Thursday, 26 October 2017

Buku Catatan Amal

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  27 Oktober 2017
               07 Safar 1439
Tajuk:  Buku Catatan Amal

1) Firman Allah surah Al-kahfi/49 bermaksud: "dan kitab2 amal tetap akan dibentangkan, maka engkau akn melihat orng yg berdosa itu merasa takut akn apa yg tersurat di dalamnya....................Ia tidak meninggalkn yg kecil atau yg besar melainkn semua dihitungNya.............dan (ingatlah) Tuhan mu tidak berlaku zalim kpd seseorng pun".

2) Buku catatan amal- kali pertama dibuka apabila kita lahir; ditutup apabila kita telah mati; dibuka kali ke duanya pd hari qiamat dan tidak ditutup buat selama2nya; orng yg tidak percaya adanya hari qiamat akn menyesal.

3) Malaikat Raqib dan 'Atid- tidak pernah menderhakai perintah Allah; mencatat setiap niat, perbuatan dn tutur kata manusia; melaksanakan perintah Allah tidak spt manusia.

4) Rasul SAW bersabda: "(maksudnya) Allah berfirman apabila seorang hambaku berkira2 (dlm dirinya) utk melakukan kebaikn maka Aku tuliskan baginya kebaikn walaupun dia masih belum mengamalkannya. Apabila dia telah mengamalkannya maka Aku tuliskan baginya 10 kali ganda yg serupa dgnnya. Apabila dia berkira2 utk melakukn kejahatan maka Aku mengampuninya selagi mana dia belum melakukannya..........................".
HR: Abu Hurairah RA

5) Sabda Rasul SAW bermaksud: "...............................apabila salah seorang dlm kalangan kamu yg baik islamnya maka setiap kebaikn yg dikerjakannya ditulis dgn 10 hingga 700 kali ganda dn setiap kejahatan yg dikerjakannya ditulis dgn kejahatn yg serupa (tanpa digandakan) hinggalah dia bertemu Allah".
HR: Muslim

6) Firman Allah surah Al-an'am/160 bermaksud: "barangsiapa yg nembawa amal yg baik maka baginya (pahla) 10 kali ganda amalnya dan barangsiapa yg membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkn seimbang dgn kejahatannya..................".

7) Hari qiamat- suasana huru hara yg amat dahsyat; umat manusia sejak zaman Nabi Adam AS dihimpunkan di mahsyar; ditimbang segala amalan; menerima buku catatan amalan; orng mukmin terimanya dgn tangan kanan; isyarat utk sesuatu yg mulia.

8) Hari pembalasan- adanya timbangan amal atas mizan; penyerahan buku catatan kpd seluruh manusia dan jin; adanya titian Syirat; balasan Syurga dn Neraka.

9) Kesan kpd jiwa umat islam- kumpul sebanyak amal bakti dan bertqwa semasa di dunia;  tidak berputus asa dgn rahmat Allah; cari bekalan utk akhirat; perbaiki amalan sblm Malaikat Izrail mencabut nyawa; perbanyakn istigfar dan taubat nasuha.

10) Firman Allah surah Al-haaqah/19-31 bermaksud: "Maka sesiapa yg diberikan menerima kitab amalnya dgn tangan kanannya...............................maka (dgn itu) beradalah dia dlm kehidupan senang linang lagi memuaskan dlm Syurga yg tinggi (darjatnya)......................................Ada pun orng yg diberikn menerima kitab amalnya dgn tangan kirinya............(lalu diperintahkan kpd Malaikat penjaga Neraka): tangkaplah orng yg berdosa itu serta belenggulah dia, kemudian bakarlah dia dlm api Neraka".

              باراك الله لي ولكم ...

Wednesday, 25 October 2017

KUBUR MASING-MASING

Tersentap tapi bermakna....

"Masa kecik-kecik... adik beradik tidur bersama,
Bila sudah besar bilik masing-masing,
Bila sudah nikah, rumah masing-masing,

Bila sudah tua, seorang demi seorang adik-beradik pergi, tiada lagi bising,

Mulanya* berkumpul ... *penutupnya* kubur masing-masing.

Wahai adik-beradikku,  Wahai anak menantuku, Wahai saudaramaraku, Wahai sahabathandaiku disebabkan kubur masing-masinglah *kita selalu kena saling berpesan-pesan.


Jika satu kubur boleh juga kita tolong-menolong,

Ingatlah ... disana tiada abang, kakak, adik...

Hanya kau dan amal mu,

Bersedia selalu, bersiap selalu,

Malaikat Maut tidak lihat tua, muda atau bayi,

 tiba masa ia tetap menjalankan perintah tanpa menunda...!!!*


Jika anda ingat mati, anda orang yg bijaksana...!!!

"ALAM BARZAKH PERMULAAN KEHIDUPAN YANG SEBENAR"
Buat baik dengan orang tak semestinya orang akan hargai. Tetapi Allah akan membalas kebaikan yang kita buat.

Hormat orang tak semestinya kita akan dihormati. Tetapi Allah melihat itu perbuatan yang mulia.

Buat apa sahaja kebaikkan tak semestinya orang akan balas dengan baik. Maka berilah kebaikkan bukan kerana orangnya, tetapi keranaNya.

Buat baik bukan kerana kita rasa kita orang baik, tetapi  kerana kita mahu jadi terbaik disisi Allah pemilik semua yang baik.

Sunday, 22 October 2017

DOA KETIKA CUACA PANAS

DOA KETIKA CUACA PANAS


Musim Cuaca Panas di Malaysia


Cuaca di tanah air kita Malaysia semakin tidak menentu, panasnya membahang sehingga ke malam.

Keluhan demi keluhan yang diungkapkan oleh bibir tidak mampu memberi sebarang kebaikkan.
Adalah lebih baik setiap keluhan yang sia-sia digantikan dengan doa dan munajat kepada Allah.

Terdapat Athar yang telah sampai kepada kita mengenai bacaan doa ketika menghadapi cuaca panas


*لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ*

(Lailaha illa Allah, Mā asyadda Harra Hazal Yaum, Allahumma Ājirni  min Harri Jahannam )


Maksudnya :

Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu

Semoga keluhan yang bermain dibibir kita digantikan dengan doa dan munajat kepada Allah.


Al afwu minkum
Khadimakum :
Zulhafizi Salim AlRifā'i

Saturday, 21 October 2017

KEBAIKAN SEDEKAH


KEBAIKAN SEDEKAH

`Jika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kpd Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahkannya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.


Adakah kamu tahu antara kebaikan2 sedekah itu?

Sila ambil perhatian kepada points number 17 hingga 19
Rujukan dari hadis2

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT
2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dgn memberi makanan kepada orang
3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan Inn Syaa Allah menjauhi  api neraka jahanam
4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur
5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang2 yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut

6. Sedekah mampu mensucikan roh dan menambah pahala kebaikan
7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat dihadapan Allah SWT
8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda
9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa2 yang telah dibuat
10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda

11. Orang2 yang memberi sedekah ialah orang2 yang baik dan sesiapa yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT
12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT Inn Syaa Allah
13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang2 yang disayang oleh masyarakat
14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati
15. Sedekah mampu melepaskan anda drpd kesusahan dan doa2 akan dimakbulkan Allah SWT Inn Syaa Allah

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia
17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang itu dan boleh memberi kejayaan hidup
18. Sedekah adalah ubat
19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas
20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang2 atau burung2

Yang akhir sekali.....



Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan mesej yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah..

Friday, 20 October 2017

MENGAPA PERLU TIDUR AWAL?

Rasulullah S.A.W menggalakkan umatnya untuk tidur awal dan tidak berjaga sehingga larut malam kerana udara pada waktu malam amat berbahaya pada kesihatan. Baginda biasanya memilih untuk tidur lebih awal agar dapat bangun pada satu pertiga malam atau sebelum subuh.

Dari segi kesihatan, ada 4 sebab mengapa kita perlu tidur awal. Antaranya:

Tidur Awal Rehatkan Badan

1. Malam merupakan waktu yang paling ideal untuk tubuh berehat. Tidur yang secukupnya (6 jam bagi orang dewasa) membantu proses pembaharuan sel dalam badan.

Tidur Awal Meningkatkan Sistem Immunisasi

2.  Jika seseorang terus-menerus berjaga malam ianya akan memberikan kesan kepada sistem pertahanan tubuh. sistem immunisasi amat diperlukan oleh tubuh kita untuk melawan dan menahan serangan pelbagai penyakit antaranya kanser, jantung dan juga obesiti.

Tidur Awal Melancarkan Sistem Pembuangan Racun

3. Mengikut kajian, proses pembuangan racun dalam tubuh berlaku pada waktu malam sekitar pukul 11.00 malam hingga 1.00 pagi. Manakala fungsi hati melakukan proses detoksifikasi mulai pukul 1.00 hingga 3.00 pagi. Jika sekiranya kita tidak memanafaatkan waktu ini, maka organ kita tidak akan berfungsi dengan berkesan.

Tidur Awal Memelihara Kitaran Otak

4.  Kebiasaan berjaga malam juga akan menyebabkan jam biologi otak kita juga mungkin akan berubah. Apabila berlaku perubahan maka ianya akan menghasilkan kitaran baru pada organ dalam tubuh. Perkara ini pastinya akan merugikan kita kerana keadaan tubuh yang normalnya akan meningkat pada waktu pagi dan menurun pada waktu malam akan berfungsi sebaliknya. 

Hasil perkongsian blogger raudz 


#cornadiECP
#ECPjantungsihat

Thursday, 19 October 2017

PERSAHABATAN

🌿 Persahabatan umpama untaian tasbih,
yang ada awal & tiada penghujung.
Dicantum demi cinta-Nya & diratib demi Redha_Nya.

Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Ada kelebihan & kekurangan yang perlu kita saling lengkapi.

Ada sahabat yang kasar,
- tetapi lembut hatinya,

Ada sahabat yang nakal,
- tetapi suka mengambil berat,

Ada sahabat yang garang,
- tetapi sebenarnya adalah penyayang.

Kusendiri akui susahnya ingin menjaga sebuah persahabatan,

menjaga ukhuwah hanya kerana Allah,
membuang sifat-sifat tercela saat berukhuwah,

kerana syaitan sentiasa mencucuk jarum.

Kuteringat satu kata-kata ; 

.            "Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang soleh.
.              Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh."

.                                                  "Sayidina Umar Al-Khattab"
.
.
Kuingin kalian tahu diri ini menyayangi kalian kerana Allah.

Walau sukar mengungkap kata sayang itu bukan keegoan tetapi tulisan tangan & perbuatan menjelaskan.

Andai aku mendekatkanmu dengan Allah,
teruslah bersamaku.

Andai aku menjauhkanmu daripada Allah,
nasihatilah aku untuk kembali kepadaNya.

Buang segala sifat tercela di hati.
Ikhlaskan persahabatan hanya kerana Allah.
Di Syurga pasti
bertemu kembali..
                             
Insya Allah 🌿
Salam jumaat sahabat

Saturday, 14 October 2017

ENTAH

ALLAH mempertemukan kita untuk beribu alasan...

Entah untuk memberi atau untuk menerima...

Entah untuk belajar atau untuk menyampaikan...

Entah untuk bercerita atau untuk mendengarkan...

Entah untuk sesaat atau untuk selamanya...

Entah akan menjadi bahagian terpenting atau hanya untuk sekadarnya...

Semua tidak akan ada yang sia-sia, kerana Allah yang mempertemukan...

Hidup kita saling mengisi...
Jadi jika ada perbezaan, itu adalah hal yang sangat biasa...
Tidak perlu diperbesarkan dan jangan jadikan ia punca perpecahan sehingga memutuskan tali silaturahim yang sudah terjalin...

Mungkin kehadiran kita adalah jawapan atas doa-doa saudara kita... sebagaimana mereka pun adalah jawapan atas doa-doa kita...

Jika sudah menjadi takdir Allah, meski dengan jarak beribu-ribu kilometer jauhnya, kita tetap akan dipertemukan, dalam satu ikatan "Ukhuwah"..

Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah terdapat orang-orang yang bukan Nabi, dan bukan pula Syuhada.
Tetapi para Nabi dan syuhada cemburu pada mereka di hari Kiamat nanti, disebabkan kedudukan yang diberikan Allah kepada mereka."

Seorang Sahabat bertanya:

"Ya Rasulullah, beritahukanlah kepada kami, siapa mereka yang dimaksudkan itu?
Agar kami dapat turut mencintai mereka," ujar para sahabat. 

Lalu Rasulullah SAW menjawab:

“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, mengasihi dan menyayangi kerana Allah SWT Tanpa adanya hubungan darah, keluarga dan nasab di antara mereka...

Demi Allah, wajah-wajah mereka pada hari itu BERSINAR bagaikan CAHAYA di atas mimbar-mimbar dari cahaya.

Mereka tidak takut di saat manusia takut, dan mereka tidak sedih di saat manusia sedih."
- (HR. Abu Dawud).

Sedikit pencerahan tentang persatuan, persahabatan dan persaudaraan...

Semoga tali Silaturrahim, persahabatan dan persaudaraan kita semua, termasuk ke dalam golongan yg diredai serta diberkahi oleh ALLAH SWT!!! Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

Apapun status sosialmu, betapa tinggi pun kedudukanmu dalam karier dan kehidupanmu... Namun, kau tetaplah manusia biasa yang tak luput daripada khilaf, salah dan dosa di hadapan Tuhanmu dan juga manusia-manusia lain... yang kelak akan dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikuburkan oleh orang lain.
"Jagalah selalu tali silaturahim dan hubungan baik  sesamamu umat Islam!" 🤗 

Taqabbalallah...

salam zohor kengkawan😍

BERUBAH KEPADA KEBAIKAN

hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca,
dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴 Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

.(C&P....for sharing)

Thursday, 12 October 2017

FAMILY FIRST

Sharing yg sgt bagus & berkesan kepadaku secara peribadi....

FAMILY FIRST

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,
hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga  yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yg 'RIP'.

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik &  ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku.  Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.

Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan
aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..
Ya Allah maafkanlah aku....

Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk  berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita.  Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara  lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....
Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

FAMILY FIRST..🍍🍍👳

Monday, 2 October 2017

PESAN USTAZ

1. Org yg tak solat akn banyak masalah, tidak tenang, cpt marah susah nk terima kenyataan dn selalu nmpk salah orang lain.
    *USTAZ AZHAR IDRUS*

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
     *Ustaz Kazim Elias*

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      *Ustaz Don Daniyal*

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     *Datuk Ismail Kamus*

5.Kalau kita sakit jgn takut utk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    *Ustaz Haslin Baharin*

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     *Al-Habib Ali Zainal*

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     *TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki*

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    *Sheikh Abdullah Jahaf*

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     *Ustaz Dasuki Rani*

10. Jgn cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        *TG Harun Din*

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      *Ustaz Pahrol*

Rasulullah bersabda,
Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

*SELAMAT* *BERAMAL* . *JGN* *LUPA* *KONGSIKAN* *DGN* *ORANG* *LAIN*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...