Thursday, 26 November 2026

Zikir Ketika Menghadapi Kesusahan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Zikir Ketika Menghadapi Kesusahan
 
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَ أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو عِنْدَ الْكَرْبِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمُ
 
Daripada Abdullah bin Abbas RA, bahawa Nabi Allah SAW apabila menghadapi kesusahan atau kesedihan yang berat, Baginda membaca: "LAA ILAAHA ILLALLAAHUL HALIIMUL HAKIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUL 'ARSYIL 'AZHIIM, LAA ILAAHA ILLALLAAHU RABBUS SAMAAWAATI WAL ARDHI WA RABBUL 'ARSYIL KARIIM" (Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Lembut, Maha Bijaksana. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Tuhan Pemilik 'Arsy yang agung. Tidak ada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah, Tuhan Pemilik langit dan bumi dan Tuhan Pemilik 'Arsy yang mulia).  (HR Bukhari No: 6345)  Status: Hadis  Sahih
 
Pengajaran:
 
1.    Sebagai manusia kita akan melalui kehidupan dengan pelbagai ujian termasuk kesusahan dan kesedihan.
 
2.    Rasulullah SAW mengajar kita sentiasa mengingati Allah dalam setiap situasi yang dihadapi sama ada kesusahan mahupun kesenangan.
 
3.    Apabila menghadapi masalah, seorang Muslim hendaklah mengukuhkan keyakinan bahawa Allah SWT sentiasa menjadi tempat pergantungan dan permohonan pertolongan. Rasulullah SAW mengajar kita membaca:
 
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْحَلِيمُ الْحَكِيمُ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمُ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمُ
 
4.    Ketika menghadapi tekanan atau kesusahan, seseorang hendaklah bersabar, mengawal emosi dan mengelakkan keputusan yang dibuat secara tergesa-gesa. Hadapilah kesusahan dengan memperbanyakan zikir dan doa.
 
5.    Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa bacaan zikir diatas mengandungi pengagungan dan pujian kepada Allah, yang merupakan sebahagian daripada adab berdoa.
 
6.    Ketika menghadapi masalah, seorang Muslim perlu menggabungkan doa, usaha, kesabaran dan tawakal. Doa memberikan kekuatan rohani, manakala usaha merupakan sebahagian daripada tanggungjawab manusia.
 
7.    Jangan biarkan masalah menguasai hati sehingga melupakan Allah. Sebaliknya, jadikan kesusahan sebagai peluang untuk memperkukuh hubungan dengan Allah melalui zikir dan doa.
  
17hb Jamadil Akhir 1448H
27hb November 2026
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...