Thursday, 1 May 2025

JUJUR DENGAN UPAH, JANGAN KHIANAT

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

JUJUR DENGAN UPAH, JANGAN KHIANAT

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
"مَنْ اسْتَعْمَلْنَاهُ عَلَى عَمَلٍ فَرَزَقْنَاهُ رِزْقًا، فَمَا أَخَذَ بَعْدَ ذَلِكَ فَهُوَ غُلُولٌ"

Daripada Abdullah bin Buraidah RA dari ayahnya, dari Nabi SAW baginda bersabda:
“Barangsiapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja (jawatan), dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan atau pengambilan harta secara haram).”

(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 2943)
Status: Sahih (Ma‘alim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8, cet. Dar Kutub Ilmiah)

Pengajaran Hadis:

1. Setiap pekerja yang menerima gaji hasil kerja yang dipersetujui, maka gaji itu adalah halal.


2. Mengambil apa-apa yang bukan haknya seperti ponteng, curi tulang dan tidak amanah dalam tugas adalah pengkhianatan.


3. Ghulul boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti: komisen, hadiah, diskaun, rebat, tuntutan palsu, kontrak, dan sebagainya.


4. Mereka yang khianat akan dilaknat oleh Allah dan Rasul, serta hidupnya hilang keberkatan dan terdorong ke arah kemaksiatan.


5. Berwaspada terhadap hadiah. Saidina Umar pernah menolak hadiah dari anak Kaisar Rom dan melarang isterinya menerima sebarang hadiah.


6. Saidina Ali menyebut bahawa akan datang satu zaman manusia akan menghalalkan rasuah dengan menamakannya sebagai hadiah.


7. Ulama menyarankan untuk menutup pintu penerimaan hadiah secara mutlak bagi mengelak fitnah dan perselisihan.


8. Pekerja bertanggungjawab atas amanah yang diberi dan akan dipersoal di akhirat kelak.



Mari kita bangunkan Malaysia yang harmoni dan sejahtera dengan kejujuran.
Jangan sesekali berlaku khianat – Pekerja Kesuma Bangsa.

04 Zulkaedah 1446H | 02 Mei 2025M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...