Saturday, 24 October 2026

Mukmin Paling Utama dan Bijaksana

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
*Mukmin Paling Utama dan Bijaksana*
 
عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ كُنْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَسَلَّمَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَفْضَلُ قَالَ أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا قَالَ فَأَيُّ الْمُؤْمِنِينَ أَكْيَسُ قَالَ أَكْثَرُهُمْ لِلْمَوْتِ ذِكْرًا وَأَحْسَنُهُمْ لِمَا بَعْدَهُ اسْتِعْدَادًا أُولَئِكَ الْأَكْيَاسُ
 
_*Daripada Ibnu Umar RA bahawa dia berkata; Aku pernah bersama Rasulullah SAW, kemudian datang seorang laki-laki Ansar, lalu mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya; "Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?" Baginda menjawab: "Orang yang paling baik akhlaknya." Lelaki itu bertanya lagi; "Siapakah orang mukmin yang paling cerdik?" Baginda menjawab: "Orang yang paling banyak mengingati kematian, dan yang paling baik persediaannya selepas kematian. Mereka itulah orang yang benar-benar cerdik."*_ (HR Ibnu Majah No: 4249) Status: Hadis Hasan
 
*Pengajaran:*
 
1.    Kemuliaan seorang Mukmin sangat berkait dengan keindahan akhlaknya.
 
2.    Akhlak yang baik merupakan tanda kesempurnaan dan kematangan iman. Mukmin yang utama ialah yang paling baik akhlaknya
 
3.    Kecerdikan menurut Islam bukan hanya kecerdasan intelektual, tetapi kebijaksanaan menyediakan bekalan untuk akhirat. Mukmin yang cerdik ialah yang paling banyak mengingati kematian dan bersedia menghadapinya.
 
4.    Mengingati kematian bukan untuk melemahkan semangat hidup, tetapi untuk menjadikan kehidupan lebih bermakna dan bertanggungjawab.
 
5.    Mengingati mati hendaklah menghasilkan tindakan berupa taubat, ibadah, amal soleh dan penyelesaian hak sesama manusia.
 
6.    Mengingati mati membantu melembutkan hati, mengurangkan kecintaan melampau kepada dunia dan mendorong seseorang melakukan persediaan untuk akhirat.
 
7.    Orang yang sedar bahawa dirinya akan menghadap Allah akan lebih berhati-hati terhadap dosa dan kezaliman.
 
8.    Dunia hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyediakan bekalan akhirat, bukan dianggap sebagai destinasi terakhir.
 
9.    Orang yang benar-benar cerdik ialah orang yang memikirkan bukan sahaja bagaimana dia mahu hidup, tetapi bagaimana dia mahu mengakhiri kehidupan dan dalam keadaan bagaimana dia mahu bertemu Allah SWT.
 
14hb Jamadil Awal 1448H
25hb Oktober 2026M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...