ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلۡ عَلَيۡنَا مَآئِدَةٗ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدٗا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةٗ مِّنكَۖ وَٱرۡزُقۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّـٰزِقِينَ
Amalkan Ayat 114 Surah Al-Ma’idah, Untuk Dapatkan Rezeki Yang Tidak Putus-Putus
Amalan Petua Rezeki Melimpah Ruah
Sebagai seorang makhluk yang bernyawa, kita hidup memerlukan modal dan wang ringgit ataupun rezeki dari pelbagai sumber yang halal. Rezeki dari Allah pula ada dalam 1001 bentuk yang kita sendiri pun tak tersedar tentang kehadirannya. Udara bersih dapat hirup pun rezeki, diberi kebolehan menulis pun rezeki dari sumber tersebut. Jadi, apa lagi yang dipertikaikan??
Rezeki ada di mana-mana dan datangnya dalam pelbagai bentuk
Ada satu cara lagi untuk mendapatkan rezeki yang halal dan tak putus-putus. Caranya? Amalkan zikir dan doa dari ayat-ayat al Quran. Hayati maknanya. Jadikan al Quran sebagai panduan hidup. Salah satu ayat al Quran yang boleh diamalkan untuk rezeki lebat dan tak habis 7 keturunan adalah ayat 114 dari Surah al Maidah.
ALLAHUMMA RABBANAA ANZIL ‘ALAYNAA MAAIDATAN MINAS SAMAA-I TAKUUNU LANAA ‘ILDAN LI-AWWALINAA WA-AKHIRINAA WA-AAYATAN MINK WARZUGNAA WA ANTA KHAYRUR RAAZIQIIN
Petua LEBATKAN REZEKI ini saya kongsikan daripada Mingguan Wanita. Diharap perkongsian ini dapat membantu kita semua berusaha meningkatkan rezeki keluarga dengan amalan doa dan zikir dari ayat al Quran.
Nak rezeki lebat tak habis 7 keturunan, bacalah surah Al Maidah ayat 114. Ayatnya seperti di atas
Setiap hari baca 3- 7 kali selepas solat
Insya Allah rezeki yang diperolehi lebih berkat dan sentiasa mengalir masuk. Dengan izin Allah jua
Semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment