Thursday, 1 August 2013

Menginfakkan Harta dalam Jihad Fii Sabilillaah

Muslim telah mengeluarkan dari Abu Mas'ud Al-Anshari ra. dia berkata: Sekali peristiwa telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki menarik seekor unta yang terikat tali di hidungnya, Ialu menyerahkannya kepada beliau, katanya: Ini untuk sabilillah! Maka berkata Rasulullah SAW: Gantinya nanti di hari kiamat 700 ekor unta semuanya dengan bertali di hidungnya. (Shahih Muslim 2:37; jam'ul Fawa'id 2:3)
  
















Imam Ahmad telah mengeluarkan dari Abdullah bin As-Shamit, dia berkata: Pernah pada suatu peristiwa, aku berjihad bersama-sama Abu Dzar ra. Maka setelah dibagi-bagi ghanimah, yakni rampasan perang, dia mendapat bagiannya termasuk seorang jariah. Lalu dia pun membeli segala keperluannya, dan masih ada lagi banyak yang tersisa. Lalu dia menyuruh jariah tadi menukarkannya dengan mata wang untuk dibagi-bagikan kepada semua orang yang memerlukannya. 

Aku berkata kepada Abu Dzar: Biarlah jariah itu menahan dulu uang itu untuk keperluan di lain hari, ataupun mana tahu jika datang tamu, maka engkau tentu memerlukannya?! Abu Dzar menjawab: Temanku, yakni Rasulullah SAW sudah membuat perjanjian kepadaku, bahwa apa saja emas atau perak yang disimpan, maka itu sama dengan gumpalan api neraka disimpan oleh tuannya, sehinggalah diberikan kesemuanya pada jalan Allah azzawajalla. 

Dalam riwayat Ahmad dan Thabarani yang lain, bahwa siapa yang menyimpan emas atau perak, dan tidak diinfakkannya pada jalan Allah akan menjadi gumpalan-gumpalan api kelak di hari kiamat, dan akan disetrikakan tuannya dengan gumpalan-gumpalan api itu.
(At-Targhib Wat-Tarhib 2:178)

Tuesday, 30 July 2013

Monday, 29 July 2013

'Tetap haram walau tak peraga baju mandi'

Penyertaan wanita Muslim dalam pertandingan ratu cantik diharamkan Majlis Fatwa Kebangsaan walaupun mereka tidak memperagakan baju mandi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Majlis Fatwa tak sebut soal baju, dia kata pertandingan ratu cantik tak dibenarkan, ia bukan soal baju," kata Jamil Khir kepada pemberita tengahari tadi.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan penganjur Miss Malaysia World 2013 yang mahu peserta Islam dibenarkan bertanding kerana mereka tidak akan memperagakan baju mandi.


sumber penuh : http://www.malaysiakini.com 


Tuesday, 23 July 2013

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA (4X4)

KURSUS ASAS PEMANDUAN PACUAN EMPAT RODA (4X4)

TEMPAT: D' PULAU TIBANG, ULU SLIM, SLIM RIVER, PERAK

     
    TARIKH :  
     26-28 OGOS 2013 (3 HARI 2 MALAM) 
     28-30 OKTOBER 2013 (3 HARI 2 MALAM) 
     18-20 NOVEMBER 2013 (3 HARI 2 MALAM) 
     16-18 DISEMBER 2013 (3 HARI 2 MALAM) 

Harga berkumpulan (4 orang ke atas) : RM1490 sahaja
Harga normal : RM1690 seorang   


KEPERLUAN ASAS PESERTA

Setiap peserta dikehendaki membawa pakaian persalinan, pakaian ibadah/sejadah, tuala mandi, berus gigi, sabun mandi, selipar/kasut untuk riadah, peralatan kemasan diri, pakaian mandi, lampu suluh, tabard - pelindung agas, ubat/penyembur nyamuk dan peralatan keselamatan peribadi.

PROFIL PENCERAMAH

1.  En. Abdul Karim Abdul Jalil mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang pemanduan pacuan empat roda (4X4). Beliau terlibat secara aktif di dalam beberapa pertandingan pacuan empat roda dan telah menyertai program seperti Petronas Adventure Team (PAT), International Rainforest Challenge, Tropical Challenge, East Cost Monsoon Challenge dan lain-lain lagi. 

2.   En. Badrul Hisham Shahbudin mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang pemanduan pacuan  empat roda (4X4).  Beliau terlibat secara aktif di dalam pertandingan International Rainforest Challenge dan pernah mengendalikan kursus asas dan lanjutan pemanduan pacuan empat roda untuk sektor awam dan swasta.  

Bersama-sama ini dilampirkan program tentatif dan borang penyertaan untuk rujukan tuan. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program ini, sila hubungi Cik Alia atau Puan Kesuma di talian 03-8063 2750/ 012-674 3407 / 016-665 0571 atau email: training@dmssb.com.my



u/p : apapun sila hubungi nama di atas.
  

Kuala Besut: Proses membuang undi bermula hari ini


JERTIH: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) mula menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih Ahli Dewan Undangan Neger (ADUN) yang baru. 


Berdasarkan maklumat terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 16,534 pengundi di Kuala Besut termasuk 55 peratus adalah pengundi muda.

Sabtu lalu, seramai 1,148 pengundi terdiri daripada anggota tentera udara, pegawai dan isteri mereka, turut membuang undi pada 20 Julai lalu di Pangkalan Udara Gong Kedak. Peratus keluar mengundi ketika itu ialah 80 peratus. 
SPR menjangkakan peratus keluar mengundi hari ini ialah lebih 75 peratus.

Pada PRK ini, calon Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, bekas jurutera awam Jabatan Pengairan dan Saliran akan membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut manakala pencabarnya, Endot @ Azlan Yusof dari Pas, lebih mesra dengan panggilan Che Long akan membuag undi di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu. 

PRK terbabit perlu dilaksanakan berikutan kematian Ahli Dewam Undangan Negeri, Dr A.Rahman Mokhtar mewakili BN akibat paru-paru berair pada 26 Jun lalu. 


sumber penuh :bharian

Peserta Islam nekad tanding ratu cantik


Peserta Islam nekad tanding ratu cantik
Wafa Johanna De Korte (kiri) dan Amelia Bernard.


4 wanita dakwa hanya pakai baju sukan

Kuala Lumpur: Empat peserta Islam pertandingan ratu cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaannya, tetap berkeras untuk terus bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

Seorang daripada mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, berkata dia kecewa dengan fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandi-ngan ratu cantik. 


“Saya sedar umat Islam tidak dibenarkan memasuki pertandingan ratu cantik, tetapi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur ia dibenarkan kerana kami tidak perlu memperagakan pakaian renang, sebaliknya hanya pakaian sukan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam. 


Seorang lagi peserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut kecewa dengan keputusan pihak penganjur yang membatalkan penyertaan mereka.

Mahu wakili Melayu

“Saya terharu melihat pihak penganjur berusaha mempertahankan dan melihat potensi dalam diri kami untuk mewakili kaum Melayu di dalam pertandingan ratu cantik Malaysia. 

“Saya berbesar hati untuk meneruskan perjuangan di dalam pertandingan ini, jika masih ada peluang,” katanya. 

Sementara itu, penganjur Miss World Malaysia 2013, Datuk Anna Lim, berkata walaupun menarik balik penyertaan empat peserta Islam itu, pihaknya masih memberi peluang kepada mereka menyertai program itu.
Dalam pada itu, Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) menggesa kerajaan mewujudkan Enakmen Jenayah Syariah berhubung penyertaan umat Islam dalam pertandingan ratu cantik.


Monday, 22 July 2013

Basikal Kadbod


Photo courtesy of Cardboard Technologies

Apabila peminat basikal, Izhar Gafni mula-mula mendengar bot yang diperbuat daripada kadbod maka keluarlah idea tersebut. Setelah lima tahun kemudian, kini usahawan berusia 50 tahun bersedia untuk menghasilkan karya eko beliau iaitu basikal kalis air dan api dan beliau berharap untuk menjual dengan $ 20 sesaham. Basikal yang dibuat daripada kadbod kitar semula, kereta kitar semula, tayar getah dan lain-lain bahan-bahan mentah organik dan juga bahan tanpa mengandungi bahagian yang diperbuat daripada logam.

Kenderaan yang super ‘kuat’ boleh tahan sehingga 24 kali berat badan sendiri  (£ 20), menjadikannya penyelesaian pengangkutan yang sempurna untuk bandar-bandar sesak 
di Barat.

Terdapa syarikat pada masa kini mengumpul wang menggunakan Indiegogo untuk memulakan pengeluaran pada tiga model yang berbeza termasuk kerusi roda kadbod. Ia juga mempunyai program duta inovatif, menggalakkan peminat media sosial untuk menyebarkan berita dan mengumpul "Wheel Green" bagi membolehkan mereka menukar kepada basikal dan lain-lain barang berfaedah.

Cardboard Technologies suka untuk mengatakan bahawa kadbod sememangnya boleh menjadi produk “hijau baru”.


[Source: Cardboard Technologies and Reuters]

Ganjaran Puasa Ramadhan















Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh
kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda.

Allah Azza Wajalla berkata:

Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang 
membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya 
kerana-Ku. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua 
kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan 
semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang 
yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah 
daripada bau Musk.





Friday, 19 July 2013

Madrid Paling Bernilai $US3.3 bilion


REAL Madrid muncul kelab paling bernilai sekali gus menewaskan 10 kelab gergasi lain termasuk Manchester United.Menerusi laporan dipetik majalah Forbes, Madrid memiliki nilai tertinggi berjumlah  $US3.3 bilion (RM10.5 bilion) walaupun sekadar menghuni tangga kedua pada saingan La Liga dan Copa del Rey, musim lalu.


“Dengan jumlah keuntungan meningkat sehingga 62 peratus sejak tiga tahun lalu dan jalinan kerjasama dengan Adidas dan Syarikat Penerbangan Emirates, Madrid bakal mengaut pendapatan sehingga $80 juta (RM254 juta) setahun,” katanya.

Berada di kedudukan kedua adalah United yang memiliki pendapatan mencecah $US3.17 bilion (RM10 bilion) dikuti Barcelona dengan (8.3 bilion) dan Arsenal di kedudukan ke-10 dengan $1.3 bilion (RM4.1 bilion).

Sementara pasukan besbol New York Yankes (RM7.3 bilion) di tangga keempat diikuti Dallas Cowboys (RM6.7 bilion), sukan ragbi New England Patriots (RM5.2 bilion), Los Angeles Dodgers (RM5.1 bilion), Washington Redskins (RM5.09 bilion) dan New York Giants (RM4.7 bilion).

Wednesday, 17 July 2013

Pengertian Solat Sunat Witir Selepas Tarawih




Solat Sunat Witir merupakan solat terakhir yang perlu dilakukan oleh seseorang pada setiap hari. Jumlah rakaat bagi witir ialah ganjil sebab itulah ia dinamakan witir (ganjil). Paling sedikit 1 rakaat dan yang paling banyak 11 rakaat. Cumanya, solat sunat witir ini dilakukan dengan rakaat yg ganjil 1, 3, 5, 7, 9, 11 dan seterusnya. Waktu untuk mengerjakan solat ini ialah selepas solat isyak sehingga terbit fajar.

Bila dah dikatakan sunat,maka ianya bukanlah wajib.. jadi, tak mesti la kena buat solat Witir selepas solat tarawih.. cuma, Shalat sunnah Witir adalah shalat sunnah muakkadah (sangat ditekankan), berdasarkan hadits Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam. Nabi s.a.w. tak pernah meninggalkan solat Witir ini kerana ianya sangat disukai oleh Allah s.w.t.

"Shalat Witir adalah hak atas setiap Muslim. Barangsiapa yang ingin berwitir 
dengan lima raka’at, maka lakukanlah; barangsiapa yang ingin berwitir dengan tiga raka’at, maka lakukanlah; dan barangsiapa yang ingin berwitir dengan satu raka’at, maka lakukanlah.”

Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda.
"Wahai Ahlul Qur'an, shalat Witirlah kalian karena sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla itu witir (Maha Esa) dan mencintai orang-orang yang melakukan shalat Witir.” 

Hukum Orang Yang Terus Menerus Meninggalkan Shalat Witir
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullaah berkata, “Shalat Witir adalah sunnah muakkadah, berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin. Barangsiapa yang terus-menerus meninggalkannya, maka persaksiannya ditolak (tidak diterima).”


Beliau rahimahullaah pernah ditanya tentang orang yang tidak menekuni (biasa meninggalkan) shalat-shalat sunnah rawatib. Maka beliau menjawab.
“Barangsiapa terus-menerus meninggalkannya, maka hal itu menunjukkan sedikitnya (pemahaman) agamanya, dan persaksiannya ditolak (tidak diterima), berdasarkan pendapat Imam Ahmad dan Imam asy-Syafi’i dan selain keduanya”.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...