السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
SEMBELIHAN KORBAN SELEPAS SOLAT SUNAT HARI RAYA
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ، وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِينَ
Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata: Nabi SAW bersabda:
> “Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 5120)
Status: Sahih
Pengajaran Hadis:
1. Penyembelihan korban adalah amal yang sangat disukai Allah pada Hari Raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) bagi setiap Muslim yang berkemampuan.
2. Ibadah korban mestilah dilakukan selepas solat sunat Hari Raya Eidul Adha.
3. Sembelihan yang dilakukan sebelum solat sunat hari raya tidak dikira sebagai korban, sebaliknya hanya menjadi sembelihan biasa untuk makan.
4. Waktu sah ibadah korban bermula selepas solat sunat Eidul Adha pada 10 Zulhijjah sehingga sebelum Maghrib 13 Zulhijjah (hari tasyrik terakhir).
5. Laksanakan ibadah korban dengan memilih binatang terbaik berdasarkan kemampuan, serta pastikan kaedah sembelihan dan pengagihan daging dilakukan dengan sempurna dan patuh SOP yang ditetapkan.
Semoga Allah menerima ibadah korban kita semua dan menjadikannya asbab ketakwaan.
09 Zulhijjah 1446H | 06 Jun 2025M
No comments:
Post a Comment