السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
HAJI MABRUR MENGHAPUSKAN DOSA SEPERTI BAYI
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ، رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa melaksanakan ibadat haji semata-mata kerana Allah dan ia tidak menuturkan perkataan keji serta tidak melakukan kefasikan (keluar dari ketaatan), maka ia akan kembali seperti bayi yang baru dilahirkan ibunya (bersih dari dosa).
(Hadis Riwayat al-Bukhari, No: 1690) – Status: Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang melaksanakan ibadah haji tanpa melakukan perkara yang dilarang akan diampunkan dosanya bersih seperti bayi yang baru dilahirkan.
2. Haji mabrur ialah haji yang dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT, bukan untuk melancong atau tujuan duniawi lain. Pelaksanaan haji yang sahih menurut sunnah Nabi SAW mendatangkan ganjaran syurga dan pengampunan dosa.
3. Syarat haji mabrur ialah menjauhi rafats (perkataan atau perlakuan lucah/syahwat) dan fusuq (maksiat seperti mencaci, menipu, bergaduh), mematuhi segala perintah Allah, serta tidak melanggar larangan-Nya.
4. Setiap Muslim yang ingin menunaikan haji hendaklah bertaubat dengan bersungguh-sungguh, meninggalkan dosa dan mengembalikan hak manusia jika ada. Haji adalah peluang menuju syurga dan pembebasan dari api neraka.
5. Haji yang sah menjadi penghapus dosa hanya jika dilaksanakan mengikut peraturan dan menjauhi larangan. Kata Imam al-Nawawi: "Apabila seseorang ingin mengerjakan ibadah haji maka ia wajib mempelajari tatacaranya, kerana tidak sah ibadah dari orang yang tidak mengetahuinya."
08 Zulkaedah 1446H | 06 Mei 2025M
No comments:
Post a Comment