Wednesday, 26 August 2020

PUASA ASYURA


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Asyura


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ


Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam)

2.  Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa (Imam Nawawi kata segala dosa kecil) setahun yang lalu. Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:

سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة

Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih

3.  Bagi yang tidak berkesempatan puasa Tasu'a (9hb Muharam atau 28hb Ogos), masih lagi berpeluang melaksanakan puasa Asyura pada keesokan hari (10hb Muharam bersamaan hari Sabtu 29hb Ogos.).

Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:

a)  Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura  (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).

b)  Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.

c)  Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.

Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura, jika berkemampuan, berpuasa tiga hari atau dua hari atau paling tidak sehari iaitu pada 10hb Muharam. Semoga ia menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu.


27hb Ogos 2020
08hb Muharam 1442H

Sunday, 23 August 2020

PUASA SUNAT DI BULAN MUHARAM


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Di bulan Muharam


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ


Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Seutama-utama puasa setelah Ramadan ialah puasa dalam bulan Allah iaitu bulan Muharam, dan seutama-utama solat sesudah solat Fardu, ialah solat malam." (HR Muslim No: 1982) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.

2.  Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam.

3.  Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 (Tasuua’a) dan ke-10 (Asyura’).

4.  Solat sunat yang utama selepas solat fardu ialah solat sunat malam (qiamullail).

Rebutlah peluang kedatangan bulan Muharam untuk melakukan banyak puasa sunat  khususnya pada 9hb Muharam (28hb Ogos - hari Jumaat)  dan 10hb Muharam (29hb Ogos - hari Sabtu) di samping memperbanyak solat malam.  


Ummah Rabbani Negara Sejahtera

24hb Ogos 2020
05hb Muharam 1442H

Monday, 3 August 2020

BERTENGKAR UMPAMA ORANG GILA DIRASUK SYAITAN


Setiap kita dikurniakan sifat manusia biasa. Ada kalanya  kita gembira dan adakalanya kita marah. Namun dalam hidup bermasyarakat, kita perlu memiliki sifat sabar apabila berhadapan dengan pelbagai karenah dan jenis manusia.      Ada jenis manusia yang mudah marah dan bertengkar.


Ingatlah pesanan Rasulullah SAW:

عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ صُرَدٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَجُلَانِ يَسْتَبَّانِ فَأَحَدُهُمَا احْمَرَّ وَجْهُهُ وَانْتَفَخَتْ أَوْدَاجُهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي لَأَعْلَمُ كَلِمَةً لَوْ قَالَهَا ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ لَوْ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ ذَهَبَ عَنْهُ مَا يَجِدُ فَقَالُوا لَهُ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَقَالَ وَهَلْ بِي جُنُونٌ


Daripada 'Adiy bin Tsabit dari Sulaiman bin Shurad berkata; "Aku sedang duduk bersama Nabi SAW dan ada dua orang yang saling mencaci. Seorang diantaranya merah wajahnya dan urat lehernya menegang. Maka Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya aku mengetahui satu kalimat yang bila diucapkan akan hilang apa yang sedang dialaminya. 

Seandainya dia mengatakan a'uudzu billahi minasy syaitan", (aku berlindung kepada Allah dari syaitan) ". Lalu ada sahabat mengatakan kepada orang tersebut kalimah itu; "Sesungguhnya Nabi SAW bersabda; "Berlindungkah kamu kepada Allah dari syaitan". Orang itu berkata: "Apakah aku sudah gila?". (HR Bukhari No: 3040)


Kita diingatkan agar tidak memiliki sifat pemarah dan suka bertengkar. Pertengkaran dan perbalahan akan mudah dikuasai syaitan. Orang yang sedang marah  dan tidak dikawal seperti orang gila yang hilang pertimbangan, sehingga apa yang dituturkan berupa cacian dan makian tanpa memikirkan baik dan buruk. Malah tindakan yang diambil juga boleh sehingga peringkat membunuh.


Ubatlah marah kita dengan perbanyak memohon perlindungan daripada Syaitan,

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.


Sunday, 2 August 2020

KISAH LELAKI BERJAYA SEBELUM MATI

Seorang lelaki menangis dan rakan dia bertanya kepadanya mengapa dia menangis. Dan dia mengatakan bahawa saya hanya mempunyai seorang anak lelaki, saya telah berusaha sedaya upaya untuk mendidiknya agar dia menjadi orang yang hebat dan berjaya. 

Dengan rahmat Allah, dia dapat memperoleh semua sijil termasuk:

 🌺 SPM
 🌺 Diploma
 🌺 Sarjana Muda
 🌺 MSc
 🌺 Phd



TETAPI, Malangnya anak saya jatuh sakit dan doktor mengatakan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa² dan satu²nya pilihan adalah kematian dalam 30 minit berikutnya. Dan anak saya menyuruh saya membawa semua sijil²nya dan saya membawanya. 

Apa yang boleh anak saya katakan ialah;  ayah, ini adalah sijil² kelulusan saya tetapi ayah tidak pernah menyuruh saya belajar membaca Al-Quran. Saya tidak tahu apa yang akan saya sampaikan kepada Allah nanti.


Tidak ada antara kita yang akan berkongsi mesej ini kerana ini bukan jenaka yang menarik. Tetapi jika anda cukup berani untuk menyampaikan pesanan ini, sila lakukan dan Allah akan memberikan ganjaran diatas apa yang anda ada untuk melakukannya.


HARAP KITA AMBIL PERHATIAN:

 🌹Mengaji Al-Quran seperti cara anda mempelajari pelajaran anda ketika tiba waktunya peperiksaan.
Takutlah kepada Allah seperti cara anda takut mati atau orang yang berkuasa

 🌹 Ingatlah Allah seperti anda mengingati nama anda

 🌹Rajah seperti itu adalah satu²nya perkara yang perlu dilakukan untuk pergi ke syurga

 🌹Puasa secara berkala

 🌹Luangkan masa untuk Allah

 🌹 Jadilah pelaku penyampai ke jalan Allah.


Mungkin 70% tidak akan meneruskan mesej ini tetapi saya harap anda akan kirimkan ini kepada semua umat Islam dalam senarai kenalan anda.

Semoga Allah Yang Maha Kuasa memberi ganjaran yang besar kepada anda semasa anda menyampaikan mesej ini... Insha Allah.

Moga Ada Kebaikan Pada Kita..(“,)👍

Tuesday, 28 July 2020

KIT PERUBATAN COVID DIPERLUKAN DI RUMAH


KIT PERUBATAN COVID DIPERLUKAN DI RUMAH ;

1. Paracetamol
2. Betadine untuk ubat kumur dan berkumur
3. Vitamin C dan D3
5. B Complex
6. Wap + kapsul untuk wap
7. Oksimeter
8. Silinder oksigen (untuk kecemasan sahaja)
9. Latihan Bernafas


Covid Tiga (3) peringkat:

1. Covid hanya di *hidung* - masa pemulihan: adalah setengah hari.  (Menghirup wap), vitamin C. Biasanya tidak demam. Tanpa simptomatik (tiada gejala).

2. Covid di *tekak* - sakit tekak, masa pemulihan: 1 hari (berkumur air panas, air suam untuk diminum, jika temp kemudian paracetamol. Vitamin C, B Complex. Sekiranya teruk daripada antibiotik.

3. Covid pada *paru-paru* - batuk dan sesak nafas, masa pemulihan: 4 hingga 5 hari.  (Vitamin C, B Complex, kumur air panas, oksimeter, paracetamol, silinder jika teruk, banyak cecair diperlukan, latihan pernafasan dalam.


Tahap ketika hendak ke hospital:

Pantau tahap oksigen.  Sekiranya ia menghampiri 43 (normal 98-100) maka anda memerlukan silinder oksigen.  Sekiranya ada di rumah, maka tidak ada hospital lain yang mengakui.


Tetap sihat, Tetap Selamat!

Sila kirimkan semua ke senarai kenalan anda.  Anda tidak pernah tahu siapa yang boleh membantu.

Nasihat dari hospital pengasingan, kita boleh lakukan di rumah


Ubat yang diambil di hospital pengasingan ;

▫️1. Vitamin C-1000
▫️2. Vitamin E (E)
▫️3. Dari (10-11 pagi), duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit.
▫️4. Makan telur sekali ..
▫️5. Kami berehat / tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam
▫️6. Kami minum 1.5 liter air setiap hari
▫️7. Semua makanan mestilah suam (tidak sejuk).

Dan itulah yang kami lakukan di hospital untuk menguatkan sistem imun

Perhatikan bahawa pH coronavirus berbeza dari 5.5 hingga 8.5

Oleh itu, yang harus kita lakukan untuk menghilangkan virus adalah dengan mengambil lebih banyak makanan beralkali di atas tahap keasidan virus seperti :

  Pisang
  Lemon hijau - pH 9,9
  Lemon Kuning - 8.2 pH
  Alpukat - 15.6 pH
  Bawang putih - pH 13.2
  Mangga - 8,7 pH
  Tangerine - 8.5 pH
  Nanas - pH 12.7
  Selada air - pH 22.7
  Jeruk - 9.2 pH


Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda dijangkiti virus korona?

1. Tekak gatal
2. Kerongkong kering
3. Batuk kering
4. Suhu tinggi
5. Sesak nafas
6. Kehilangan bau


Dan lemon dengan air suam menghilangkan virus pada awalnya sebelum sampai ke paru-paru ...

Jangan simpan maklumat ini kepada diri sendiri. Kongsikan kepada semua keluarga dan rakan anda.


Sunday, 26 July 2020

PUASA SUNAT ARAFAH PADA 9 ZULHIJJAH


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Arafah


عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة


Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2.  Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas

3.  Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568)

4.  Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji.

سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر


Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih


Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Khamis ini 30hb Julai 2020. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.


27hb Julai 2020
06hb Zulhijjah 1441H

Thursday, 23 July 2020

NAUNGAN DI PADANG MASHYAR



PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berkasih Sayang Didunia Mendapat Naungan Di Padang Mahsyar


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلَالِي الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلِّي

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat kelak: "Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku." (Sahih Muslim No: 4655) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Setiap kita akan bertemu Allah pada hari akhirat untuk menerima balasan di atas segala amal yang dilakukan semasa di dunia.

2.  Setiap manusia akan dibangkitkan dan melalui kesusahan dan kepayahan padang mahsyar kecuali orang yang mendapat perlindungan dari Allah.

3.  Antara orang yang akan mendapat naungan dan perlindungan di padang mahsyar ialah mereka yang saling mencintai sesama mereka semasa di dunia kerana Allah.

Semoga kita menjadi salah seorang yang mendapat naungan di hari kiamat kerana saling cinta mencintai sesama Muslim semata-mata kerana Allah semasa kita hidup di dunia ini.


24hb Julai 2020
03hb Zulhijjah 1441H

SYURGA UNTUK PENGUNJUNG MASJID


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Syurga Untuk Pengunjung Masjid


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ


Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari." (Sahih Muslim No:1073) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Orang yang sentiasa solat waktu di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.

2.  Rasulullah SAW menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah …. mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada:

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ…..  وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (di hari Akhirat): …. seorang yang hatinya sentiasa terikat ke masjid.  (Sahih Bukhari: 660)

3.  Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid bagi kaum lelaki. Ingatlah kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam, beliau pernah berkata: 

Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) (dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)


Marilah sama-sama kita berusaha menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah, mendalami ilmu agama, dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli kariah. Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat fardhu.


24hb Julai 2020
03hb Zulhijjah 1441H

Sunday, 12 July 2020

DOA- DOA UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT

🤲DOA-DOA UNTUK MUDAHKAN URUSAN DUNIA DAN AKHIRAT🤲

Allah Swt berfirman:

اِذْ اَوَى الْفِتْيَةُ اِلَى الْـكَهْفِ فَقَا لُوْا رَبَّنَاۤ اٰتِنَا مِنْ لَّدُنْكَ رَحْمَةً وَّهَيِّئْ لَـنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدًا

"(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami."( Al-Kahf :  10).


1.Orang mukmin disuruh memperbanyakkan doa meminta apa saja kepada Allah dengan bahasa yang mudah.Menurut para ulama, doa terbaik adalah yang Allah sebutkan dalam alQuran yang pernah dibaca oleh para ambia.Justeru tunjukkan kesungguhan melalui usaha mencari ayat doa yang sesuai memenuhi kehendak hajat yang ingin disampaikan kepada-Nya.

2.Doa adalah ibadat dan tanda pengabdian diri kepada Allah kerana memohon kepada-Nya.Ia membuktikan pengiktirafan bahawa hanya Allah yang Maha Berkuasa memenuhi segala hajat manusia.Doa juga boleh menjadi kekuatan.Seterusnya mendatangkan kemudahan kepada umat Islam untuk berhadapan dengan kesukaran saperti sabda Rasulullah Saw,
الدُّعَاءُ سِلاحُ الْمُؤْمِنِ، وَعِمَادُ الدِّينِ، وَنُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ

“Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit-langit dan bumi”(HR alHakim).

3.Sesungguhnya seorang manusia itu amat lemah dan tidak mampu untuk melawan ketentuan Allah.Justeru mintalah kepada Allah supaya kehidupan seharian dipermudahkan-Nya. Pohonlah dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Hanya Allah tempat bergantung segalanya.

4.Kemudahan yang dipohon berkaitan dunia adalah berkaitan rezeki, pekerjaan, keselamatan dalam perjalanan dan permusafiran dan muamalat seharian.Bacalah doa berikut,

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

"Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan.Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu mudah, jika Engkau kehendakinya mudah."

5.Kemudahan dalam taqarrub kepada Allah meliputi kemudahan dalam mengerjakan amal ibadat seperti solat, zakat, puasa dan haji.Kemudahan yang berkaitan dengan akhirat adalah mudah pada hari mahsyar, mudah waktu amalan ditimbang di mizan dan mudah ketika meniti syirat.Kemuncak kemudahan yang dipohon adalah mudah masuk syurga tanpa hisab dengan doa berikut,


اَللّٰهُمَّ حَاسِبْنِىْ حِسَا بًا يَّسِيْرًا

"Ya Allah hisablah diri ini dengan seringan-ringan penghisaban"

6.Para pemimpin dan pendakwah yang sering bercakap dengan orang ramai, maka tetaplah istiqamah dengan doa ini,


رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

 “Ya Tuhanku, lapangkan untukku dadaku.Dan mudahkanlah untuk urusanku.Dan lepaskan kekakuan dari lidahku. Agar mereka dapat dengan mudah mengerti perkataanku.”(Taha:25-28).
Allah akan makbulkan semua permintaan dengan syarat seseorang itu mematuhi perintah-Nya. Allah Swt berfirman:


 اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّا عِ اِذَا دَعَا نِ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ

".... Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu),dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(Al-Baqarah:186).


Tazkirah Subuh:📢
Mohd Yasin Hj. Sulaiman

Thursday, 9 July 2020

JANGAN BERBUAT ZALIM DAN BAKHIL


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاكُمْ وَالظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَإِيَّاكُمْ وَالْفُحْشَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْفُحْشَ وَالتَّفَحُّشَ وَإِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّهُ دَعَا مَنْ قَبْلَكُمْ فَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ وَسَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَقَطَّعُوا أَرْحَامَهُمْ


Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak suka kekejian dan perbutan keji, janganlah berbuat kikir, kerana itu yang menyebabkan kerosakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan kehormatan, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim mereka."  (HR Ahmad No: 9202) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:

1.  Muslim dilarang melakukan kezaliman kepada dirinya dan orang lain.

2.  Perbuatan zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya mencuri, meninggalkan solat, mencela orang lain. Perbuatan ini adalah maksiat dan dosa. Kezaliman yang paling besar adalah perbuatan syirik yang tidak diampunkan oleh Allah.

3.  Allah tidak suka kepada orang yang melakukan perbuatan keji atau buruk

4.  Muslim juga dilarang bersifat kikir atau bakhil. Bakhil adalah buah dan akibat dari kecintaan kepada dunia.

5.  Orang yang bakhil akan berusaha memiliki harta dengan apa juga cara asalkan mereka dapat dan memiliki tanpa mengira dengan cara yang halal atau haram, sanggup menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim.


Jauhilah sifat zalim, keji dan bakhil.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...