Tuesday, 24 June 2025

ZIKIR DAN DOA SELEPAS SALAM

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

ZIKIR DAN DOA SELEPAS SALAM

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّهُ كَتَبَ إِلَى مُعَاوِيَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلَاةِ وَسَلَّمَ قَالَ:

> لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ



Maksudnya:
Mughirah bin Syu'bah pernah menulis kepada Muawiyah bahawa apabila Rasulullah SAW selesai solat dan mengucapkan salam, baginda membaca:
“Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah segala kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada siapa yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan, dan tiada siapa yang dapat memberi apa yang Engkau halang. Dan tidak berguna kekayaan atau kedudukan seseorang di sisi-Mu.”

Sumber Hadis:
Hadis Riwayat Muslim, No. 933 | Hadis Sahih


---

Pengajaran Hadis:

1. Antara amalan yang dianjurkan selepas solat ialah berzikir dan berdoa.


2. Zikir ini termasuk dalam amalan sunat selepas solat fardu, mengandungi pujian kepada Allah dan pengakuan kepada kekuasaan-Nya.


3. Lafaz ini menyemai keimanan terhadap tauhid, qadha’ dan qadar Allah serta mendidik jiwa menjadi lebih tawaduk dan bersyukur.


4. Hadis ini juga mengingatkan bahawa kekayaan dan pangkat tidak memberi manfaat jika tanpa reda Allah SWT.


5. Doa adalah kemuliaan tertinggi seorang hamba di sisi Allah SWT.

> لَيسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
Maksudnya: Tidak ada yang paling mulia di sisi Allah daripada doa. (HR Ahmad No: 362)




6. Amalan zikir ini mendekatkan diri kepada Allah, mendatangkan ketenangan jiwa serta perlindungan daripada kesusahan dunia dan akhirat.




---

🗓️ 28 Zulhijjah 1446H | 25 Jun 2025M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...