السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Ramadhan Bulan Ibadah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ وَصُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila bulan Ramadhan tiba, maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan."
(HR Muslim No: 1793) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Apabila Ramadhan menjelang, Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat agar bersedia dengan kedatangan bulan ibadah:
1. Ramadhan adalah bulan istimewa yang dianugerahkan kepada umat Islam. Selain diwajibkan ibadah puasa, juga dianugerahkan pelbagai ganjaran yang besar.
2. Ramadhan adalah bulan Syiam (berpuasa di siang hari) dan Qiam (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah al-Quran, zikir dan doa).
3. Bulan Ramadhan adalah waktu yang penuh rahmat, keberkatan, dan kesempatan luar biasa untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Pintu syurga dibuka seluasnya.
Allah memberi peluang kepada umat Islam untuk meningkatkan amalan mereka.
Masa yang sangat istimewa, dan setiap Muslim harus memanfaatkan kesempatan ini dengan memperbanyakkan ibadah dan amal soleh.
Menyediakan diri dengan rahmat Allah untuk masuk ke syurga.
4. Pintu neraka ditutup di bulan Ramadhan.
Kehadiran bulan Ramadhan menggalakkan kita memperbanyak amal kebaikan.
Dengan sendirinya, perbuatan maksiat dapat dihindarkan.
Peluang untuk mendapatkan pengampunan Allah melalui taubat dan memperbaiki diri.
5. Bulan Ramadhan dipermudahkan kepada umat Islam melaksanakan ibadah kerana syaitan telah dirantai atau dibatasi pergerakannya.
Peluang lebih mudah menghindari dosa dan godaan.
Tanpa gangguan syaitan, kita lebih mudah meningkatkan ibadah dan menjaga diri dari perbuatan buruk.
6. Ramadhan adalah bulan penuh rahmat dan keberkatan.
Dengan pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan dibelenggu, Ramadhan adalah bulan terbaik untuk memperbaiki diri.
Meningkatkan ibadah dan memperoleh pengampunan Allah.
Manfaatkan kesempatan ini dengan beribadah lebih giat, memperbanyakkan doa dan amal soleh, serta bertaubat untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat Allah di bulan yang mulia ini.
Ayuh kita menyediakan diri dengan bersungguh-sungguh untuk menemui Ramadhan yang akan menjelang.
Ahlan Ya Ramadhan!
29 Syaaban 1446H
28 Februari 2025
No comments:
Post a Comment