Thursday, 26 June 2014

Cara Menjual Rumah Kepada Pembeli Ketiga


Ada bbrp orang tanya aku proses nak jual rumah… susah nak jawab tu.. sebab cerita dia panjang jugak.. dan berbeza ikut lokasi.. jenis rumah.. status tanah.. status… status… kat bawah ni apa yg aku bleh kongsi serba sikit cara-caranya…
ni kess bg yg tak mau guna broker le.. kalau malas nak pikir..  sila guna broker yg berdaftarr.. up le sikit harga tu utk fees broker.. tapi jgn tinggi sangat… susah nak juall nanti…
OK ni step dia… yg biasa aku buat…
Utk dapatkan dia punya harga..
1. fotosstat  s & p  & salinan geran umah (kalau ada), bawak pelan lantai umah.. scan sekali… scan dan gunakan format PDF… (senang nak emel nanti)
2. senaraikan sebarang renovation contoh ada pasang  wardrobe ke kitchen cabinet ker dll.. tambah dapor ke.. .
3. Pegi ke mana2 bank, cari yg bahagian pinjaman perumahan.. cakap nak jual rumah tu, mintak diorang value umah tu)…
4. Takpon tanya je orang sekitar tu nak jual berapa rumah ni… tanya agen pon buleh.. dia terus boleh tahu berapa harga…. boleh jugak tengok umah2 yg berdekatan & sama jenis, yg nak dijual. survey harga yg orang lain offer nak jual, dari situ pun boleh agak2 dah.
Proses Seterusnya
1. Iklan .. Letak banner kat pintu ke kat pagar ke.. kat tingkap ke… tulis.. FOR SALE.. untuk dijual.. dan letak no phone sekali..
2. View… bila org tepon.. setkan masa untuk jumpa/ view rumah tu… jumpa serentak pon boleh kalau ada ramai orang nak tengok…
3.   Booking… Kalau dah ada yg minat… mintak mereka bagi booking.. biasa book 2-3% daripada harga rumah.. lepas pembeli bagi booking.. keluarkan resit.. beli je resit kat kedai runcit 2 hengget tu.. tt resit.. 2 2 tandatangan lagi bagus..
atau tulis je atas kertas… saya (nama) mau jual ini rumah kepada (nama & IC) dengan harga … dan (nama) telah membayar deposit dengan harga …..  lepas tu.. ke 2 2 pihak tandatangan.. .
4. Proses Loan .. berikan SNP perjanjian jual beli lama.. ic fotosstat.. dan surat mengatakan nak jual rumah tu dengan harga berapa.. untuk pembeli nak masuk loan.. dan nak urusan dengan lawyer.. btau buat loan cepat.. kalau tak deposit hangus… bagi tempoh 2 minggu atau paling lama pon sebulan.. kalau dia datang cakap xjadi beli umah tu.. hanguslah deposit.. kalau dia cakap loan tak lepas… bagi le balik deposit tu.. bukan salah dia pon.. dah bank tak nak bagi loan… tu kena pastikan masa nak ambik booking tu… orang yg layak dan xda masalah sangat dgn bank nih..
5. SNP.. pilih peguam utk draf SNP (perjanjian jual beli).. suruh peguam sediakan… utk snp yg baru ni pembeli yg kene bayar.. buat snp ni bila loan dah lepas.. atau semasa pembeli dalam proses nak dapatkan loan…  bila dah puas hati dengan snp tu… set masa dengan pembeli.. utk sama-sama tandatangan agreement snp tu depan lawyer..
6. Down Payment.. semasa tandatangan agreement snp tu… pembeli perlu bayar baki bayaran d/p sebanyak 10%… bila dah tt tu… folo up je dengan lawyer.. dalm 2-3 bulan settle le tu..
7. Tempoh… biasanya kalau rumah freehold.. 2-3 bulan akan settle… kalau tak settle lepas bulan ke 3.. pembeli akan dikenakan caj 8-10% setahun dengan caj daily rate.. banyak gak tu… kalau rumah harga 100k.. sehari lewat.. dekat 30 hengget satu hari… kalau sebulan lewat?.. aku pernah kene.. lewat 8 bulan… hahah.. kali sendiri le..
Tapi bagi rumah leasehold.. dia kan kira tempoh 3 bulan bermula daripada mendapat concern dari pejabat tanah… maknanya kalau 5 bulan baru dapat concern.. tempoh 3 bulan tu start dari hari pertama dapat concern tersebut..
8.. Disburse… lepas dah selesai suma proses tu… tggu je le duit balance dari bank.. banyak tu… duit baki harga jualan tolak dengan d/p tolak dengan baki hutang… sebab rumah akan naik harga.. kita bayar bulanan kat bank… utang dah makin kecik…
Model DENAH RUMAH MINIMALIS Idaman Wallpaper

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...