السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
AMALAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH
عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda:
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
(Musnad Ahmad, No: 5879)
Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Perbanyakkan amal soleh pada sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah (1–10 Zulhijjah), sebagaimana disokong oleh Surah al-Fajr ayat 1–3:
وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ وَالشَّفْعِ وَالْوَتْرِ
Allah bersumpah dengan "malam yang sepuluh", iaitu sepuluh malam pertama Zulhijjah menurut jumhur mufassirin seperti Imam At-Tabari.
2. Ulama seperti Ibnu Abbas, Ibnu al-Zubair, Mujahid dan lain-lain menyatakan “malam yang sepuluh” itu merujuk kepada awal Zulhijjah, dan ini disokong oleh Ibnu Kathir.
3. Allah suka kepada hamba-Nya yang memperbanyak amal soleh dalam tempoh ini.
4. Antara amalan yang digalakkan termasuk puasa sunat (terutama hari Arafah – 9 Zulhijjah), zikir (tahlil, takbir, tahmid), tilawah al-Quran, doa, sedekah, ibadah korban, dan haji.
5. Rebutlah peluang keemasan ini untuk menghidupkan jiwa dan menambah taqwa dengan amal soleh.
29 Zulqa’dah 1446H | 27 Mei 2025
No comments:
Post a Comment