Muslim yang Anda kenal kerana jika atas usaha Anda seseorang itu dpt menjalankan amalan2 ini, maka Anda pun akan menerima pahala dan kebaikannya .. InsyaALLAH.
     

Aamiin...YaRobbal 'Aalamiin...

Surah Al- Fatihah utk melindungi Anda dari kemurkaan Allah
 Surah Yaasin utk melindungi Anda dari kehausan pada hari pengadilan.
Surah Waaqi'ah utk melindungi Anda dari kefakiran dan kelaparan.
Surah Al-Mulk utk melindungi Anda dari azab kubur.
Surat Al-Kautsar utk melindungi Anda dari kejahatan musuh.
Surat Al-Kaafiruun utk melindungi Anda dari kekafiran pd saat ajal menjemput Anda.
Surat Al-Ikhlaas utk melindungi Anda dari kemunafikan.
Surat Al-Falaq utk melindungi Anda dari merbahaya.
Surat An-Naas utk melindungi Anda dari fikiran jahat.
Saran⚠ Jangan tunggu lagi....Kirimlah pesanan ini kpd sahabat handai Anda sekarang & semoga memperolehi keberkatan dari Allah SWT..

"Aamiin Yaa  Robbal Aalamiin "

Ustaz Don Daniyal - 7 Sunnah Hebat

Very nicely written
By *Ustaz Don Daniyal*

7 Sunnah Hebat

 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Image result for tahajjud *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.





 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Image result for sedekah *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.



 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Andai kita mampu meluangkan masa seharian lamanya di WhatsApp, untuk sebarkan mesej ini tak sampai beberapa saat pun.. Maka sebarkanlah, moga menjadi saham buat kita di akhirat nanti..

بارك الله فيكم..

APAKAH MAKNA EMAK

*Siapa tahu apa maksud dalam ejaan EMAK :*

Image result for EMAK
E:  Emak
M: Melahirkan
A:  Anak
K:  Kedunia ini

E:  Emak mampu
M: Menjaga 10 anak-anaknya.
A:  Anak belum tahu mampu menjaga seorang ibu
K:  Kerana kesibukan dan ke egowan anak-anaknya.

E:  Engkau telah
M: Mengharamkan
A:  Anaknya di gigit walaupun seekor nyamuk
K:  Ketika anaknya dilahirkan

E:  Engkau mampu
M: Mendidik dan menjaga
A:  Anakmu
K:  Kejalan kebenaran

E:  Engkau
M: Menyusukan & menyuapkan
A:  Anakmu
K:  Ketika lapar & dahaga

E:  Emak engkau telah bekorban selama
9 bulan
M: Mengandungkan
A:  Anak- anak mu
K:  Kerana ingin melahirkan anaknya

E:  Engkau tau....
M: Mengalir air mata ibu  sewaktu melahirkan
A:  Anak-anaknya dan ada juga ibu yang menghembuskan nafas terakhir 
K:  Kerana melahirkan anak.

E:  Engkau tahu..
M: Menangislah seseorang emak itu
A:  Apabila anaknya melakukan
K:  Kekasaran dan  menyakiti hatinya kerana ia merasa hiba dan sedih.

E:  Emak
A:  Allah telah mengharamkan syurga
A:  Anak yang derhaka dan menyakiti hati mu
K:  Kalau kejadian itu berlaku

E:  Engkaulah ratu hatiku
M: Merindui selalu
A:  Anakmu
K:  Keikhlasan doa

E:  Engkau rasa....
berapa kali kamu
M: Menalipon ibu mu
A:  Atau bertanya
K:  Khabar dalam seminggu

E:  Eloklah....setiap kali selepas 
M: Melakukan solat fardhu
hadiahkan lah
A:  Al-fatihah untuk mohon kesihatan dan
diampunkan dosa ibu
K:  Kerana itu lah sebaik baik hadiah dan balasan pengorbanan terhadap seorang ibu daripada seorang anak

*KALAU ANDA SAYANG IBU ANDA SILA COPY AND PATSE HANTAR DALAM 5 GROUP KALAU ANDA SAYANG IBU ANDA* *SAYA COPY SEBAB SAYA SAYANG IBU SAYA*

L ; KHASIAT DAUN PISANG

Selain dari daun KETUM..

*DAUN PISANG* juga boleh menyembuhkan berbagai macam gejala2 penyakit seperti ;
              
1. Perut pedih
2. Bepeluh
3. Badan ketar
4. Kurang konsentrasi
5. Pening/sakit kepala
6. Mata berkunang-kunang
7. Tidak bertenaga
     
Related image

Caranya :
Ambil Dua Helai daun pisang lalu letak berlapis
Kemudian
letak nasi , ikan masin, petai jerok, tauhu, kerabu pucok paku, sambal belacan ikan tawar. Lebih molek di tambah daging masak gulai atau ayam bakar....
Makan tanpa peduli org disekeliling.
Pasti gejala penyakit 1 hgga  7 spt di atas akan dapat di atasi.
SELAMAT MENCUBA..
Indahnya berkongsi pengalaman.
Hahahaha

DOA ; LAKUKAN SETIAP HARI

Dato' Haji Khalid Hassan:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
                                  
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن
           
                    
Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi kekuatan dan keupayaan untuk kami mengerjakan amal ibadah harian kami.

Ya Allah kekalkanlah segala amalan kami ini secara berterusan dan anugerahkan kami dengan syurga firdaus Mu.

Ya Allah jadikanlah pagi ini lebih bermakna pada perjalanan kami hari ini.

Ya Allah jadikanlah kami,  keluarga kami,  sahabat dan rakan kami orang yang selalu bersyukur dengan setiap rezeki yang telah Engkau berikan.

Ya Allah jauhkan kami dari hal-hal yang Engkau laknati  dan Engkau murka.

Ya Allah janganlah kami disibukkan dengan hal- hal dunia hingga kami lalai mengerjakan ibadah harian kami.

Ya Allah kami bersyukur kerana telah diberi taufik dan hidayah dan kekuatan iman.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur dan redha dan bersabar menghadapi segala ujian Mu.

Ya Allah makbulkanlah segala hajat kami dan Engkau maha mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.

Ya Allah jadikanlah kami anak2 yang taat dan berbakti kepada ibu bapa kami.

Ya Allah kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu Ya Allah.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.
Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.


                                                     
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Sila share.َ

TAZKIRAH ; APA YANG AWAK ADA

Jom kita hayati tazkirah ni... Best sangat

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1. Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing..
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu, kemudian kita betukar-tukar ilmu itu, masing-masing akan ada 2 ilmu.." kata Rasyid. *Rasyid memang bijak !*


Rasyid selalu baca Quran dan terjemahnya sekali. Kalau sibuk sgt pon, dia akan baca plg kurang 1 ayat, dan terjemahnya kasi faham. Kenapa? Sbb *belajar 1 ayat Ayat Quran lebih baik dari Solat Sunat 100 Rakaat*. MasyaAllah pintarnya Rasyid ni !!
(Rujukan HR Ibnu Majah No.215)


Rasyid nak solat banyak2 sepanjang malam. Tapi dia tak mampu, sbb dia hobi tidur. Tapi Rasyid Solat Subuh berjemaah di Masjid setiap hari. Kenapa? Sebab dia tahu Solat Subuh berjemaah di Masjid, *pahalanya seperti Solat Seluruh Malam*. Rasyid memang bijaksana!
(Rujukan HR Muslim)



Rasyid nak baca Quran. Tapi dia penat kerja, dan baca Quran pon merangkak2. Tapi Rasyid banyak2 baca surah Al-Ikhlas (Qulhuwallahu Ahad), setiap hari 15x paling kurang (3x lepas habis setiap Solat Fardhu). Kenapa? Sbb dia tahu *baca Surah Al Ikhlas 3x pahalanya sama seperti Khatam Quran 1x*. Rasyid memang smart!


Rasyid tgh drive ke Bank, jem sungguh! *Mulutnya kumat-kamit*. Sampai Bank, org ramai sgt, sambil menunggu, *mulutnya kumat-kamit lg*. Rasyid tgk org2 lain semua diam sambil termenung. Seorang laki bertanya, tgh maki ke? Rasyid kata, *"Tidakkk, saya sedang beristighfar, zikir dan selawat, lebih baik drpd sy duduk termenung jew..Pahalanya AMAT BERAT, tp TAK PENAT pun..."* Org tu terbeliak, kerana sangkaan buruk sangkanya meleset. *Rasyid tersenyum kerana telah bjaya menyampaikan ilmu berguna kpdnya*


Rasyid membaiki pendingin hawa masjid kemudian dia tolak upah yg diberi dan berkata: mak saya berpesan supya tidak ambil upah kerja utk masjid. Setiap kali org guna Masjid utk beribadah, kita dpt pahala.
Org2 kagum dgn mak dia dan saya kagum dgn kebaikannya. *Rasyid ni memang cerdiklah orangnya!!*

Related image


Seorg org yg soleh bertanya kepada Rasyid, mengapa pergi ke masjid sblum azan.  Rasyid selamba jawab: azan utk pringatan kpd org2 yg lalai/lagho/ralik. Dan saya berharap tak tergolong dlm klgn mereka!! ( kita mohon dgn Allah akn kesejahteraan, keselamatn dunia akhirat).Org Soleh tu naik insaf! *Rasyid lebih pandai daripada org tu!*


Aku tanya Rasyid knapa kamu sentiasa tamak minum air di masjid pada hal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Rasyid jwb: supaya org yg letak air di masjid diberi ganjaran. Aku terkedu.... *Rasyid bijakkan?*


Rasyid berbuka di Masjid. Kenapa? Kedekut ke Rasyid? Tidak, dia nak bantu sponsor utk dpt *Pahala Rasyid PERCUMA*, dan terus Solat Jemaah di Masjid dpt 27x darjat. Duit pon jimat. *Rasyid is sooo brilliant!!*


Lepas berbuka di Masjid tu, Rasyid terus basuh tgn dan dalam koceknya dia keluarkan RM1. Dia masukkan dalam Peti Masjid. "Alaaa, RM1 jewww!" Kata sorg budak... Rasyid kata, "takpe la dek, abg bukan kaya sgt, tp kalau bole istiqamah dan berterusan, setiap hari buat macam ni. Buatnya malam ni Malam Lailatulqadar, *nilai RM1 tu sama macam RM21 juta!!* Budak tu terkejut dan tanya kenapa? Rasyid bawa keluar pen Kilometriko (iklan percuma) dan kertas, dan tulis:

RM1 x 700 ganjaran sedekah x 1,000 bulan x 30 hari
=RM21,000,000
*Budak tu terus cium tgn Rasyid, sbb kagum Rasyid bukan aja pandai Agama, malah pandai Add Math!!*


Rasyid tahu betapa besarnya pahala sedekah, kerana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." - (surah Al Munafiqun:10), bermakna org yg dah mati kalau dihidupkan balik utk buat 1 amalan saja, dia akan pilih *sedekah kerana sedekah pahala amalannya boleh membiak*.


Rasyid nak nap sekejap, sbb letih. Dia nap di Masjid. Dan dia niat iktikaf sebaik sahaja masuk Masjid. Kenapa? Sbb dapat pahala iktikaf walaupun tidur. *Rasyid is clever as always!*


Rasyid hormat ibu bapanya. Kalau ada apa2 yg dia tak sehati dgn ibunya, dia akan berbincang secara baik. Dia takkan meninggikan suara, atau cakap "Aaahh" kat Maknya, kerana itu derhaka namanya. *Rasyid tahu derhaka kpd ibu bapa takkan bau syurga dan tidak akan dpt keberkatan Ramadhan!*


Rasyid kata, "Bilamana sampai  kpd kamu gosip2 ttg sseorg drpd mereka maka biarlah gosip tu terhenti stakat kamu shj. Dan kalau betul terjadi berita tu berhenti stakat kamu shj, brmakna kmu telah dpt pahala tutup aib org. Barangsiapa yg tutup aib mana2 muslim, Allah akn tutup juga aib dia." *Alhamdulillah, Rasyid sungguh berilmu*



3 doa yg Rasyid sure ingt utk dibaca semasa sujud2:-
1. Ya Allah, aku mohon dgn-Mu pengakhiran yg baik.
2. Ya Allah, kurnialah kpd aku taubat nasuha sblum aku mati.
3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu. 

(Tnpa sbrang pengkhususan).
*Rasyid selalu berdoa, ikutlah Rasyid!*


Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkn shj tu pun dh dikira sbg kbaikan. Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.


*Peringatan*: Buatlah baik walau sekecil-kecilnya...sbb kdg2 kita *tak tahu besar mana pahalanya*. Jom ikut kehebatan Rasyid

KITA TAHU TAPI KITA BUAT TAK TAHU

*Kita mengetahui,* solat secara berjemaah itu adalah sunnah, mendapat lebih 27 darjat lebih berbanding solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di masjid atau surau.

*Kita mengetahui,* bahawa ucapan "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita, walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, Berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita mengucapkannya sedikitpun.

*Kita mengetahui,* bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah, akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

*Kita mengetahui,* bahawa orang yang berpuasa sunat kerana Allah satu hari saja, akan dijauhkan wajahnya dari api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayang, kita tidak mahu menahan lapar.

*Kita mengetahui,* bahawa siapa yang menjenguk orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

*Kita mengetahui,* bahawa siapa yang membantu membangun masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit.

*Kita mengetahui,* bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah, atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

*Kita mengetahui,* bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipatgandakan sepuluh kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

*Kita mengetahui,* bahawa haji dan umrah yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakannya, padahal kita mampu melaksanakannya.

*Kita mengetahui,* bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam, dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan solat malam.

*Kita mengetahui,* bahawa hari kiamat pasti terjadi, tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang yang saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah nasihat ini kepada orang yang kita cintai:

         *BELAJAR . JANA . AMAL*

FAHDILAT AMALAN

Sayyidina Sauban r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda. "Tidak ada yang boleh mengubah takdir selain daripada doa. Tiada apa-apa yang boleh memanjangkan umur selain daripada kebaikan. (Kadang-kadang) disebabkan perbuatan dosa. seseorang itu terhindar daripada rezekinya.”( H.R Mustadrak Hakim)

Keterangan:
Maksud daripada hadis di atas ialah sudah ada ketetapan Allah  bahawa seseorang hamba itu akan berdoa kepada Allah  dan apa-apa sahaja yang clia doakan pasti akan diperolehi. Oleh itu ada dinyatakan dalam hadis bahawa, Berdoa pun adalah antara ketetapan Allah s.w.t . Demikian juga seseorang itu mungkin telah ditentukan bahawa umumya ialah enam puluh tahun (sebagai contoh) tetapi orang itu melakukan apa-apa kebaikan (seumpama menunaikan haji) oleh itu umurnya ditambah sebanyak dua puluh tahun lagi maka dia akan hidup sehingga umurnya lapan puluh tahun. (Mirqat)

Dipetik daripada kitab Mutakab Hadis ms. 315
.
Untuk Pembelian Kitab, Link dibawah
Fadilat Amal - https://goo.gl/ugihyj
Mutakab Hadis - https://goo.gl/ugihyj

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...