Sunday, 29 June 2025

SYURGA UNTUK PENGUNJUNG MASJID

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

SYURGA UNTUK PENGUNJUNG MASJID

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ، أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda:
"Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari."

(Hadis Riwayat Muslim, No: 1073) – Hadis Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Orang yang sentiasa solat berjemaah di masjid pagi dan petang akan disediakan tempat istimewa di syurga oleh Allah SWT.


2. Rasulullah SAW menyebut antara tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di Hari Kiamat adalah mereka yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid, sebagaimana sabda Baginda:
"وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ" – (Sahih Bukhari, No: 660)


3. Solat berjemaah di masjid sangat dituntut bagi kaum lelaki. Kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi, keturunan Ibn Qudamah, menjadi teladan: beliau tidak pernah solat fardhu sendirian kecuali dua kali dalam hidupnya, dan beliau masih merasa seolah belum melaksanakannya.


4. Ketibaan Rasulullah SAW ke Quba dalam peristiwa hijrah dimulakan dengan membina masjid. Ini menunjukkan peranan besar masjid sebagai pusat pembentukan masyarakat.


5. Melazimi ke masjid adalah tanda keimanan. Ia menyemai rasa cinta kepada rumah Allah, mendidik disiplin beribadah, dan membina keikhlasan dalam meraih redha-Nya.



04 Muharam 1447H | 30 Jun 2025M

Saturday, 28 June 2025

Membangun dan Mengimarahkan Masjid

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

*Membangun dan Mengimarahkan Masjid*

عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

_*Daripada Umar Ibnul Khatthab RA ia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa membangunkan masjid yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di syurga."*_ (Sunan Ibnu Majah No: 727) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Allah memberikan ganjaran yang besar kepada sesiapa yang membina masjid dengan ikhlas semata-mata untuk digunakan di dalamnya bagi mengingati Allah.

2.  Orang yang membangunkan masjid ini tergolong dalam kalangan pemakmur masjid Allah. Firman Allah: 

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Maksudnya: *Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang  beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)”* (Surah At-Taubah: 18).

3.  Ibnu al-Jauzi dalam Zaadul Masiir (3/408) berkata: yang dimaksudkan dengan *“memakmurkan”* dalam ayat di atas ialah mereka yang:

a.  Selalu mendatangi masjid dan beribadat di dalamnya 

b.  Membangun masjid dan memperbaikinya.

4.  Masjid perlu dibangunkan fizikal serta rohnya (program dan aktiviti yang mendekatkan seseorang kepada Allah). Orang yang membangunkan masjid akan diberi ganjaran mahligai di syurga.

5.  Perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa hijrah adalah membina Masjid. Dimulakan dengan masjid Quba dan diikuti dengan Masjid Madinah. Masjid dijadikan tempat menghimpunkan rakyat, merapatkan ukhuwah, menyampaikan dakwah, mengajarkan al-Quran serta mengurus pemerintahan. 

6.  Jangan jadikan masjid seperti *gajah puteh*. Kata Saidina Ali: Akan datang suatu zaman ke atas manusia, tidak kekal di dalam Islam kecuali namanya sahaja dan tidak kekal dalam ajaran al-Quran melainkan tinggal tulisannya sahaja, masjid yang besar dan indah dibangunkan di sana sini tetapi manusia tidak mengambil petunjuk daripadanya.

Marilah sempena Sambutan Hijrah 1447 ini kita mencontohi kejayaan dan kegemilangan Rasulullah SAW membangunkan Negara Islam Madinah dengan dimulakan di masjid. Jom ikat diri kita dengan masjid. Mengimarahkan Masjid Tanggungjawab Kita.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1447
*Membangun Ummah Madani*

03hb Muharam 1447H
29hb Jun 2025M

Friday, 27 June 2025

NIAT DAN HIJRAH KERANA ALLAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

NIAT DAN HIJRAH KERANA ALLAH

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Daripada Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab RA, dia berkata:

"Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang ia inginkannya atau wanita yang ingin dikahwininya maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya (yang dia niatkan).”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 1) — Hadis Sahih


---

Pengajaran Hadis:

1. Setiap amal atau perbuatan seseorang itu bergantung kepada niat.

2. Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya sesuatu amal perbuatan. Amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat yang benar dan ikhlas kerana Allah.

3. Ikhlas melakukan sesuatu amal semata-mata kerana Allah adalah dituntut dalam semua amal dan ibadah.

4. Ganjaran pahala seorang mukmin akan diberi berdasarkan kadar dan keikhlasan niatnya.

5. Orang yang berhijrah atau melakukan sesuatu perbuatan kerana dunia, maka dia hanya akan dapat dunia yang diinginkan.

6. Orang yang berhijrah kerana wanita, dia hanya akan dapat apa yang diniatkannya itu.

7. Orang yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan memperoleh ganjaran dan reda Allah serta pahala akhirat.

8. Hijrah bukan hanya fizikal, tetapi juga spiritual – meninggalkan sesuatu yang buruk dan dilarang kepada sesuatu yang lebih baik dan diredai Allah.

9. Lakukanlah apa juga amal kebaikan dengan niat yang ikhlas kerana Allah. Berusahalah untuk terus melakukan hijrah kepada kebaikan serta meninggalkan segala perkara yang buruk dan berdosa.


---

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1447H
Membangun Ummah Madani

📅 02 Muharam 1447H | 28 Jun 2025M

Thursday, 26 June 2025

MUHARRAM BULAN AFDHAL PUASA SELEPAS RAMADHAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MUHARRAM BULAN AFDHAL PUASA SELEPAS RAMADHAN

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ، وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Puasa yang paling afdhal selepas puasa bulan Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Dan sesungguhnya solat yang paling afdhal selepas solat fardhu ialah solat malam (Tahajud).

(Hadis Riwayat Abu Daud, No. 2429)
Status: Hadis Sahih


---

Pengajaran Hadis:

1. Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan pada bulan Muharram ialah memperbanyakkan puasa sunat.


2. Puasa sunat paling afdhal selepas Ramadhan ialah puasa di bulan Muharram.


3. Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa selepas Ramadhan, lalu baginda bersabda:
إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ، فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ
"Sekiranya kamu hendak berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah di bulan Muharram kerana ia adalah bulan Allah."
(HR Tirmizi No. 741)


4. Gelaran "bulan Allah" menunjukkan kemuliaan dan keistimewaan Muharram.


5. Imam Nawawi menyatakan bahawa Muharram adalah antara bulan terbaik untuk memperbanyakkan puasa sunat, termasuk hari Tasu’a (9 Muharram) dan Asyura (10 Muharram).


6. Solat sunat paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat malam seperti Tahajud dan Witir.


7. Amalan sunat yang dilakukan dengan ikhlas dan berterusan selepas amalan fardhu adalah cara mendekatkan diri kepada Allah.


8. Antara puasa sunat yang disyorkan dalam bulan ini:

Puasa Isnin & Khamis

Puasa Hari Putih (13, 14 & 15 Muharram)

Puasa Tasu’a (9 Muharram) & Asyura (10 Muharram)





---

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1447H
Membangun Ummah Madani

📅 01 Muharram 1447H
📆 27 Jun 2025M

Wednesday, 25 June 2025

HIJRAH UNTUK KESEJAHTERAAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

HIJRAH UNTUK KESEJAHTERAAN

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Daripada Abdullah bin Amru RA daripada Nabi SAW bersabda:
"Seorang Muslim ialah orang yang orang Islam lain selamat daripada gangguan lidah dan tangannya. Dan seorang Muhajir (penghijrah) ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah."
(Hadis Riwayat al-Bukhari, No: 9)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Seorang Muslim sejati menjaga tutur kata dan perbuatan agar tidak menyakiti orang lain.


2. Iman yang sempurna mendorong kepada kejujuran, amanah, dan menjauhi kezaliman terhadap orang lain.


3. Hijrah hakiki ialah meninggalkan dosa dan maksiat menuju ketaatan dan kebaikan.


4. Setiap Muslim dituntut untuk berhijrah daripada sifat tercela kepada sifat terpuji seperti meninggalkan riak, hasad dan takabur.


5. Hijrah dan perubahan memerlukan pengorbanan, sebagaimana sahabat Nabi SAW yang berhijrah dari Mekah ke Madinah.


6. Muslim sejati bukan hanya menjaga hubungan dengan Allah, tetapi juga menjaga akhlak sesama manusia.


7. Mari kita berazam untuk melakukan hijrah dalaman – dari lalai kepada taat, dari buruk kepada lebih baik – demi keredhaan Allah.



📌 29 Zulhijjah 1446H | 26 Jun 2025M

Tuesday, 24 June 2025

ZIKIR DAN DOA SELEPAS SALAM

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

ZIKIR DAN DOA SELEPAS SALAM

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّهُ كَتَبَ إِلَى مُعَاوِيَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلَاةِ وَسَلَّمَ قَالَ:

> لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ



Maksudnya:
Mughirah bin Syu'bah pernah menulis kepada Muawiyah bahawa apabila Rasulullah SAW selesai solat dan mengucapkan salam, baginda membaca:
“Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah segala kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada siapa yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan, dan tiada siapa yang dapat memberi apa yang Engkau halang. Dan tidak berguna kekayaan atau kedudukan seseorang di sisi-Mu.”

Sumber Hadis:
Hadis Riwayat Muslim, No. 933 | Hadis Sahih


---

Pengajaran Hadis:

1. Antara amalan yang dianjurkan selepas solat ialah berzikir dan berdoa.


2. Zikir ini termasuk dalam amalan sunat selepas solat fardu, mengandungi pujian kepada Allah dan pengakuan kepada kekuasaan-Nya.


3. Lafaz ini menyemai keimanan terhadap tauhid, qadha’ dan qadar Allah serta mendidik jiwa menjadi lebih tawaduk dan bersyukur.


4. Hadis ini juga mengingatkan bahawa kekayaan dan pangkat tidak memberi manfaat jika tanpa reda Allah SWT.


5. Doa adalah kemuliaan tertinggi seorang hamba di sisi Allah SWT.

> لَيسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
Maksudnya: Tidak ada yang paling mulia di sisi Allah daripada doa. (HR Ahmad No: 362)




6. Amalan zikir ini mendekatkan diri kepada Allah, mendatangkan ketenangan jiwa serta perlindungan daripada kesusahan dunia dan akhirat.




---

🗓️ 28 Zulhijjah 1446H | 25 Jun 2025M

ZIKIR DAN DOA SELEPAS SALAM

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

ZIKIR DAN DOA SELEPAS SALAM

عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، أَنَّهُ كَتَبَ إِلَى مُعَاوِيَةَ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلَاةِ وَسَلَّمَ قَالَ:

> لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، اللَّهُمَّ لَا مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلَا مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلَا يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ



Maksudnya:
Mughirah bin Syu'bah pernah menulis kepada Muawiyah bahawa apabila Rasulullah SAW selesai solat dan mengucapkan salam, baginda membaca:
“Tiada Tuhan melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya. Milik-Nyalah segala kerajaan dan segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada siapa yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan, dan tiada siapa yang dapat memberi apa yang Engkau halang. Dan tidak berguna kekayaan atau kedudukan seseorang di sisi-Mu.”

Sumber Hadis:
Hadis Riwayat Muslim, No. 933 | Hadis Sahih


---

Pengajaran Hadis:

1. Antara amalan yang dianjurkan selepas solat ialah berzikir dan berdoa.


2. Zikir ini termasuk dalam amalan sunat selepas solat fardu, mengandungi pujian kepada Allah dan pengakuan kepada kekuasaan-Nya.


3. Lafaz ini menyemai keimanan terhadap tauhid, qadha’ dan qadar Allah serta mendidik jiwa menjadi lebih tawaduk dan bersyukur.


4. Hadis ini juga mengingatkan bahawa kekayaan dan pangkat tidak memberi manfaat jika tanpa reda Allah SWT.


5. Doa adalah kemuliaan tertinggi seorang hamba di sisi Allah SWT.

> لَيسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللهِ تَعَالَى مِنَ الدُّعَاءِ
Maksudnya: Tidak ada yang paling mulia di sisi Allah daripada doa. (HR Ahmad No: 362)




6. Amalan zikir ini mendekatkan diri kepada Allah, mendatangkan ketenangan jiwa serta perlindungan daripada kesusahan dunia dan akhirat.




---

🗓️ 28 Zulhijjah 1446H | 25 Jun 2025M

Monday, 23 June 2025

ZIKIR KETIKA IKTIDAL DAN KEUTAMAAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

ZIKIR KETIKA IKTIDAL DAN KEUTAMAAN

عَنْ رِفَاعَةَ بْنِ رَافِعٍ الزُّرَقِيِّ، قَالَ: "كُنَّا يَوْمًا نُصَلِّي وَرَاءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمَّا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ قَالَ: سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ"، قَالَ رَجُلٌ وَرَاءَهُ: رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ، فَلَمَّا انْصَرَفَ، قَالَ: «مَنِ المُتَكَلِّمُ؟» قَالَ: أَنَا، قَالَ: «رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ".

Daripada Rifa‘ah bin Rafi‘ al-Zuraqi RA, katanya:
“Pada satu hari kami solat di belakang Nabi SAW. Apabila Baginda mengangkat kepalanya dari rukuk, Baginda bersabda: “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” (Allah mendengar sesiapa yang memuji-Nya). Lalu seorang lelaki di belakang Baginda membaca: “رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ”. Setelah selesai solat, Nabi SAW bertanya: “Siapa yang mengucapkan kalimah itu?” Lelaki itu berkata: “Saya.” Baginda bersabda: “Aku melihat lebih tiga puluh malaikat berebut untuk mencatatkannya terlebih dahulu.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, No: 799)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Memuji Allah dengan pujian yang ikhlas adalah bentuk ibadah yang besar ganjarannya.


2. Ucapan "رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ، حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ" dianjurkan selepas iktidal.


3. Nabi SAW sendiri memberi perhatian kepada kalimah zikir sahabat Baginda dan menghargainya.


4. Ganjaran segera dicatat oleh para malaikat yang berebut untuk mencatat pujian tersebut.


5. Zikir ini membuktikan setiap kalimah yang baik dalam solat diperhatikan dan dihargai oleh Allah dan para malaikat.



📆 27 Zulhijjah 1446H | 24 Jun 2025M

Sunday, 22 June 2025

DOA IFTITAH PEMBUKA PINTU LANGIT

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

DOA IFTITAH PEMBUKA PINTU LANGIT

عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ:
بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "مَنِ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا؟"
قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: "أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ"،
قَالَ: "عَجِبْتُ لَهَا، فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ"
قَالَ ابْنُ عُمَرَ: "فَمَا تَرَكْتُهُنَّ مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَٰلِكَ"

Maksudnya:
Daripada Ibnu Umar RA, beliau berkata:
"Ketika kami sedang solat bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba seseorang mengucapkan:
'Allahu Akbar kabiran, walhamdulillahi katsiran, wasubhanallahi bukratan wa asiila.'
(Segala kebesaran hanya milik Allah, segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pada waktu pagi dan petang).

Setelah selesai solat, Rasulullah SAW bertanya: 'Siapakah yang mengucapkan kalimat tadi?'
Seorang sahabat menjawab: 'Saya, wahai Rasulullah.'
Baginda bersabda:
'Aku sangat kagum dengan kalimat itu. Pintu-pintu langit telah dibuka kerananya.'
Kata Ibn Umar: 'Sejak aku mendengar Rasulullah SAW menyebut perkara itu, aku tidak pernah lagi meninggalkannya.'"

(Hadis Riwayat Muslim, No. 601 – Hadis Sahih)

Pengajaran Hadis:

1. Doa iftitah adalah pembukaan dalam solat yang mengandungi pujian dan tasbih kepada Allah sebelum membaca Surah al-Fatihah. Ia melambangkan ketundukan dan pengagungan kepada-Nya.


2. Sabda Rasulullah SAW bahawa zikir ini membuka pintu-pintu langit menunjukkan keistimewaan dan penerimaannya di sisi Allah secara langsung.


3. Imam Muslim meriwayatkan hadis ini dalam bab zikir permulaan solat – ia boleh dibaca selepas takbiratul ihram dan sebelum al-Fatihah.


4. Abdullah ibn Umar RA memberi contoh qudwah yang baik kerana beliau berazam untuk tidak meninggalkan zikir ini sepanjang hidupnya selepas mengetahuinya daripada Nabi SAW.


5. Amalan ini boleh menjadi pembuka pintu rahmat dan keberkatan dalam setiap solat kita – bacalah doa ini dengan penuh penghayatan.



✨ Lafaz yang dianjurkan:
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا

📆 26 Zulhijjah 1446H | 23 Jun 2025M

Saturday, 21 June 2025

KELEBIHAN MUAZIN DAN SOLAT BERJEMAAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

KELEBIHAN MUAZIN DAN SOLAT BERJEMAAH

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:
الْمُؤَذِّنُ يُغْفَرُ لَهُ، مَدَى صَوْتِهِ، وَيَسْتَغْفِرُ لَهُ كُلُّ، رَطْبٍ، وَيَابِسٍ، وَشَاهِدُ الصَّلَاةِ، يُكْتَبُ لَهُ خَمْسٌ وَعِشْرُونَ حَسَنَةً، وَيُكَفَّرُ عَنْهُ مَا بَيْنَهُمَا

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Muazin akan diampunkan baginya sejauh mana suara azannya sampai, dan setiap benda yang basah dan kering akan memohon keampunan untuknya. Dan sesiapa yang menyaksikan (menghadiri) solat, akan ditulis baginya dua puluh lima pahala, dan akan dihapuskan dosa antara kedua solat tersebut."

(Sunan Abu Daud, No. 515 | Status: Hasan Sahih)


---

Pengajaran Hadis:

1. Muazin mendapat keampunan sejauh mana suara azannya sampai, sama ada secara fizikal atau melalui teknologi seperti pembesar suara.


2. Makhluk seluruh alam, termasuk benda hidup dan mati, memohon keampunan untuk muazin kerana menyeru kepada ibadah.


3. Muazin adalah syiar Islam, dan mereka yang melaksanakannya dengan ikhlas mendapat kedudukan mulia di sisi Allah.


4. Imam al-Suyuti menegaskan, kelebihan ini hanya diperoleh jika azan dilakukan dengan ikhlas, dalam keadaan berwuduk, dan bukan untuk tujuan duniawi.


5. Sesiapa yang hadir solat, terutama secara berjemaah, akan mendapat 25 pahala dan pengampunan dosa kecil antara dua waktu solat.


6. Ibn Rajab menyatakan bahawa hadir ke masjid adalah tanda keimanan yang tinggi dan setiap langkah ke masjid disertai ganjaran pahala, pengampunan dosa, dan kenaikan darjat.


7. Hadis ini menggalakkan umat Islam menjadi muazin dan istiqamah hadir berjemaah di masjid, kerana pahalanya amat besar di sisi Allah.




---

📅 25 Zulhijjah 1446H | 22 Jun 2025M

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...