Sunday, 16 December 2012

iPhone Dilancarkan Di Malaysia



Apple telah melancarkan telefon pintar (smartphone) terbaru keluaran
syarikat tersebut iaitu iPhone 5 di Yerba Buena Center for the Arts, San Francisco
dengan slogan “The biggest thing to happen to iPhone since iPhone”
pada 13 September 2012.

Walaubagaimanapun, difahamkan pelancaran iPhone 5 secara rasmi
di Malaysia pada 14 Disember 2012. Ini kerana Malaysia tidak dimasukkan ke senarai
22 negara yang menerima iPhone 5 pada sesi penjualan rasmi kedua.
Kenapa bulan Disember? Sebab Apple mengatakan iPhone 5 akan dibawa masuk
secara rasmi ke 100 buah negara menjelang akhir tahun 2012.


Jika Anda mahu dapatkan iPhone 5 sekarang, boleh beli pada harga RM3500-RM3900
secara online di Lelong Malaysia (model dari Hong Kong) atau pergi ke kedai-kedai
sekitar selatan negeri Johor kerana iPhone di sana adalah iPhone 5 asli yang
dibawa dari Singapura.

INFO iPHONE5
iPhone 5 akan dikuasakan oleh processor ARM Cortex-A15 dwi-teras (dual core)
beserta cip pemprosesan Apple A6. Kuasa Apple A6 ini dikatakan adalah
dua kali ganda berbanding cip pemprosesan Apple A5 yang terdapat pada iPhone 4S.
iPhone 5 akan menggunakan sistem operasi terkini iaitu Apple iOS 6.

Skrin iPhone 5 pula adalah bersaiz 4 inci dengan paparan Retina dan
mempunyai resolusi 1136 x 640 piksel dengan pixel density 326ppi.
Apple iPhone 5 juga turut dilengkapi dengan kamera belakang 8 Megapiksel
beserta Flash LED dan aperture bersaiz F2.4.
Video berformat Full HD 1080p
pada kadar 30 frame per second (fps) juga mampu dirakam dengan kamera ini.
Kamera hadapannya pula adalah beresolusi 1.2 Megapiksel untuk tujuan
panggilan video ataupun penggunaan Facetime

iPhone 5 ditawarkan dalam 3 pilihan memori dalaman (internal memory) iaitu
16GB, 32GB serta 64GB. Dan seperti produk Apple yang lain, tidak ada slot
kad microSD untuk ruangan memori tambahan.
Dimensi iPhone 5 adalah bersaiz 123.8 x 58.6 x 7.6 mm (panjang x lebar x tebal)
dan seberat 112 gram. Dan dengan kerangka luaran iPhone 5 ini yang diperbuat
sepenuhnya dari aluminium dan gelas ianya adalah 18% lebih nipis dan 20% lebih ringan
 berbanding iPhone 4S.
Seiring dengan pelancaran iPhone 5 ini, Apple juga turut
mengumumkan secara rasmi headphone baru yang telah direkabentuk semula dan
dikenali sebagai Apple EarPods. EarPods yang dilengkapi dengan remote dan mic ini
akan disertakan sekali di dalam pakej iPhone 5 itu nanti.


Promosi daripada Maxis.........


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...