Saturday, 31 May 2025

Upah Penyembelih dan Petugas Korban

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS*

*Upah Penyembelih dan Petugas Korban*

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

_*Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri."*_ (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

*Pengajaran:*

1.  Antara ibadat yang dituntut pada hari Raya Eidul Adha 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah melaksanakan Ibadat korban.

2.  Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

3.  Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka. 

4.  Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyebut: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

5.  Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan umrah serta sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr) kecuali penerima daging korban yang miskin atau fakir.

6.  Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

7.  Saidina Ali menyebut: *Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.*

8.  Walaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

9.  Antara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK. 

10.  Ada yang meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.  Ingatlah Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

*“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)”* (Surah al-Nisa: 29). 

Justeru itu, kepada mereka yang akan menjadi petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lainnya melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.

04hb Zulhijjah 1446H
01hb Jun 2025

Friday, 30 May 2025

TAQARRUB KEPADA ALLAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

TAQARRUB KEPADA ALLAH

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ، ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ، ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي، أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman:
"Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersama dengannya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku juga mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam satu kumpulan, Aku mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepadanya berlari (segera).”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6856)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Allah bertindak berdasarkan sangkaan hamba-Nya. Jika kita bersangka baik dan yakin kepada Allah, Allah akan memberikan yang terbaik buat kita.


2. Zikrullah secara ikhlas walaupun secara diam akan diberi ganjaran, apatah lagi jika dilakukan secara terbuka dengan niat ikhlas.


3. Usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, walau sedikit, akan disambut oleh Allah dengan lebih besar dan segera.


4. Amalan mendekatkan diri kepada Allah, terutamanya pada 10 hari pertama Zulhijjah, sangat digalakkan kerana ia waktu yang sangat mulia di sisi Allah.


5. Firman Allah:
فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُواْ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ (البقرة: 152)
"Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku akan ingat kepada kamu; dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).”



📌 Amalkan zikrullah, perbanyak taubat, dan lipatgandakan ibadah dalam 10 hari awal Zulhijjah ini.

📅 03 Zulhijjah 1446H | 31 Mei 2025M

TAQARRUB KEPADA ALLAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

TAQARRUB KEPADA ALLAH

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ، ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ، ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي، أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman:
"Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersama dengannya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku juga mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam satu kumpulan, Aku mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepadanya berlari (segera).”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6856)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Allah bertindak berdasarkan sangkaan hamba-Nya. Jika kita bersangka baik dan yakin kepada Allah, Allah akan memberikan yang terbaik buat kita.


2. Zikrullah secara ikhlas walaupun secara diam akan diberi ganjaran, apatah lagi jika dilakukan secara terbuka dengan niat ikhlas.


3. Usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, walau sedikit, akan disambut oleh Allah dengan lebih besar dan segera.


4. Amalan mendekatkan diri kepada Allah, terutamanya pada 10 hari pertama Zulhijjah, sangat digalakkan kerana ia waktu yang sangat mulia di sisi Allah.


5. Firman Allah:
فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُواْ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ (البقرة: 152)
"Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku akan ingat kepada kamu; dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).”



📌 Amalkan zikrullah, perbanyak taubat, dan lipatgandakan ibadah dalam 10 hari awal Zulhijjah ini.

📅 03 Zulhijjah 1446H | 31 Mei 2025M

Thursday, 29 May 2025

DUA TITISAN DAN KESAN YANG DICINTAI ALLAH SWT

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

DUA TITISAN DAN KESAN YANG DICINTAI ALLAH SWT

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ، قَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعٍ فِي خَشْيَةِ اللَّهِ، وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهَرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَمَّا الْأَثَرَانِ: فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ.

Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
"Tiada sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan dua kesan:
Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah, dan titisan darah yang tumpah di jalan Allah.
Adapun dua kesan yang Allah sukai ialah kesan pada jalan Allah dan kesan daripada kefardhuan Allah."
(Hadis Riwayat al-Tirmizi, No. 1669)
Status: Hasan

Pengajaran Hadis:

1. Allah SWT amat menyukai amalan yang dilakukan secara ikhlas semata-mata kerana-Nya. Semakin banyak kesusahan yang dilalui, semakin besar ganjaran pahala.


2. Dua titisan yang dicintai Allah:

Air mata yang mengalir kerana takut kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang dilakukan.

> Rasulullah SAW menyebut salah satu daripada tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada Hari Kiamat ialah:
"Seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian lalu mengalir air matanya."
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)



Darah yang tumpah kerana berjuang di jalan Allah SWT.



3. Dua kesan yang dicintai Allah:

Kesan luka akibat berjuang di jalan Allah SWT.

Kesan fizikal atau perubahan yang berlaku hasil melakukan ibadah fardhu seperti kesan sujud di dahi, kepenatan dari berpuasa, dan sebagainya.



4. Hadis ini mendidik kita untuk menghargai pengorbanan dalam ibadah, walau sekecil mana pun ia.



📆 02 Zulhijjah 1446H | 30 Mei 2025M

Wednesday, 28 May 2025

MENSYUKURI NIKMAT

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

MENSYUKURI NIKMAT

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم:
"انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ، فَهُوَ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اَللَّهِ عَلَيْكُمْ".

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.”
(Hadis Riwayat Muslim, No: 2963) – Status: Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Setiap Muslim wajib bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan.


2. Antara cara untuk kekal bersyukur ialah dengan melihat orang yang lebih rendah nikmatnya berbanding kita dari sudut duniawi seperti kesihatan, harta dan kedudukan.


3. Sifat syukur mampu menjauhkan kita daripada sifat tamak, hasad dengki dan panjang angan-angan.


4. Jika kita kerap memandang orang yang lebih tinggi status dunianya, kita akan mudah merasa tidak cukup dan berhasrat untuk mengejar kekayaan hingga melupakan nikmat yang sedang dimiliki.


5. Sebaliknya, melihat orang yang lebih susah akan membuka mata kita terhadap nikmat besar daripada Allah, lalu menimbulkan rasa syukur, rendah diri dan semangat untuk berbuat kebaikan.


6. Dalam hal dunia, berusahalah sebaik mungkin, namun jangan sering memandang ke atas hingga lupa mensyukuri nikmat yang ada.


7. Firman Allah SWT:



لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim: 7)

📅 01 Zulhijjah 1446H | 29 Mei 2025

Tuesday, 27 May 2025

AMALAN YANG MENGATASI JIHAD

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

AMALAN YANG MENGATASI JIHAD

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ
فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟
فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan pada hari-hari ini (Baginda maksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah?”
Baginda bersabda:
“Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali (yakni menemui syahid).”

(Hadis riwayat Abu Daud, Bab Puasa: 2438 | Status: Sahih)

Pengajaran Hadis:

1. Allah sangat menyukai amalan soleh yang dilakukan dalam 10 hari pertama Zulhijjah.


2. Ganjaran amalan dalam tempoh ini melebihi jihad di jalan Allah, kecuali bagi mereka yang syahid.


3. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar, keistimewaan 10 hari ini adalah kerana terkumpul pelbagai ibadah besar: solat, puasa, sedekah, korban dan haji.


4. Maka, sesiapa yang menemui 10 awal Zulhijjah wajar merebut peluang ini untuk memperbanyak amal soleh.


5. Amal soleh tersebut termasuk: solat, puasa sunat, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, doa, taubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, bantu orang susah, santuni anak yatim, beri makan fakir miskin dan seumpamanya.



30 Zulkaedah 1446H | 28 Mei 2025M

Monday, 26 May 2025

AMALAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

AMALAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH

عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ

Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda:
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”

(Musnad Ahmad, No: 5879)
Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Perbanyakkan amal soleh pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah (1–10 Zulhijjah), sebagaimana disokong oleh Surah al-Fajr ayat 1–3:
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
Allah bersumpah dengan "malam yang sepuluh", iaitu sepuluh malam pertama Zulhijjah menurut jumhur mufassirin seperti Imam At-Tabari.


2. Ulama seperti Ibnu Abbas, Ibnu al-Zubair, Mujahid dan lain-lain menyatakan “malam yang sepuluh” itu merujuk kepada awal Zulhijjah, dan ini disokong oleh Ibnu Kathir.


3. Allah suka kepada hamba-Nya yang memperbanyak amal soleh dalam tempoh ini.


4. Antara amalan yang digalakkan termasuk puasa sunat (terutama hari Arafah – 9 Zulhijjah), zikir (tahlil, takbir, tahmid), tilawah al-Quran, doa, sedekah, ibadah korban, dan haji.


5. Rebutlah peluang keemasan ini untuk menghidupkan jiwa dan menambah taqwa dengan amal soleh.



29 Zulqa’dah 1446H | 27 Mei 2025

Sunday, 25 May 2025

PESERTA KORBAN DILARANG MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

PESERTA KORBAN DILARANG MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ

Daripada Ummu Salamah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda:
"Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya (sehingga selesai korban)."

(Sahih Muslim, No: 3655)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Bagi mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban, dilarang (makruh) menggunting rambut, mencukur, mencabut sebarang bulu di badan dan memotong kukunya bermula dari 1 Zulhijjah sehingga selesai menyembelih korban.


2. Menurut Imam al-Nawawi, larangan ini membawa maksud makruh. Ia meliputi larangan memotong kuku, mencabut atau menghilangkannya dengan apa cara sekalipun. Begitu juga rambut, termasuk bulu ketiak, misai, bulu ari-ari dan lain-lain.


3. Jika seseorang terpotong kuku atau rambut secara sengaja atau tidak sengaja, memadai dia beristighfar dan tidak dikenakan fidyah.
Kata Ibn Qudamah r.h:
“Jika perkara itu berlaku, dia hendaklah segera beristighfar kepada Allah. Menurut ijmak, tidak ada fidyah sama sekali, baik dilakukan dengan sengaja atau tidak sengaja.”
(Al-Mughni, jil. 9, ms. 96)


4. Majoriti ulama mazhab Maliki, Syafi‘i dan sebahagian Hanbali berpandangan hukumnya makruh, bukan haram.


5. Antara hikmah larangan ini, menurut Imam al-Nawawi, adalah agar setiap anggota tubuh yang tidak dipotong itu akan dibebaskan daripada api neraka sebagai ganjaran ibadah korban yang sempurna.



Jom amalkan sunnah ini bermula 1 Zulhijjah (dijangka 29 Mei 2025) bagi peserta korban – tidak memotong rambut dan kuku sehingga selesai korban dilaksanakan.

28 Zulkaedah 1446H
26 Mei 2025M

Saturday, 24 May 2025

AMALAN PALING AFDHAL

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

AMALAN PALING AFDHAL

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَىُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ ‏"‏ الصَّلاَةُ لِوَقْتِهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَىٌّ قَالَ ‏"‏ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ‏"‏ ‏.‏ قَالَ قُلْتُ ثُمَّ أَىٌّ قَالَ ‏"‏ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ‏"‏

Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA, beliau berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan amalan apakah yang paling afdhal, lalu Baginda menjawab: “Solat pada waktunya.” Kemudian aku bertanya lagi, apakah amalan yang seterusnya? Jawab Baginda: “Berbakti kepada kedua ibubapa.” Kemudian aku bertanya, apakah lagi seterusnya? Jawab Baginda: “Berjihad di jalan Allah.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, No: 85) – Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Solat pada waktunya adalah asas dalam kehidupan seorang Muslim. Ia perlu diutamakan dalam apa jua keadaan. Solat merupakan tiang agama, dan pelaksanaannya secara tepat mencerminkan ketaatan terus kepada Allah.


2. Berbuat baik kepada ibu bapa adalah kunci kepada keberkatan hidup dan keredhaan Allah. Ia menggambarkan betapa besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam, dan bahawa hubungan kekeluargaan tidak boleh diabaikan walaupun seseorang itu tekun dalam ibadah.


3. Jihad adalah amalan mulia, namun ia mesti dilaksanakan dengan syarat dan pertimbangan yang betul.


4. Islam mengajar umatnya untuk menyusun keutamaan dalam beramal — bukan semua amalan diberi keutamaan yang sama dalam semua situasi.


5. Menuntut ilmu dengan bertanya adalah salah satu cara mendapat panduan yang tepat dalam agama.



27 Zulkaedah 1446H | 25 Mei 2025M

Friday, 23 May 2025

LAFAZ TALBIAH ADALAH PENGISYTIHARAN KETUNDUKAN

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

LAFZ TALBIAH ADALAH PENGISYTIHARAN KETUNDUKAN

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ
"‏مَا مِنْ مُلَبٍّ يُلَبِّي إِلاَّ لَبَّى مَا عَنْ يَمِينِهِ وَشِمَالِهِ مِنْ حَجَرٍ أَوْ شَجَرٍ أَوْ مَدَرٍ حَتَّى تَنْقَطِعَ الأَرْضُ مِنْ هَا هُنَا وَهَا هُنَا"

Daripada Sahl bin Sa’di as-Saa’idi RA, daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:
"Tidak ada seorang yang bertalbiah (dengan ikhlas) melainkan segala sesuatu di sebelah kanannya dan kirinya – dari batu, pokok atau tanah liat – akan turut bertalbiah bersamanya, hingga bumi ini terputus dari arah sana dan sini (yakni sejauh pendengaran atau ke seluruh penjuru)."
(Sunan Ibn Majah, No: 2921)
Status Hadis: Hasan

Pengajaran Hadis:

1. Ucapan talbiah "لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ" bermaksud: “Aku sahut panggilan-Mu ya Allah, aku sahut seruan-Mu.” Ia adalah lafaz khusus untuk mereka yang mengerjakan haji dan umrah, sebagai tanda ketundukan total kepada Allah.


2. Lafaz talbiah menunjukkan kesediaan mutlak seorang hamba menyahut panggilan Ilahi. Alam ciptaan Allah seperti batu, pokok dan tanah turut menyokong dan menyertai seruan ini.


3. Menurut ulama, penyertaan makhluk alam ini boleh difahami secara kiasan – menggambarkan besarnya kesan dan keberkatan zikir talbiah hingga seluruh alam seperti menyertainya.


4. Ada juga ulama menyebut bahawa ini adalah tanda kemuliaan orang yang bertalbiah dengan hati yang suci; talbiahnya seolah-olah disambut dan didoakan oleh alam.


5. Jemaah haji dan umrah disarankan untuk melafazkan talbiah dengan sepenuh hati dan penuh khusyuk, sedar bahawa mereka sedang menyertai makhluk lain dalam menyahut seruan Ilahi.


6. Ganjaran talbiah sangat besar – setiap kali dilafazkan dengan ikhlas, seluruh alam seperti turut membesarkan Allah bersamanya. Ini menjadi motivasi memperbanyakkan talbiah dengan penuh keikhlasan.



26 Zulkaedah 1446H | 24 Mei 2025M

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...