Sunday, 28 February 2021

PELAKU RASUAH DILAKNAT ALLAH DAN RASUL

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Pelaku Rasuah Dilaknat Allah  dan Rasul 

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي

Daripada Abdullah bin 'Amr RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:"Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah" (HR Tirmizi : No 1337) Status: Hasan Sahih

Pengajaran:

1.  Amalan memberi dan menerima rasuah adalah perbuatan keji dan pelakunya dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.

2.  Rasuah merupakan sesuatu yang diberikan untuk membatalkan kebenaran atau untuk menegakkan kebatilan. (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 22/219) 

3.  Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun dan sebagainya.

4.  Setiap pemberian atau penerimaan sesuatu dengan jalan yang batil atau salah adalah dosa besar dan dilarang. Firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (al-Baqarah: 188)

Jangan sekali-kali terlibat dengan Rasuah yang mengakibatkan kita dilaknat oleh Allah dan Rasul. 

01hb Mac 2021
17hb Rejab 1442H

Friday, 26 February 2021

JAMINAN MASUK SYURGA

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jaminan Masuk Syurga 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW pernah bertanya: "Siapakah di antara kalian yang pagi ini sedang berpuasa?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menghantar jenazah?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah memberi makan orang miskin?" Abu Bakar menjawab: "Aku." Baginda bertanya lagi: "Siapa di antara kalian yang hari ini telah menjenguk orang sakit?" Abu Bakar menjawab, "Aku." Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah semua itu ada pada seseorang kecuali dia pasti akan masuk syurga." (HR Muslim No: 1707) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Syurga disediakan untuk mereka yang beriman dan melakukan amal yang soleh.

2.  Abu Bakar adalah contoh sahabat Rasulullah SAW yang menunjukkan amal soleh.

3.  Melaksanakan ibadat puasa adalah sebahagian daripada ibadat peribadi setiap Muslim sebagai bukti ketaatan dan keikhlasan seseorang kepada Allah.

4.  Menghantar jenazah, memberi makan kepada orang miskin dan menjenguk orang sakit merupakan kewajipan Muslim kepada masyarakat. Ia adalah sebahagian daripada penunaian tanggungjawab terhadap hak orang lain apabila kita hidup bermasyarakat.

5.  Mukmin yang melaksanakan kewajipan ibadat individu seperti solat, puasa, zakat serta kewajipan untuk cakna kepada masyarakat seperti ziarah orang sakit, menolong orang susah, pasti akan masuk syurga. 

Marilah kita menyantuni orang yang lemah seperti golongan fakir dan miskin, orang yang sakit juga anak yatim. Hidupkan budaya menziarahi atau bertanya khabar kerabat, sahabat, teman, jiran, rakan kita yang kurang sihat.

27hb Februari 2021
15hb Rejab 1442H

Thursday, 25 February 2021

MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI MUSLIM

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Menunaikan Tangungjawab Ke atas Muslim

أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة

Bahawa Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (HR Bukhari No: 2262) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain

2.  Sebagai orang Islam, perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:

a.  Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain

b.  Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi

3.  Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenan hajatnya.

4.  Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudah kehidupannya di hari kiamat

5.  Menjadi tanggungjawab seorang Muslim menutup aib atau keburukan saudara Muslim yang lain.

6.  Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan sahabatnya semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.

Jadilah kita orang yang bersifat RAHMAH dengan memelihara hak saudara Islam kita yang lain.

26hb Februari 2021
14hb Rejab 1442H

BELANJA BERAKAD

JANGAN BERI MAKAN KELUARGA DENGAN BELANJA BER AKAD BATHIL
.
.
.

Emak² : " Ayam sekilo berapa man?"
Penjual : "8 ringgit je makcik..!"

Emak² : "Alaa 7 ringgit dah la ye..!"
Penjual: "hurmm bolehla makcik 😫"

Emak² : "Hati ayam ni sekilo berapa?"
Penjual: "4 ringgit je.."

Emak² : "Minta 3 kilo ye. Sama kaki ayam setengah kilo ya.."
Penjual : "kaki ayam setengah kilo 2 ringgit je makcik.."

Emak² : "10 ringgit dah la ye. 3kilo hati ayam dengan setengah kilo kaki ayam tu..!"
Penjual : "😔bolehla makcik.."

Emak² : "Jadi total berapa bang semua..?"
Penjual : "Ayam sekilo 7ringgit + hati ayam + kaki ayam 10ringgit. Jadi semuanya 17 ringgit je makcik”

Emak² : "Alah 15 ringgit dah la ye.. beli untuk anak balik kampung je ni. Nah 20 ringgit. Meh baki dia.!" Sambil hulur tangan.
Penjual : 😭😫..

Emak²: Acik ambil pedal ini 2 ketul yaa (sambil masukkan pedal ayam dalam beg plastik)
Penjual: 😭😭😩😩
..............

✳ Wahai emak2 yg kusayangi, dalam jual beli ada 3 rukun yg perlu kita tahu iaitu:

1. Al Aqidan (penjual & pembeli)
2. Al Ma'qud alaih (wang & barang)
3. Shigat beli

▶ Shigat Akad adalah bentuk isyarat dari penjual dan pembeli yg melakukan transaksi tanpa paksaan.

Sudah ikhlaskah penjual tadi melepaskan barang jualannya ?

Jangan sampai tidak ikhlas penjual itu melepas barang jualannya menjadikan barang yg kita beli menjadi tidak diredhai kerana dilakukan dengan bathil atau memaksa penjual.

✴ “Hai orang² yg beriman, janganlah kamu memakan harta sesamamu dgn cara yg Bathil, kecuali dgn jalan perniagaan yg berlaku dengan suka sama suka di antara kamu" 
(QS.An-Nisaa:29)

Wang yg kita dapat halal, untuk beli barang yg juga halal jangan sampai rosak karena transaksinya yg tak diredhai Allah..

Semoga bermanfaat untuk bersama 🤗


-MSS (peniaga jalanan)

Tuesday, 23 February 2021

BALAS KEBURUKAN DENGAN KEBAIKAN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Balas Keburukan Dengan Kebaikan

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي ذَوِي أَرْحَامٍ أَصِلُ وَيَقْطَعُونَ وَأَعْفُو وَيَظْلِمُونَ وَأُحْسِنُ وَيُسِيئُونَ أَفَأُكَافِئُهُمْ قَالَ لَا إِذًا تُتْرَكُونَ جَمِيعًا وَلَكِنْ خُذْ بِالْفَضْلِ وَصِلْهُمْ فَإِنَّهُ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ مَا كُنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Daripada 'Amru bin Syu'aib dari bapanya dari datuknya, dia berkata; Seorang laki-laki datang menemui Rasulullah SAW lalu berkata; "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai sanak saudara, aku menyambung silaturahim tetapi mereka memutuskannya, aku memaafkan tetapi mereka berbuat zalim, aku berbuat baik tetapi mereka berbuat jahat, apakah aku harus membalas perbuatan mereka?" maka Baginda SAW menjawab: "Jangan engkau lakukan, dengan begitu bererti engkau tinggalkan mereka semua, tetapi ambillah kebaikannya dan sambunglah hubungan silaturahim dengan mereka, kerana sesungguhnya Allah akan sentiasa memberimu pertolongan selama engkau mampu konsisten begitu." (HR Ahmad No: 6648) Status: Isnad Hasan

Pengajaran:

1.  Balaslah keburukan orang lain dengan kebaikan

2.  Orang yang berusaha menghubungkan silaturahim, memaafkan perbuatan orang yang menzaliminya, sentiasa berbuat baik kepada orang lain yang berbuat buruk padanya akan sentiasa mendapat pertolongan dari Allah

3.  Segala amalan ikhlas daripada kita tetap akan mendapat ganjaran dan balasan kebaikan daripada Allah

4.  Islam melarang pelaku buruk dibalas dengan keburukan. Walaupun orang lain memutuskan silaturahim, kita diperintah menghubungkannya. Orang berbuat aniaya serta kezaliman pada kita, kita sewajarnya memaafkan mereka.

Dalam hubungan kita berkeluarga dan bermasyarakat, balaslah keburukan dengan kebaikan. Jadilah kita orang yang pemaaf dan penyambung kasih sayang.

24hb Februari 2021
12hb Rejab 1442H

Sunday, 21 February 2021

DOA PELAJAR SPM 2021

‎بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
‎ اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
‎ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
‎ أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
‎ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

Ya Allah,
Mulai 22/2/2021, anak-anak kami, anak-anak saudara kami, anak-anak sahabat kami, anak-anak didik kami akan menduduki peperiksaan SPM.
Kami bermohon kepada-Mu Ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi Ya ALLAH.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di sepanjang peperiksaan mereka berlangsung nanti Ya ALLAH… Permudahkanlah mereka menjawab semua soalan dalam setiap mata pelajaran yang mereka ambil nanti Ya ALLAH… Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah,
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah,
Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi Ya ALLAH… Semoga menjadi pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah serta menghampirkan diri mereka kepada-Mu Ya ALLAH.

Ya Allah,
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada-Mu agar akhlak anak-anak kami diperbaiki.

Ya Allah,
Kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu Ya ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan-Mu Ya ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Jauhilah mereka berada di tempat-tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka dari melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka-Mu Ya ALLAH.

Ya Allah,
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau lalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah Ya ALLAH.

Ya Allah,
Perkenankanlah doa kami ini.

‎ رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ
‎ رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ
‎ رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ
‎ رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ
ٱللّهم نجح لأبناءنا فى الإمتحان هذا العام

وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْن
‎ وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ

‎ امين يا رب العالمين 💐😊😍

JADILAH PEMURAH, PEMAAF DAN TAWADUK

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jadilah Pemurah, Pemaaf dan Tawadhuk  
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah pasti menambahkan kemuliaan kepada seorang hamba yang memiliki sifat memaafkan. Tidak ada balasan bagi seseorang yang rendah hati kepada Allah, kecuali Allah mengangkat darjatnya”  (HR Muslim No: 4689) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sedekah dalam apa jua bentuk seperti wang ringgit, barangan, makanan tidak sama sekali mengurangkan harta malah menambahkannya. 

عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ

Dari Asma RA Rasulullah SAW bersabda: Bersedekahlah, jangan engkau menghitung-hitungnya, agar Allah tidak menghitung-hitung pemberian-Nya kepadamu dan janganlah engkau mengumpul-ngumpulkannya (tidak bersedekah) agar Allah tidak kikir kepadamu” (HR Bukhari No: 2402)  Status: Hadis Sahih

2.  Orang yang memaafkan, Allah akan menambahkan kemuliaan untuknya di sisi Allah. Ambillah kesempatan untuk saling bermaafan sesama kita.

3.  Pemaaf dapat menghilangkan rasa permusuhan dan memperbanyak sahabat

4.  Pemaaf akan melahirkan sifat tawaduk, menghilangkan sifat sombong dan angkuh. Firman Allah:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ (١٩٩)

Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh. (QS. Al-A’raf 7:199)

5.  Allah mengangkat darjat kepada orang yang tawadukk.

Tawaduk ialah bersikap rendah hati iaitu sifat yang diperintahkan di dalam Islam. Di dalam Al-Quran Allah berfirman:

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ

“Dan rendahkanlah dirimu kepada kaum mukminin yang mengikutimu.” (Al Hijr: 88)

Marilah kita jadi pemurah, pemaaf dan rendah hati

22hb Februari 2021
10hb Rejab 1442H

BACAAN DOA BUAT PELAJAR SPM

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian daripada *Ust. Zahazan Mohamed*
(YDP PIBG SMKAKL)

1.* *Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa.*

2. *Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang*.

3. *Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak*.

4. *Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi*.

5. *Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab*.

6. *Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain*.

7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, memadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah Alam Nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13 

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ...
 
Wallahua'lam.

#buat semua calon PEPERIKSAAN  SPM, STPM, STAM, 2020 *DOA MENDUDUKI EXAM....*

Keluar rumah: 
*بِسْمِ ٱللَّهِ تَوَکَّلْتُ عَلَى ٱللَّهُ*
Otw :
*يَا ذَٱلْجَلَالِ وَٱلْإِكْرَامِ*
Msuk dewan periksa  :  
*سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ*
Duduk : 
*إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ*
Buka kertas soalan  : 
*ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ*
Jawab soalan : 
*إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا* 
Soalan susah  :          
*وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا*
Check jawapan :         
*إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلٍيمًا*
Hantar  : 
*وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ يَسِيرًا*
ٰ
Share utk anak2 kita yg akn menduduki exam  SPM pada 22.2.2021

Saturday, 20 February 2021

DOA MENDUDUKI EXAM SPM 2021

Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan..
Perkongsian daripada *Ust. Zahazan Mohamed*
(YDP PIBG SMKAKL)

1. Hari exam ibubapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan utk mereka & sekalian org Islam sepanjang puasa.

2. Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang.

3. Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak.

4. Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.

5. Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan, Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab.

6. Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain.

7. Ingat ! Jangan sekali2 menjadikan anak stres dengan permintaan2 yang luarbiasa, memadailah kata2 berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.

Antara surah yg digalakkan utk baca,

1. Surah Alam Nasyrah
2. Surah al Hasyr ayat 21-24
3. Surah al Rahman 1-13 

Niatkan semasa membaca surah2 ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dgn cemerlang ...
 
Wallahua'lam.

#buat semua calon PEPERIKSAAN  SPM, STPM, STAM, 2020 *DOA MENDUDUKI EXAM....*

Keluar rumah: 
*بِسْمِ ٱللَّهِ تَوَکَّلْتُ عَلَى ٱللَّهُ*
Otw :
*يَا ذَٱلْجَلَالِ وَٱلْإِكْرَامِ*
Msuk dewan periksa  :  
*سَلٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبِّ ٱلرَّحِيمِ*
Duduk : 
*إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينَ*
Buka kertas soalan  : 
*ٱهْدِنَا ٱلصِّرَاطَ اٱلْمُسْتَقِيمَ*
Jawab soalan : 
*إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا* 
Soalan susah  :          
*وَكَانَ ذٰلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيرًا*
Check jawapan :         
*إِنَّ ٱللَّهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلٍيمًا*
Hantar  : 
*وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَىٰ بِٱللَّهِ يَسِيرًا*
ٰ
Share utk anak2 kita yg akn menduduki exam  SPM pada 22.2.2021

#insyaAllahusahadantawakallahkpdAllah

PENUHI HAK ORANV LAIN

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penuhi Hak Orang Lain 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتُؤَدُّنَّ الْحُقُوقَ إِلَى أَهْلِهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُقَادَ لِلشَّاةِ الْجَلْحَاءِ مِنْ الشَّاةِ الْقَرْنَاءِ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW: "Semua hak itu pasti akan dipenuhi (dibalas) pada hari kiamat kelak, hingga kambing bertanduk pun akan dituntut untuk dibalas oleh kambing yang tidak bertanduk (kerana patah)."(HR Muslim No: 4679) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Perbuatan yang dilakukan oleh seseorang tidak akan ‘pernah’ luput dari pengawasan Allah SWT. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dariNya dan setiap kesalahan yang dilakukan oleh seseorang, Allah tidak akan membiarkannya begitu saja, semuanya perlu ‘ditebus’ di akhirat nanti.

2.  Kezaliman yang tidak selesai semasa didunia (tidak mendapat kemaafan atau balasan yang sepatutnya) akan terus berlanjutan dan akan diputuskan nanti di hari kiamat di hadapan Allah. Sekecil manapun kezaliman itu. Bahkan kezaliman seekor kambing yang menanduk kambing yang lainnya akan diadili oleh Allah. 

3.  Jika kezaliman yang dilakukan pada haiwan akan diadili oleh Allah di hari kiamat, maka apatah lagi kezaliman yang terjadi di antara manusia sudah pasti lebih layak untuk diadili dan diberi balasan sewajarnya. 

4.  Berusahalah menjaga hak orang lain yang menjadi tanggungjawab kita. 

5.  Tunaikanlah amanah dan tanggungjawab yang diberi kepada kita yang merupakan hak orang lain terutama kepada orang yang menuntutnya. Jangan sekali-kali berlaku zalim dengan menafikan hak mereka atau menganiaya mereka.

21hb Februari 2021
09hb Rejab 1442H

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...