Tuesday, 4 December 2012

Amalan Muslim

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.


Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: Sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri sembahyang maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua bahunya maka setiap kali dia rukuk atau sujud berjatuhanlah dosa-dosa itu. - Riwayat Atthabarani & Albaihaqi dari Ibnu Umar r.a.





Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...