Wednesday, 10 June 2026

Jadilah Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
 
Jadilah Sahabat dan Jiran Yang Paling Baik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ الْأَصْحَابِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِصَاحِبِهِ وَخَيْرُ الْجِيرَانِ عِنْدَ اللَّهِ خَيْرُهُمْ لِجَارِهِ

_*Daripada Abdullah bin Amr RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah orang yang paling baik terhadap sahabatnya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap jirannya."*_ (Sunan Tirmizi No: 1867) Status: Hadis Hasan

*Pengajaran:*

1.    Setiap orang mengharapkan kehidupan yang baik dan bahagia.

2.    Antara tanda kebahagiaan seseorang ialah apabila memiliki sahabat dan jiran yang baik.

3.    Sebaik-baik sahabat di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap sahabatnya. Sahabat yang baik, membantunya ketika susah, menasihat dengan hikmah dan menjaga maruahnya. Menurut Ibn Rajab al-Hanbali, sahabat yang baik ialah yang membawa seseorang semakin dekat kepada Allah SWT, bukan menjauhkannya daripada agama.

4.    Sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah yang paling baik terhadap tetangganya, tidak menyakiti jirannya, menghormati haknya, membantu ketika diperlukan, menjaga keselamatannya serta berkongsi kegembiraan dan kesusahannya.

5.    Dalam kita hidup bermasyarakat dan bernegara, jadikanlah diri kita sebagai sahabat dan jiran yang paling baik. Negara yang makmur dan sejahtera adalah hasil dari kehidupan anggota masyarakat yang saling bertolong bantu dan bekerjasama.
 
6.    Hadis ini mengajar bahawa ukuran kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT bukan terletak pada kedudukan atau kekayaannya, tetapi pada sejauh mana dia berbuat baik kepada sahabat dan jirannya. Persahabatan yang ikhlas dan hubungan kejiranan yang harmoni merupakan antara tanda kesempurnaan akhlak seorang Mukmin.

Kebaikan kita sentiasa dirasai oleh orang lain dan ketiadaan kita akan dirindui.
 
25hb Zulhijjah1447H
11hb Jun 2026M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...