Monday, 21 October 2013

Taman Tema Angry Birds Pertama Asia Tenggara Di Johor Bahru City Centre (JBCC)


Iskandar Malaysia terus menarik minat pemaju taman tema global apabila Taman Aktiviti Angry Birds yang pertama di Asia Tenggara akan dibuka di wilayah pembangunan ekonomi itu. 

Taman tema keluarga berkonsepkan dalam bangunan itu akan dibuka di Kompleks Pusat Bandar Johor Bahru (JBCC) yang dulunya dikenali sebagai Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). 

Ia akan dimajukan Damansara Assets Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Johor Corporation (JCorp) dengan kerjasama pengasas permainan Angry Birds, Rovio Entertainment Ltd yang berpangkalan di Finland. 

Taman aktiviti seluas 2,415 meter persegi yang dijangka beroperasi tahun depan itu, bakal menyediakan hiburan dalam bentuk baru kepada peminat watak Angry Birds. Taman tema aktiviti itu dijangka bakal menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara yang meminati watak Angry Birds untuk datang ke Johor. 


Pembangunan semula KOMTAR kepada JBCC  merangkumi dua menara pejabat, sebuah hotel dan pusat membeli-belah. Pembangunan semula ini menyaksikan badan pelaburan kerajaan negeri melabur lebih daripada RM1 bilion dan menyasarkan untuk menghidupkan semula kawasan pusat perniagaan Johor Bahru. 

Kerja pembangunan semula itu sudah hampir 50% disiapkan. Kompleks JBCC yang menyediakan ruang seluas 37,625 meter persegi dijadual dibuka kepada orang ramai pada Mei tahun depan.



kita tunggu sampai siap.....

1 comment:

  1. nak goda-goda mr. hubby la...mana tahu dia nak ajak ke sini nanti...kikikiki

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...