Tuesday, 3 June 2025

HARI ARAFAH – DIAMPUNKAN DOSA & WAKTU DOA MUSTAJAB

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

HARI ARAFAH – DIAMPUNKAN DOSA & WAKTU DOA MUSTAJAB

عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَإِنَّهُ لَيَدْنُو، ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمُ الْمَلَائِكَةَ، فَيَقُولُ: مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ

Daripada Ibnul Musayyab, beliau berkata bahawa Aisyah RA berkata:
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada hari di mana Allah lebih banyak membebaskan hamba daripada api neraka selain Hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu membanggakan mereka di hadapan para malaikat, lalu Allah berfirman: Apakah yang dikehendaki oleh mereka itu?”

[Hadis Riwayat Muslim, no. 3354 | Hadis Sahih]


---

Pengajaran:

1. Hari Arafah adalah hari pembebasan daripada api neraka.
Ibnu Rajab Al-Hambali menyatakan bahawa Allah akan membebaskan daripada neraka sesiapa yang wukuf di Arafah dan juga umat Islam yang tidak menunaikan haji pada hari tersebut. Maka, Hari Raya Aidiladha keesokannya menjadi hari kegembiraan bagi semua umat Islam.


2. Disunatkan berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang tidak menunaikan haji. Ia antara amalan utama yang dianjurkan pada hari tersebut.


3. Hari Arafah adalah waktu paling mustajab untuk berdoa.
Sabda Nabi SAW:

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang aku dan para nabi sebelumku pernah lafazkan ialah:
Lā ilāha illallāh, waḥdahū lā syarīka lah, lahul mulku walahul ḥamdu, wa huwa 'alā kulli syai’in qadīr."

[Hadis Riwayat Tirmizi, no. 3509 | Hadis Hasan]


4. Bagi jemaah haji, doa paling mustajab ialah selepas tergelincir matahari 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah ketika wukuf di Arafah.


5. Bagi yang tidak mengerjakan haji, keutamaan doa tetap ada kerana kelebihan itu adalah pada hari Arafah. Namun, bagi mereka yang berada di Arafah, mereka menggabungkan keutamaan masa dan tempat.


6. Antara zikir terbaik pada Hari Arafah:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ




---

Rebut peluang Hari Arafah dengan:

Berpuasa sunat (bagi yang tidak menunaikan haji)

Memperbanyak doa & zikir



---

🗓️ 07 Zulhijjah 1446H | 04 Jun 2025M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...