السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
SUNAT TAKBIR RAYA BERMULA 9HB ZULHIJJAH
عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ
Daripada Ali dan Ammar RA:
Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah).
(HR al-Hakim, No: 1111) – Isnad Sahih
Pengajaran:
1. Bagi yang tidak mengerjakan haji, sunat bertakbir raya (Takbir Muqayyad) bermula selepas solat Subuh 9hb Zulhijjah hingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah. Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Imam al-Nawawi dalam al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar dan Raudhah al-Talibin.
2. Takbir Muqayyad ialah takbir yang dilafazkan selepas solat fardu, sunat, qada’, tunai, dan solat jenazah.
3. Sunat terus bertakbir sejurus selepas setiap solat dalam tempoh tersebut tanpa ditangguhkan.
4. Zikir selepas solat sunat dilewatkan dan didahulukan dengan takbir terlebih dahulu dalam tempoh ini.
Marilah kita menghidupkan syiar takbir melalui Takbir Muqayyad dan Takbir Mursal, sebagai tanda syukur dan pengagungan kepada Allah SWT.
📅 08 Zulhijjah 1446H | 05 Jun 2025M
No comments:
Post a Comment