Monday, 15 March 2021

AMALAN SYABAAN MENGHADAPI RAMADHAN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan  Syaaban Menghadapi Ramadan

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا حَدَّثَتْهُ قَالَتْ لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ شَهْرًا أَكْثَرَ مِنْ شَعْبَانَ فَإِنَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ وَكَانَ يَقُولُ خُذُوا مِنْ الْعَمَلِ مَا تُطِيقُونَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَمَلُّ حَتَّى تَمَلُّوا وَأَحَبُّ الصَّلَاةِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا دُووِمَ عَلَيْهِ وَإِنْ قَلَّتْ وَكَانَ إِذَا صَلَّى صَلَاةً دَاوَمَ عَلَيْهَا

Daripada Abu Salamah bahawa 'Aisyah RA menceritakan kepadanya, katanya: "Rasulullah SAW tidak pernah melaksanakan puasa lebih banyak dalam sebulan selain bulan Syaaban, ada kalanya baginda melaksanakan puasa bulan Syaaban seluruhnya. Baginda bersabda: "Lakukanlah amal-amal yang kalian sanggup melaksanakannya, kerana Allah tidak akan berpaling (dalam memberikan pahala) sampai kalian yang lebih dahulu berpaling (dari mengerjakan amal) ". Solat yang paling Nabi SAW cintai adalah solat yang dijaga kesinambungannya sekalipun sedikit. Baginda bila sudah biasa melaksanakan solat (sunat) baginda menjaga kesinambungannya". (HR Bukhari No: 1834) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW melaksanakan puasa sunat paling banyak pada bulan Syaaban untuk kita contohi.

2.  Laksanakanlah setiap amal kita semampunya dengan istiqamah, kerana Allah sentiasa memberikan ganjaran pahala.

3.  Solat sunat yang Nabi SAW cintai ialah yang dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.

4.  Pelihara solat sunat mengiringi waktu, duha, tahajud, witir dan lain-lain  walaupun hanya dua rakaat.

Marilah kita berterusan melaksanakan puasa sunat, solat sunat serta pelbagai amal soleh di bulan Syaaban ini khususnya sebagai persiapan menemui bulan Ramadan. Semoga kebiasaan yang kita lakukan pada bulan ini akan berterusan di bulan Ramadan.

16hb Mac 2021
02hb Syaaban 1442H

Sunday, 14 March 2021

SYABAN DAN PUASA SUNAT

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Syaaban dan Puasa Sunat

عَنْ أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Daripada Usamah bin Zaid dia berkata, aku bertanya kepada Rasulullah SAW; "Wahai Rasulullah SAW, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda bersabda: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah Rab semesta alam. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa". (HR an-Nasai No: 2317) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Bulan Syaaban, bulan paling banyak Rasulullah SAW berpuasa sunat berbanding bulan lain.

2.  Bulan Syaaban, bulan kebanyakan manusia lalai daripada meningkatkan amal. Ramai yang menyibukkan diri dengan urusan dunia seperti menyediakan persiapan hari raya, mengadakan majlis kenduri kendara dan sebagainya.

3.  Ibnu Rajab menyatakan: “Dalam hadis ini terdapat dalil mengenai dianjurkan melakukan amalan ketaatan di saat manusia lalai. Inilah amalan yang dicintai di sisi Allah.” (Lathaif Al Ma’arif, 235) Beribadah pada waktu ramai orang dilalaikan akan lebih ikhlas sehingga pahalanya semakin besar. Beribadat ketika ini akan lebih berat dirasakan oleh jiwa, kerana biasanya jiwa kita ini akan terpengaruh dengan apa yang dilihatnya. Ketika orang mungkin sibuk menjamu selera sebab nanti di bulan Ramadan tak boleh makan siang hari, maka akan semakin berat bagi jiwa untuk menjalankan ketaatan. Oleh sebab itu, secara umum, meningkatkan ibadah seperti puasa sunat pada bulan Sya'ban dan menjaga diri dari terikut-ikut orang lain adalah amal yang dicintai.

4.  Setiap kita disarankan agar memperbanyakkan amal pada bulan Syaaban seperti puasa sunat, solat sunat, sedekah, membaca al-Quran dan lain-lain sebagai persiapan bertemu  bulan Ramadan.

5.  Setiap hari amalan kita akan diangkat ke langit, ada amalan kita yang akan dibawa naik kepada Allah SWT pada bulan Syaaban.

6.  Rasulullah SAW memperbanyakkan amal seperti puasa sunat pada bulan Syaaban kerana baginda suka amalnya diangkat ketika sedang berpuasa.

7.  Abu Bakr Al-Balkhi berkata:

شَهْرُ رَجَبٍ شَهْرُ الزَّرْعِ  وَشَهْرُ شَعْبَانَ شَهْرُ سَقْيِ الزَّرْعِ وَشَهْرُ رَمَضَانَ شَهْرُ حِصَادِ الزَّرْعِ

Bulan Rajab waktu menanam, bulan Syaaban waktu menyiram tanaman dan bulan Ramadhan waktu menuai hasil.

Ayuh kita merebut peluang memperbanyakkan amal soleh di bulan Syaaban  antaranya berpuasa sunat. Jadikanlah bulan ini untuk kita menyiram amal soleh agar ia tumbuh subur dan segar berterusan di bulan Ramadan nanti.

15hb Mac 2021
01hb Syaaban 1442H

6 manfaat sayur taugeh ramai tidak tahu

Manfaat Sayur Taugeh

1. Kaya protein

Taugeh sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam.

Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

2. Kaya enzim

Berbanding sayur-sayuran lain, taugeh mengandungi 100 kali ganda enzim.

Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan.

Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan perut kembung.

3. Kaya serat

Dalam pada itu, taugeh juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya.

Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.

4. Kaya antioksidan

Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan.

Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak.

Dalam masa yang sama, makan taugeh juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.

5. Kaya asid lemak

Selain itu, taugeh juga sangat kaya dengan asid lemak.

Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja.

Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambil taugeh sebagai alternatif, bukan?

6. Kaya vitamin

Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin seperti vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B.

Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.

Oleh itu, apa kata kita ubah persepsi dan diet kita untuk lebih menggemari sayur taugeh?

Jadikan ia sebagai satu makanan yang perlu ada dalam diet kerana manfaat sayur taugeh adalah sangat banyak dan penting buat kita.


Copypaste: freemalaysiatoday.com

Saturday, 13 March 2021

PERBANYAK BERPUASA DI BULAN REJAB

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Perbanyak Puasa Sunat Dibulan Syaaban

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلَّا قَلِيلًا

Daripada Abu Salamah ia berkata, saya pernah bertanya kepada Aisyah RA tentang puasa Rasulullah SAW, maka ia pun berkata; Rasulullah SAW sering berpuasa hingga kami mengira bahawa baginda akan puasa berterusan. Dan baginda sering berbuka (tidak puasa) sehingga kami mengira baginda akan berbuka (tidak puasa) terus-menerus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Baginda berpuasa pada bulan Syaaban hingga sisa harinya tinggal sedikit." (HR Muslim No: 1957) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW sentiasa memelihara ibadat puasa sunat setiap bulan seperti puasa Isnin, Khamis juga pada hari-hari puteh (13, 14 dan 15 hari bulan).

2.  Rasulullah SAW berpuasa penuh sebulan pada bulan Ramadan

3.  Rasulullah membanyakkan puasa sunatnya pada bulan Syaaban kecuali beberapa hari dihujung Syaaban.

4.  Bulan Syaaban akan menemui kita. Marilah kita membuat persiapan untuk membanyakkan berpuasa sunat di bulan Syaaban. Tambah lagi dikala kita kebanyakan masa berada di rumah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan akibat musibah wabak Covid 19. 

5.  Ambillah peluang kelebihan berpuasa dengan memperbanyakkan doa agar dilepaskan dari musibah wabak virus ini kerana doa orang yang sedang berpuasa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadis daripada  Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

 ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

 “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. (HR Ibn Majah No:1752) Status:Hadis  hasan

Marilah kita melaksanakan ibadat puasa sunat dibulan Syaaban ini sebagai latihan dan persiapan menghadapi Ramadan.

14hb Mac 2021
30hb Rejab 1442H

Friday, 12 March 2021

APA ITU YANG DIFIKIRKAN ITU YANG TERJADI

Asalammualaikum wbrt Renungan buat kita di malam yg dingin ini..

*APA YANG DIFIKIRKAN ITULAH YANG AKAN TERJADI*

"Suatu hari, Rasulullah SAW menjenguk seseorang yang sedang sakit demam. Beliau menghibur dan membesarkan hati orang tersebut.
Beliau bersabda, "Semoga penyakitmu ini menjadi penghapus dosamu".

Orang itu menjawab, "Tapi ini adalah demam yang mendidih, yang jika menimpa orangtua yang sudah renta, bisa menyeretnya ke lubang kubur".

Mendengar keluhan orang itu, Rasulullah SAW bersabda, ‘Kalau demikian anggapanmu, maka akan begitulah jadinya’.
(HR. Ibnu Majah)

Sungguh indah apa yang disabdakan Rasulullah SAW. 
Perhatikan pesan-pesan Rasulullah berikut ini :

"Barangsiapa yang ridha, maka keridhaan itu untuknya. Barangsiapa mengeluh, maka keluhan itu akan menjadi miliknya"
(HR. at-Tirmidzi)

"Salah satu kebahagiaan seseorang adalah keridhaannya menerima keputusan Allah."
(HR. Ahmad)

Jika kita memikirkan bahagia, maka kita akan bahagia.

Jika kita berpikiran sedih, maka kita menjadi sedih.

Jika kita berpikiran gagal, kita menjadi gagal

Jika kita berpikiran sukses, maka kita niscaya sukses.
Jika kita berpikiran sakit, kita juga menjadi sakit.

Jika kita berpikiran sehat, maka kita pun akan sehat. 
Selalulah berpikir yang positif dan jangan pernah biarkan pikiran negatif membelenggu otak dan kehidupan kita.
Jadi tetap semangat dan jangan pernah menyerah pada keadaan.

Tugas kita hanya 2, yaitu : Berusaha optimal dan Berdoa. 
Sedangkan selanjutnya itu kuasa Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda :
"Ketika seorang hamba berkata Laa Haula Wa Laa Quwwata Ila Billah, maka Allah berfirman, "Lihatlah (hai para malaikat), orang ini telah menyerahkan urusannya kepadaKu".
(HR. Ahmad)

Tuesday, 9 March 2021

DOA YANG TIDAK DITUNDA BALASANNYA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dosa Yang Tidak Ditunda Balasannya

عَن أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ  صلى الله عليه وسلم قال  : كلُّ ذنوبٍ يؤخِرُ اللهُ منها ما شاءَ إلى يومِ القيامةِ إلَّا البَغيَ وعقوقَ الوالدَينِ أو قطيعةَ الرَّحمِ يُعجِلُ لصاحبِها في الدُّنيا قبلَ المَوتِ 

Daripada Abu Bakrah RA, dari Nabi SAW bersabda: Setiap  dosa akan ditunda balasannya oleh Allah SWT hingga hari kiamat, kecuali al-baghy (zalim), durhaka kepada orang tua dan memutuskan silaturahim, Allah akan menyegerakan di dunia sebelum kematian menjemput.” (HR Al Hakim, Al Mustadrak No 7345). Status: Hadis Sahih 

Pengajaran:

1.  Setiap dosa seorang insan akan menerima balasan azab daripada Allah melainkan mendapat keampunan Allah.

2.  Ada diantara dosa daripada perbuatan maksiat seorang hamba itu akan dipercepatkan balasannya semasa hidup di dunia lagi di samping azab di hari akhirat antaranya:

a.  Dosa al-baghy (sifat tercela dan perbuatan melampau batas yang mempunyai akibat negatif sama ada pada pelaku dan masyarakat antaranya menuntut sesuatu yang tidak halal,  pemberontak, rasuah dan sebagainya)
b.  Dosa durhaka kepada orang tua 
c.  Dosa memutuskan silaturahim

3.  Rasuah jelas merupakan satu daripada perbuatan zalim (baghy) dan melanggar hak orang lain yang tidak membayar rasuah dan tidak mendapat haknya. Mereka yang terlibat dengan rasuah diancam dengan azab Allah di dunia dan di akhirat mendapat siksa yang lebih berat. 

Berusahalah menjauhi perbuatan dosa yang akan disegerakan balasannya semasa hidup lagi.

10hb Mac 2021
26hb Rejab 1442H

Monday, 8 March 2021

MAKBUL DOANYA BERKAITAN MAKAN DAN MINUM

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Makbulnya Doa Berkait Dengan Makan dan Minum 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّبًا وَإِنَّ اللَّهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ فَقَالَ يَا أَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُوا مِنْ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ  وَقَالَ   يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ  ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya: 'Wahai para Rasul! Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.' Dan Allah juga berfirman: 'Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu.'" Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang laki-laki yang telah lama berjalan kerana jauhnya jarak yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdoa: "Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku." Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?." (HR Muslim No: 1686) Status Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah tidak menerima sebarang amalan hambanya melainkan yang baik dan mengikut syarak.

2.  Allah SWT memerintahkan kepada orang mukmin agar makan dan minum dari sumber yang baik dan halal.

3.  ‘Allah SWT hanya menerima dari yang halal’ bermaksud bahawa memakan makanan yang halal boleh menolong dalam melakukan ketaatan kepada Allah kerana beramal soleh diperintahkan setelah perintah memakan makanan yang halal. Jadi, semakin baik makanan yang kita makan, semakin mudah pula kita dalam melakukan amal soleh. (Lihat bahasan Syaikh Solih Fauzan dalam Syarh Al Arba’in An Nawawiyah, hal. 163.)

4.  Antara waktu yang makbul berdoa adalah ketika bermusafir. Walaupun begitu, Allah SWT tidak memperkenankan doa orang yang makannya, minuman  serta berpakaian dari sumber yang haram seperti mengambil rasuah.

5.  Berkata Imam Wahab bin Munabbih rahimahullah: "Siapa yang ingin doanya dimakbulkan oleh Allah SWT, maka perbaikilah makanannya".

Pastikan rezeki yang kita perolehi dari sumber yang halal dan baik. Jangan sesekali memperolehi rezeki dari yang haram walau sekecil manapun.

09hb Mac 2021
25hb Rejab 1442H

Saturday, 6 March 2021

RASULULLAH ENGGAN SOLATKAN JENAZAH

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rasulullah SAW Enggan Solatkan Jenazah

عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ أَنَّ رَجُلًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تُوُفِّيَ يَوْمَ خَيْبَرَ فَذَكَرُوا ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ صَلُّوا عَلَى صَاحِبِكُمْ فَتَغَيَّرَتْ وُجُوهُ النَّاسِ لِذَلِكَ فَقَالَ إِنَّ صَاحِبَكُمْ غَلَّ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَفَتَّشْنَا مَتَاعَهُ فَوَجَدْنَا خَرَزًا مِنْ خَرَزِ يَهُودَ لَا يُسَاوِي دِرْهَمَيْنِ

Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhani bahawa seorang sahabat Nabi SAW meninggal dunia pada hari peperangan Khaibar. Kemudian sahabat memberitahu hal tersebut kepada Rasulullah SAW. Lalu baginda bersabda: "Solatkan sahabat kamu itu!". Maka berubah wajah para sahabat kerana mendengar sabda tersebut. Lalu baginda menegaskan: "Sesungguhnya sahabat kalian telah berbuat khianat di jalan Allah." Kemudian kami segera memeriksa barang-barangnya, dan kami menjumpai perhiasan milik orang  Yahudi yang harganya tidak sampai dua dirham. (HR Abu Daud No: 2335) Sanad Tsiqah

Pengajaran:

1.  Setiap harta yang kita miliki perlu dipastikan bersih dan halal hasil dari sumber yang benar dan baik.

2.  Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah sahabat yang mengambil harta yang bukan haknya walaupun nilainya kecil (tidak sampai 2 dirham atau lebih kurang RM 2.00).

3.  Perbuatan ghulul iaitu mengambil harta yang berkaitan dengan hak orang lain atau dengan cara menzalimi orang lain seperti rasuah, mencuri, harta rompakan, menipu atau sebarang sumber yang haram. 

4.  Menurut al-Nasafi, ghulul adalah apabila seseorang mengambil sesuatu dengan sembunyi-sembunyi  ( ‘Abd Allah bin Ahmad, Tafsir al-Nasafi, h.191). Dengan kata lain segala macam bentuk pangambilan dan penyimpangan harta, seperti rasuah, penipuan, manipulasi dan mencuri, termasuk perbuatan ghulûl. Kalimah ghulul secara umum digunakan untuk setiap pengambilan harta oleh seseorang secara khianat, atau tidak dibenarkan dalam tugas yang diamanahkan kepadanya.

5.  Larangan mengambil harta yang bukan hak ini walaupun nilainya kecil sehingga menyebabkan Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan, enggan mendoakan untuk pengampunan dan keselamatan untuk jenazah tersebut menunjukkan baginda sangat marah dengan perbuatan itu.

6.  Jika nilai harta yang sekecil itu Rasulullah SAW tidak mahu menyembahyangkan jenazah tersebut apa lagi kalau jumlah yang lebih besar.

Jauhi mengambil harta dengan cara yang batil seperti rasuah.

07hb Mac 2021
23hb Rejab 1442H

Friday, 5 March 2021

KHIANAT WALAU SEBATANG JARUM

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Khianat Walau Sebatang Jarum

عَنْ عَدِيِّ بْنِ عَمِيرَةَ الْكِنْدِيِّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اسْتَعْمَلْنَاهُ مِنْكُمْ عَلَى عَمَلٍ فَكَتَمْنَا مِخْيَطًا فَمَا فَوْقَهُ كَانَ غُلُولًا يَأْتِي بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ فَقَامَ إِلَيْهِ رَجُلٌ أَسْوَدُ مِنْ الْأَنْصَارِ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَيْهِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ اقْبَلْ عَنِّي عَمَلَكَ قَالَ وَمَا لَكَ قَالَ سَمِعْتُكَ تَقُولُ كَذَا وَكَذَا قَالَ وَأَنَا أَقُولُهُ الْآنَ مَنْ اسْتَعْمَلْنَاهُ مِنْكُمْ عَلَى عَمَلٍ فَلْيَجِئْ بِقَلِيلِهِ وَكَثِيرِهِ فَمَا أُوتِيَ مِنْهُ أَخَذَ وَمَا نُهِيَ عَنْهُ انْتَهَى

Daripada 'Adi bin Amirah Al Kindi dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa diantara kalian yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan (urusan), kemudian dia menyembunyikan dari kami (meskipun) sebatang jarum, atau sesuatu yang lebih kecil dari itu, maka itu adalah ghulul (pengkhianatan) yang pada hari kiamat akan ia bawa (untuk di dakwa)." 'Adi bin 'Amirah berkata, "Kemudian seorang lelaki hitam dari Anshar berdiri mengadap Nabi SAW, seolah-olah aku melihatnya, lalu dia  berkata, "Wahai Rasulullah, kalau begitu saya akan tarik kembali tugas yang pernah anda bebankan kepada saya!" Nabi SAW bertanya: "Ada apa denganmu?" dia menjawab, "Saya telah mendengar bahawa engkau  bersabda seperti ini dan seperti ini (maksudnya perkataan diatas)." Baginda bersabda: "Sekarang saya sampaikan, bahawa barangsiapa dari kalian yang kami tugaskan untuk suatu pekerjaan hendaklah ia membawa kembali (seluruh hasil), sedikit atau banyak. Kemudian apa yang memang diberikan untuknya ia boleh mengambilnya, dan apa yang memang dilarang untuknya, maka ia perlu menahan diri." (HR Muslim No: 3415) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap orang yang menjawat sebarang jawatan dalam organisasi atau jabatan, ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

2.  Sebagai pekerja yang dibayar upah atau gaji, menjadi tanggungjawab melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh dan penuh amanah. Sama ada tugas yang berupa perkhidmatan atau servis, menghasilkan produk mahupun yang berkaitan dengan harta.

3.  Rasulullah SAW mengingatkan, jika urusan yang diamanahkan itu berkaitan dengan harta, maka ia berkewajipan untuk menyerahkan kesemuanya kepada majikan. Dilarang mengambil atau menyembunyikan untuk kegunaan peribadi walaupun hanya sebesar jarum. Jika ia merupakan hak awam, maka dilarang mengambilnya untuk kepentingan peribadi.

4.  Allah SWT mengingatkan :

وَمَن يَغۡلُلۡ يَأۡتِ بِمَا غَلَّ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ ثُمَّ تُوَفَّىٰ كُلُّ نَفۡسٖ مَّا كَسَبَتۡ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ ١٦١ 

Dan barangsiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya). (Ali-Imran: 161).

Imam al-Razi dalam tafsir al-Kabir menjelaskan berkhianat bermaksud mengambil hak negara secara diam-diam atau sembunyi 

Ia juga bermaksud suatu tindakan curang bagi mendapatkan wang ataupun keuntungan dengan cara atau kaedah membelakangkan peraturan atau undang-undang negara.Tindakan atau perlakuan ini merangkumi memberi atau menerima suapan (bribery), mencuri (theft),  menggelapkan (embezzlement), melakukan pemalsuan, pemerasan atau ugutan (extortion), dan menyalah gunakan pangkat atau jawatan awam ketika berkuasa (graft). Semua perbuatan ini dari aspek agama hukumnya adalah haram.

06hb Mac 2021
21hb Rejab 1442H

Thursday, 4 March 2021

Tali Kasut Penyebab Ke Neraka

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tali Kasut Penyebab Ke Neraka

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى خَيْبَرَ فَفَتَحَ اللَّهُ عَلَيْنَا فَلَمْ نَغْنَمْ ذَهَبًا وَلَا وَرِقًا غَنِمْنَا الْمَتَاعَ وَالطَّعَامَ وَالثِّيَابَ ثُمَّ انْطَلَقْنَا إِلَى الْوَادِي وَمَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَبْدٌ لَهُ وَهَبَهُ لَهُ رَجُلٌ مِنْ جُذَامَ يُدْعَى رِفَاعَةَ بْنَ زَيْدٍ مِنْ بَنِي الضُّبَيْبِ فَلَمَّا نَزَلْنَا الْوَادِي قَامَ عَبْدُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحُلُّ رَحْلَهُ فَرُمِيَ بِسَهْمٍ فَكَانَ فِيهِ حَتْفُهُ فَقُلْنَا هَنِيئًا لَهُ الشَّهَادَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلَّا وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ إِنَّ الشَّمْلَةَ لَتَلْتَهِبُ عَلَيْهِ نَارًا أَخَذَهَا مِنْ الْغَنَائِمِ يَوْمَ خَيْبَرَ لَمْ تُصِبْهَا الْمَقَاسِمُ قَالَ فَفَزِعَ النَّاسُ فَجَاءَ رَجُلٌ بِشِرَاكٍ أَوْ شِرَاكَيْنِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَصَبْتُ يَوْمَ خَيْبَرَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِرَاكٌ مِنْ نَارٍ أَوْ شِرَاكَانِ مِنْ نَارٍ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Pada hari Peperangan Khaibar kami keluar bersama Nabi SAW hingga Allah memberi kemenangan kepada kami, namun kami tidak mendapat harta rampasan perang berupa emas atau perak, melainkan harta benda, makanan dan pakaian. Kemudian kami bersama Rasulullah berangkat menuju Wadi Qura (lembah sebelum kota Madinah). Rasulullah SAW ketika itu bersama dengan budak (hamba) yang dihadiahkan oleh seorang lelaki dari Judzam yang dipanggil dengan nama Rifa'ah bin Zaid dari Bani Dhubaib. Ketika kami sampai di wadi, budak (hamba) tersebut berdiri untuk menambat unta Nabi SAW. Namun tiba-tiba dia dipanah, dan menemui ajalnya di sana. Para sahabat berkata, 'kami mengucapkan selamat baginya wahai Rasulullah kerana telah syahid.' Tapi Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak, demi Dzat yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, sungguh ia akan diazab oleh api neraka kerana selimut dari ghanimah perang Khaibar yang diambilnya sebelum dibahagi.' Ketika para sahabat mendengar sabda baginda, tiba-tiba seseorang membawa seutas tali atau sepasang tali (kasut) hasil rampasan perang yang disembunyikan kepada Nabi SAW seraya berkata, 'Wahai Rasulullah, aku ambil masa perang Khaibar'. Maka Rasulullah pun bersabda: 'Satu tali kasut  atau dua tali kasut berasal dari api neraka'." (HR Muslim No: 166) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Mati syahid satu anugerah istimewa daripada Allah yang menjanjikan balasan syurga.

2.  Ada sahabat yang terbunuh oleh panah musuh dan telah dianggap syahid oleh para sahabat, namun Rasulullah SAW kata ia akan dibakar oleh api neraka kerana mengambil harta awam (ghanimah sebelum diagih sekadar berupa selimut atau pakaian). 

3.  Jika mengambil selimut atau tali kasut yang bukan hak dengan cara yang salah juga akan dibakar oleh api neraka, bagaimana jika yang diambil puluhan ribu dan juta ringgit?

4.  Menurut Imam Al-Qurthubi bahwa kekalahan yang dialami kaum muslimin pada Perang Uhud adalah akibat ghulul (zalim) yang dilakukan pasukan pemanah, mereka tidak menjaga amanah yang diberi untuk tetap berada diposisi. Mereka turun dari bukit  untuk mengumpulkan rampasan perang sebelum dibahagi. Akibat kesilapan mereka ini, ia telah memberi kesan kekalahan seluruh pasukan tentera Islam.

5.  Mereka yang tidak amanah dalam melaksanakan tugas malah mengambil harta yang bukan haknya boleh memberi kesan kepada kehancuran umat dan Negara.

Ayuh kita semua!.  Jangan sesekali terlibat dengan mengambil harta yang bukan hak. Sama-sama kita cegah aktiviti yang boleh menjurus kepada rasuah yang akhirnya menghancurkan negara.

Putuskan Rantaian Rasuah
#MalaysiaMenujuNegaraRahmah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...