Friday, 9 June 2017

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KE KUBUR?

🌿Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar AlHamid

■Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yg suaminya yg meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak blh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.

↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yg dibenarkan utk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.

↪Ibadah mesti mengikut cara yg diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yg meninggal mendpt redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar drpd rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yg beri suami dan yg tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dgr apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar drpd kisah Ummu Salamah yg pd asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yg diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dgn dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dgn anggapan masyarakat yg mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dlm kereta saja, atau duduk jauh sikit drpd tmpt dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jgn takut apa org cakap.

■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yg nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kpd mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dlm kubur utk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dpt ganjaran, lebih baik drpd kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

↔Ini bukan menunjukkan yg agama ini tiada perasaan kpd kaum wanita. Hari ini org akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan org akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dlm kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yg sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yg kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, ALlah yg suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yg ALlah Ta'ala suruh.

■Jika ikut cakap org kita dpt dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yg tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu drpd ALlah Ta'ala, kita akan dpt pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap org !
Di akhirat nanti bukan kwn itu yg akan membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia akan menjauh drpd kita.

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah seblm dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.

■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain drpd hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kg. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dlm hal ini – perempuan yg bawa jenazah, yg gali kubur, yg kebumikan, yg uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yg tidak sesuai dgn syarak jika ikut bersama lelaki yg menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri byk berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yg sopan dan menurut syarak.

■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi utk bacakan Yasin ke… dan akan dpt baca dlm keadaan tenang dan tak bercampur dgn lelaki.

■Ambil iktibar drpd kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yg ketika ingin mengambil air drpd perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh drpd perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdpt byk perbahasan ulama dlm kes isteri yg kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat, seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yg haram sekalipun. Dlm hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dgn dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dpt dipenuhi, maka itu bukan darurat yg membolehkan dia utk keluar bekerja. Tapi, kalau dgn dia tak bekerja, dia tak blh makan, atau anak2nya tiada yg menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yg menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak blh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yg diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tmpt2 yg tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma utk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu'alam bissawab.
Semoga bermanfaat.
Selamat berpuasa dan beribadah⚘ekh⚘

RUMAH UNTUK DISEWA DI SELANGOR DIBAWAH PENGURUSAN PHSSB

RUMAH UNTUK DISEWA!!!

LOKASI:

1. Pangsapuri Kg. Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam
    No Tel: 03-51037612
    Kadar Sewa: RM250

2. Pangsapuri Seri Kiambang, Taman Tasik Teratai, Serendah
    No Tel: 03-60816066
    Kadar Sewa: RM200

3. Pangsapuri Seri Cempaka "Council Homes", Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
    No Tel: 03-89123607
    Kadar Sewa: RM400-450

Untuk syarat-syarat kelayakan dan borang permohonan boleh layari laman sesawang kami di www.phssb.com/borang atau hubungi no. telefon yang tertera.

WANG KERTAS RM

Wang kertas Rm 1.00 dan
Wang Kertas Rm 100.00
dibuat dari kertas
yang sama dan diedarkan
oleh Bank Negara Malaysia (BNM)

Ketika dicetak,
mereka pun bersama,
tetapi berpisah di bank
dan kemudian beredar
Kepada masyarakat...

Bagaimanapun, 4 bulan
Kemudian mereka bertemu
Secara tidak Sengaja
di dalam dompet
Seorang pemuda,
Maka mereka
pun berbual...

Wang Rm100.00 bertanya
kepada Rm 1.00...

"Kenapa badan kamu
begitu lusuh, kotor
dan berbau hapak..,?"

Wang Rm 1.00 menjawab...

"Apabila aku
keluar saja dari bank,
Aku terus ke tangan
orang bawahan dari
kalangan buruh,
penjaja Kecil,
penjual ikan, tukang parkir dan
di tangan Pengemis"

Lalu wang Rm1.00
bertanya balik
kepada Uang Rm100.00...

"Kenapa kau begitu baru,
rapi dan masih bersih,,?"

Wang Rm100.00 menjawab..

"Apabila aku
keluar dari bank,
terus disambut
para perempuan
cantik, dan
beredarnya pun
di restoran mahal,
di kompleks beli belah,pejabat2 orang kenamaan,
di Pasar raya, mall beragensi,
dan juga hotel berbintang,
Serta keberadaanku
selalu dijaga dan
jarang keluar dari dompet."

Lalu wang Rn 1.00
bertanya lagi...

"Pernahkah engkau
berada di tempat ibadah,,?"

Wang Rm 100.00 menjawab...

"Belum pernah"

Wang Rm 1.00 pun
berkata lagi...

"Ketahuilah walaupun aku
hanya wang Rm 1.00
tetapi aku selalu berada
di seluruh tempat ibadah,
dan di tangan
Anak Yatim Piatu
dan fakir miskin bahkan
aku bersyukur
kepada Tuhan semesta alam...

"Aku tidak dipandang
Sebagai Sebuah nilai,
tetapi Sebuah Manfaat..."

Lantas menangislah
Wang Rn 100.00
karena merasa besar,
karena merasa hebat,
karena merasa tinggi,
akan tetapi tidak begitu
bermanfaat untuk
Kebaikan selama ini...

Semoga cerita ini
dapat memberi
pembelajaran dan
Inspirasi Positif
kepada kita semua....
Terutama buat sy sendiri

Selamat bersedekah' apalagi di bulan Ramadhan,Yakin & Percayalah dgn kita bersedekah kita tdk akan menjadi miskin ...🙏👍

KISAH JUTAWAN HARI2 BERBUKA PUASA DI MASJID

Satu hari dalam bulan Ramadhan seorang jutawan ajak saya berbincang berkenaan bisnes di sebuah hotel terkemuka. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini,

“Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya”

Beliau jawab,

“Insyaa ALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka”

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa...

Beliau menjawab : “Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam … tengok-tengok dah azan... RUGI!!! ”

“Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya minta masa dekat nak berbuka, Alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, Alhamdulillah makbul”.

Berdoa di ambang waktu berbuka puasa adalah antara waktu yang paling makbul doanya.

“RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan masa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa”

Tambah beliau dalam loghat Utara…

“Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS pada DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib... ”

“Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun… Allahu Akbar.. !!!” kata beliau lagi…

“Buatlah… In sya ALLAH lain you rasa dan Insyaa ALLAH apa hajat you akan tercapai… Insyaa ALLAH ” akhiri beliau. Saya senyap sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan haji jutawan tersebut.

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan. Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga “mengejar” bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.

Saya terbanding diri saya dengan beliau.

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu, ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit, buah lah, air lah, kuih tak potong lagi lah, cedok nasi lah.

Memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri. Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE !

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga.

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, Alhamdulillah…  ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Terima kasih tuan haji jutawan atas tarbiyah yang tuan sisipkan. Sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan…

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk berbuka di masjid. Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana-mana amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat. Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna.

Dipersilakan kongsikan kepada rakan2

ALLAH BAYAR SECARA TUNAI


(wajib baca kalau anda seorang anak)

Kisah ini kisah benar yang berlaku pada saya sendiri,satu hari saya pergi ke satu rumah orang tua2,saya dapat bantuan daripada seorang sahabat ni minta saya sampaikan bantuan ini kepada orang miskin

Jadi saya pun belilah kain pelekat,beli roti,beli macam2lah saya beli,saya pun pergilah rumah orang tua2,tak payah sebutlah di mana

Sampai saja kereta saya di perkarangan rumah orang tua2,tiba2 ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua2 mai dekat saya

"yey anak aku datang,anak aku datang,seronoknya anak aku datang"

Saya tak kenai dia sapa,dia mai peluk saya,dia cium saya

"orang tua tu kata" nak kenapa tinggal mak kat sini nak,mak nak balikkkkkkkkkkk,mak rindu dekat rumah"

Saya waktu tu yaallah,saya kata makcikkkk,saya pegang saya tengok muka dia,dia kata "sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang "

Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu pada anak dia,saya berlakon depan dia saya kata "makkkkk maafkan saya mak ye,saya pegang tangan dia saya bawa p duduk atas kerusi,saya ambik roti saya suap ke mulut dia,

Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia,apa perasaan dia,apa perasan kita

Saya suap2 air mata dia meleleh2,dia pegang tangan saya,subhana allah saya rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia

Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata" nak jangan tinggai mak nakkkkkk,mak nak balikkkkkkkkk,mak nak balikkkkk"

Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan dia situ cek2 tengok rupanya dia ada anak 5 orang,Anak dia yang sulung bergelar tan sri,orang memang kaya,orang ada nama,hebat orangnya

Saya waktu tu nak balik dia pegang baju ni dia nak ikut saya balik,saya kata takpalah jomlah jomlah,saya isi borang pa semua..ringkaskan cerita saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja

Bila balik rumah saya,sembayang subuh saya jadi imam dia sembahyang di belakang,saya baca doa saya tengok air mata dia jatuh,lepas tu saya p nak salam saya cium tangan dia saya kata"makkk maafkan saya mak yeee"

Waktu tu saya takdak mak dah,tapi saya bayang ini ibu saya,sebab dia rindukan pada anak2 dia,
Duduk hari ketiga di rumah saya,waktu sembayang isyak,selesai doa saya nak p salam dengan dia,dia lapik tangan dia dengan kain tudung dia,dia salam

Saya kata " makkk kenapa mak lapik tangan,dua hari dah mak salam mak tak lapik tangan dengan saya" kenapa harini mak lapik tangan,

Dia kata"ustazzz kau bukan anak saya ustaz ye"subhanaallah tiba2 dia sebut nama saya "ustaz" saya kata kenapa mak panggil saya ustaz,saya anak makkkk

Dia kata"bukannnnn..kalau anak saya dia tak akan buat macamtu,kalau anak saya dia tak akan jadi imam saya,kalau anak saya dia tak akan suap saya makan"😢

Bayangkan sahabat2 perasaan seorang ibu ini,tiba2 saya pun pegang dia,saya peluk dia,saya menangis,saya kata"makk walaupun bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya"

Saya pegang tangan ibu ini..walaupun bukan mak saya tapi saya tahu hati dia rinduuu sangat dekat anak dia,waktu tu saya pandang wajah dia saya kata"makk walau ibu saya telah mati,tapi mak boleh ganti mak saya,mak duduklah disini"

waktu saat makan saya suapkan nasi ke mulut dia,dia muntahkan balik makan dari mulut dia,
saya tanya "kenapa makkkk" tiba2 saya tengok air muka dia pucat,saya angkat dia,panggil ambulan hantar dia ke hospital

Waktu saat dia di hospital,saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini,dia pegang tangan saya dia kata" ustaz kalau saya mati,tolong jangan bagitau sorang pun anak saya ,kalau anak saya tahu saya mati,jangan bagitau di mana kubur saya,kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan"

saya pegang dia saya kata"makkkk jangan cakap mcmtu makk,isteri saya menangis di sebelah,anak saya menangis di sebelah pegang dia

Kami pegang dia"mak jangan cakap mcmtu mak,jangan mak" dia geleng kepala rupa2nya itulah saat penghujung hayat dia,akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital

dia meninggal dalam pelukan saya,saya doakan makcik hajjah khalijah ini rohnya mudah2an bersama salafusoleh

sahabat mak kita sapa yang masih ada mak tolonglah taat pada mak,jangan derhaka pada mak kita,jangan tinggal dia di rumah orang tua2,mak kita sakit kita jaga dia,picit kepala mak kita,

sahabat2 cuba tanya mak kita,"seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?" tanya mak kita sahabat2 sekalian

kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh,sebab tu sahabat2 suapkanlah makanan pada mak kita

sahabat2 semua selepas daripada kematian makcik ini,sampailah berita kepada anaknya yang sulong,anak dia terus telefon kepada saya

apa anaknya kata pada saya" i akan bawa you ke makhamah,i akan saman you sebab you bawa keluar mak i dari rumah orang tua2"

3 tahun dia letak mak dia di rumah orang tua2,dia tak pegi tengok,sebab tu mak dia rindu tak boleh beza saya dan anaknya

akhirnya saya tunggu,tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih,saya pergi ceramah di masjid di gombak,selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya

menangis dalam masjid,orang dalam masjid hairan,sebab apa ni,saya tanya pada dia" pasai pa ni,ada masalah apa ni

dia berkata dalam keadaan menangis,"ustazz tolong bagitahu di mana kubur mak saya ustaz,tolong bagitahu di mana kubur mak saya"

Saya kata "kenapa harini baru tanya kubur mak kamu?""dia kata "tolonglah ustaz saya nak jumpa mak saya ustaz,sayalah orang yang bergelar tan sri yang nak saman ustaz haritu,

saya sekarang ni papa kedana ustazzz,isteri saya mati kemalangan,rumah banglo saya bank dah tarik,kereta mewah saya semua bank dah tarik,tinggal satu ja,kereta kancil

saya berkata," saya boleh tunjuk kubur mak kamu,tapi dengan satu syarat,kamu jangan pegang batu nisan mak kamu"

sampai saja di tanah perkuburan,tak sempat saya nak turun,dia turun dulu,saya tengok depan mata saya sendiri dia jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam,mulut dia tarik sebelah yang tadi awalnya tanganya dan mulutnya elok sambil memanggil2 " ibu..ibuuuuu...ibuuuuuu..

Tiba2 saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya belum sampai lagi ke kubur ibunya,dia dah hembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya...allahuakbarrrrrrrrrrrrr,mengucap panjang saya allah tunjuk di atas dunia lagi balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah

semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana,ambillah iktibar dari kisah di atas

"Dan apabila mata ibumu sudah tertutup Maka hilanglah satu keberkatan disisi Allah,iaitu doa seorang ibu"

#copypaste

DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.

Di Mekkah dan  Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap utk berbuka  menjelang azan maghrib  kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca "Allahuma lakasumtu... atau dzahaba zhoma'u padahal hanya mencakupi maknanya berupa  ucapan syukur sahaja.

Nabi SAW :

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika  berbuka puasa

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua.

*SILA SHARE DAN SEBARKAN*

*_Mesej ini adalah cut & paste dari Group WhatsApp._*

Dibawakan ikhlas oleh,
*Akademi Usahawan Mikro*
www.go2aum.com
*#SifuBajetCiput #AumMengaum*

Tuesday, 6 June 2017

TIPS LEPASKAN DIRI DARI SEKSA KUBUR

■ Jangan sekali-kali tinggalkan alQuran. Ini cara mudah lepaskan diri dari seksaan kubur.

■ Rumah yg dibacakan alQuran, pada waktu malam rumahnya bercahaya, sehingga dikenali malaikat.

■ Jika mati orang yg suka baca Quran ini, cahaya di rumahnya akan diangkat ke langit & malaikat-malaikat akan tau, "ooo..mati sudah si pembaca Quran ini, mari kita solatkan rohnya".

■ Di dalam kubur, malaikat akan berlemah lembut dgn mayat.

Image result for seksaan kubur


■ AlQuran akan duduk di dada kita selepas kita selesai dimandi & dikafankan & terus menemani kita di dalam kubur.

■ Azab kubur bermula sebaik mayat tidak dapat menjawab soalan malaikat.

■ Sesi soal jawab berlangsung selama 3 hari. Ada riwayat lain kata 7 hari.

■ Penting 7 hari ini kita mendapat doa dari anak yang soleh supaya hari-hari kita indah di dalam kubur.

■ Masa mayat duduk kita akan sedar, "ohh...aku dah meninggal dah".

■  Sebelum mati, tolong pastikan sekurang-kurangnya ada alMulk dalam dada kita.

■ Dalam kubur alQuran akan berkata kepada mayat, aku ini alQuran yg dulu kamu baca dgn suara yang lantang & mendayu.

■ Aku akan menemani kamu sehinggalah kamu masuk ke syurga.

■ Lepas tu baru alQuran akan lepaskan mayat kpd dua malaikat yg akan menyoal.

■ Jgn lupa salawat, cintailah Nabi sepenuh jiwa


Ustaz Ahmad Dusuki @Radio IKIM
SILA SHARE DAN SEBARKAN

Monday, 5 June 2017

Khalid Al-Walid : Panglima Perang Islam Yang Tak Pernah Tewas Dalam Peperangan

Khalid Al-Walid

Image result for Khalid Al-Walid















Nama yang tidak asing lagi bagi umat Islam. Beliau adalah merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W dan juga general perang terhebat dalam sejarah Islam yang diberi gelaran "Saifullah Al-Maslul" yang membawa maksud pedang Allah yang terhunus. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengetuai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan juga zaman khalifah-khalifah Abu Bakar al-Siddiq dan Umar Al-Khattab.

Kehebatan beliau dalam peperangan dan ketenteraan terbukti apabila beliau merupakan antara 3 general Islam yang tidak pernah kalah dalam mana-mana peperangan, sama ada ketika beliau masih di zaman Jahiliyah mahupun setelah memeluk Islam.



Lahirnya seorang pahlawan agung

Khalid bin Walid dilahirkan pada tahun 585 masihi di Mekah kepada pasangan bernama Walid bin al-Mughira, seorang ketua dari bani Makhzum (bangsa Quraisy) dan ibunya bernama Lubabah binti al-Harith. Beliau mempunyai pertalian yang agak rapat dengan Nabi Muhammad S.A.W kerana ibunya dan isteri Rasulullah S.A.W, Maimunah binti al-Harith merupakan saudara kandung. Beliau juga merupakan sepupu kepada Saidina Umar bin Khattab dan kedua-dua mereka mempunyai wajah yang mirip. Tubuh beliau sangat tinggi, badan yang kuat, bahu yang lebar dan berjanggut tebal di wajahnya.

Selepas dilahirkan, beliau dihantar kepada suku Badui, sebagai tradisi kaum Quraisy ketika itu. Pada usia 6 tahun beliau kembali semula ke Mekah. Sejak kecil lagi Saidina Khalid sudah menunjukkan kekuatannya, seperti contoh dalam bergusti. Beliau pernah bergusti dengan Saidina Umar sehingga mematahkan kaki sepupunya itu.

Berasal dari Bani Makhzum, satu kaum yang pandai dalam peperangan dan merupakan antara penunggang kuda yang mahir dan terhebat di Semenanjung Arab. Ketika masih kecil beliau sudah mempelajari cara menunggang kuda dan merperkasa kemahiran bersenjata seperti tombak, lembing busur dan juga pedang.

Kehidupan awal

Pada permulaannya, beliau merupakan salah seorang penentang Islam yang paling kuat dan tegar. Beliau merupakan panglima tentera kaum kafir Quraisy yang aktif dalam menentang Islam. Sebelum keislamannya, beliau menyertai perang Uhud di mana tentera Islam kalah dalam peperangan itu.

Dengan kebijaksanaan beliau dalam taktik peperangan dan ketenteraan, beliau dapat menghidu peluang dan melihat kelemahan pasukan tentera Islam yang ingin mengambil rampasan perang. Beliau membawa pasukan berkudanya mara dan berjaya membuatkan tentera-tentera Islam kucar kacir dan menyebabkan terbunuhnya 50 orang pemanah terbaik tentera Islam ketika itu yang diletakkan Rasulullah S.A.W di puncak bukit Uhud.

Image result for Khalid Al-Walid

Pemelukan Islam

Pada tahun 628, sebuah perjanjian telah dimeterai oleh orang Islam dan kaum Quraiys Makkah yang diberi nama Perjanjian Hudaibiyah. Perjanjian itu adalah untuk mendamaikan kedua-dua pihak serta mengisytihar gencatan senjata selama 10 tahun. Hati Saidina Khalid dari awal tidak menyukai perbuatan menyembah berhala dan oleh kerana otaknya yang bijak, beliau menganggap perbuatan itu tidak masuk akal.

Nabi Muhammad yang amat sukakan Khalid kerana kepintaran dan ketangkasannya dalam peperangan menginginkan beliau untuk memeluk Islam.

Ketika Nabi Muhammad S.A.W bersama Walid Bin Walid iaitu abang kepada Saidina Khalid, baginda berkata kepada Walid : "Seseorang seperti Khalid tidak boleh lari lama daripada Islam, dia pasti akan tertarik pada Islam”. Abangnya yang menyimpan apa yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W kemudiannya mengutuskan sepucuk surat kepada Khalid dan mengajaknya untuk memeluk Islam sepertinya.

Membaca surat itu, Khalid mengajak teman semasa kecilnya Ikrimah bin Abu Jahal untuk berbicara mengenai hal itu, namun ditentang niatnya. Kemudian Abu Sufyan pula mengancam Khalid dengan mahu menyerangnya dengan penuh berang namun dihalang oleh Ikrimah seraya berkata "Sabar wahai Abu Sufyan, kemarahanmu ini mungkin akan mendorong aku juga untuk bersama-sama Muhammad.
Khalid bebas untuk memilih apa jua agama yang diingininya,". Lalu Khalid menjawab "Demi Allah sama ada orang suka atau tidak, sesungguhanya dia adalah benar,".

Pada tahun 629 M, Khalid al-Walid yang dalam perjalanannya ke Madinah bertemu dengan Amru al-As dan Uthman bin Talha yang juga menuju ke Madinah untuk memeluk Islam. 31 May 629, mereka tiba di Madinah dan lantas terus menuju ke rumah Nabi Muhammad S.A.W. dan Khalid disambut oleh abangnya Walid bin Walid.

Kehebatan dan sumbangan Saidina Khalid Al-Walid

Setelah memeluk Islam, Khalid al-Walid menjadi orang yang paling keras dan kuat memerangi mereka yang memusuhi Islam. Beliau terlibat dalam hampir 50 perang besar dan dilantik menjadi pemimpin tentera Islam kerana kehebatan dan kepintarannya dalam medan pertempuran. Beliau terlibat dalam Perang Mut'ah dengan dilantik sebagai panglima tentera.

Dalam peperangan itu, tentera Islam hanya mempunyai jumlah tentera seramai 3,000 anggota berbanding tentera Romawi yang diketuai Heraclius berjumlah 200,000 anggota yang merupakan gabungan kaum Nasara Romawi dan Nasara Arab sekitar dataran Syam, jajahan Romawi.

Setelah 3 panglima yang dilantik oleh Rasulullah S.A.W iaitu Zaid bin Haritsah, Ja’far bin Abu Thalib dan Abdullah bin Rawahah gugur syahid dalam pertempuran ini, Khalid al-Walid dilantik menggantikan tempat mereka oleh kata sepakat.

Menyedari kekuatan pasukan Islam tidak dapat menandingi kekuata tentera lawan, Khalid menggunakan kebijaksanaan taktik peperangannya. Bagaimana? Beliau mengatur strategi dengan menebarkan rasa takut ke dalam diri pasukan lawan dengan menukarkan formasi anggota tentera setiap hari. 

Anggota yang berada di hadapan ditukarkan ke bahagian belakang, dan sebaliknya. Pasukak di sayap kiri pula ditukarkan menggantikan pasukan di sayap kanan. Dengan ini, tentera Romawi beranggapan bahawa tentera Islam mendapat bantuan pasukan yang baru kerana terdapat perubahan pada formasi.

Akhirnya, kedua-dua tentera Islam dan Romawi berundur tanpa dengan keputusan seri. Namun, jika dilihat kepada kekuatan, pastilah kemenangan berpihak kepada tentera Muslimin.
Pencapaian terulung

Pencapaian terbesar beliau dalam kariernya sebagai seorang panglima perang adalah apabila beliau berjaya mengalahkan pasukan Rom dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja. Dalam Peperangan Yarmuk yang bermula daripada cebisan dan sambungan daripada peperangan Mu'tah, yang diterajui oleh Khalid al-Walid, tentera Islam berjaya mengalahkan tentera Kerajaan Romawi Timur (Byzantine-Rom) yang merupakan sebuah kerajaan yang tersangat kuat ketika itu.

Peperangan berat sebelah yang mana tentera Romawi memiliki senjata yang lengkap dan tentera yang terlalu besar bezanya dengan jumlah tentera Islam. Menurut sumber Islam, tentera Muslimin ketika itu hanya berjumlah 45,000 orang berbanding tentera Romawi yang berjumlah lebih kurang 240,000 orang, nisbah 1:5.

Namun, walaupun dengan kelengkapan yang cukup, pengalaman perang yang hebat serta tentera yang ramai, kemenangan tetap berpihak kepada tentera Islam dengan izin Allah S.W.T yang dipimpin oleh Khalid al-Walid.

Image result for Khalid Al-Walid

Perginya seorang wira

Pada tahun 21 Hijrah, Khalid Al Walid telah jatuh sakit. Panglima terulung yang hebat ini menangis ketika terbaring di katilnya kerana hajatnya untuk mati syahid di medan perang tidak kesampaian. Beliau menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 55 tahun. Beliau hanya meninggalkan seekor kuda dan pedang yang pernah digunakannya di medan perang.

Saidina Abu Bakar AS Siddiq berkata, tidak ada lagi wanita yang mampu melahirkan anak seperti Khalid. Adi bin Hatim pula berkata, nama Khalid sahaja dapat mengalahkan musuh sebelum peperangan bermula.

Saidina Umar yang mendapat berita kematian sepupunya itu sangat bersedih dan berkata beliau memecat Khalid Al-Walid daripada memegang tampuk pimpinan ketenteraan satu ketika dulu bukan disebabkan rasa benci tetapi kerana sifat Khalid yang terlalu keras terhadap pihak musuh. Khalid juga terlalu sayangkan anggota tenteranya sehinggakan sebaik sahaja mendapat harta rampasan perang Khalid akan terus membahagikan harta tersebut kepada anggotanya tanpa menunggu sebarang arahan.

Wallahualam. Segala puji bagi Allah.


Sumber
Kisah muslim
Wikipedia

Kisah Rabiatul Adawiyah

Related image

Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. 

Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. 

Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. Di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. 



Image result for mimpi


Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.
Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. 

Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. 

Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. 

Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. 

Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah

Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.


Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

[Surah al-A'raf, ayat 201]



#Copypaste#
sesuci-jiwa.blogspot.my

Sunday, 4 June 2017

Al Marhum Prof Hamka*TERLENA*

Waktu berlalu begitu pantas menipu kita yang terlena


_Belum sempat berzikir di waktu pagi, hari sudah menjelang siang, Belum sempat bersedekah pagi, matahari sudah meninggi.

_Niat pukul 9.00 pagi hendak solat Dhuha, tiba-tiba azan Zuhur sudah terdengar..

_Teringin setiap pagi membaca 1 juzuk Al-Quran, menambah hafalan satu hari satu ayat, itu pun tidak dilakukan.

_Rancangan untuk tidak akan melewatkan malam kecuali dengan tahajjud dan witir, walau pun hanya 3 rakaat, semua tinggal angan-angan.

_Beginikah berterusannya nasib hidup menghabiskan umur? Berseronok dengan usia?

_Lalu tiba-tiba menjelmalah usia di angka 30, sebentar kemudian 40, tidak lama terasa menjadi 50 dan kemudian orang mula memanggil kita dengan panggilan "Tok Wan, Atok...Nek" menandakan kita sudah tua.

_Lalu sambil menunggu Sakaratul Maut tiba, diperlihatkan catatan amal yang kita pernah buat....

_Astaghfirullah, ternyata tidak seberapa sedekah dan infak cuma sekadarnya, mengajarkan ilmu tidak pernah ada, silaturrahim tidak pernah buat.

_Justeru, apakah roh ini tidak akan melolong, meraung, menjerit menahan kesakitan di saat berpisah daripada tubuh ketika Sakaratul Maut?


Image result for Sakaratul Maut


_Tambahkan usiaku ya Allah, aku memerlukan waktu untuk beramal sebelum Kau akhiri ajalku.

_Belum cukupkah kita menyia-nyiakan waktu selama 30, 40, 50 atau 60 tahun?

_Perlu berapa tahun lagikah untuk mengulang pagi, siang, petang dan malam, perlu berapa minggu, bulan, dan tahun lagi agar kita BERSEDIA untuk mati?

_Kita tidak pernah merasa kehilangan waktu dan kesempatan untuk menghasilkan pahala, maka 1000 tahun pun tidak akan pernah cukup bagi orang-orang yang terlena.


Pak Hamka.
Pujangga Nusantara)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...