السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
GURU MEMPERMUDAHKAN PENGAJARAN
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا، وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ، وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ، وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ"
Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Hendaklah kalian mengajar (ilmu), mempermudah dan jangan menyukarkan. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah."
(HR Ahmad No: 2556 | Status: Hasan)
Pengajaran Hadis:
1. Setiap kita boleh menjadi guru dan pendakwah untuk menyampaikan ilmu supaya orang lain menjadi insan soleh.
2. Gunakan cara pengajaran yang mudah supaya orang yang diajar faham dan boleh amal, jangan menyukarkan.
3. Imam al-Nawawi sebut prinsip “ajarkan dan mudahkan” ini asas dalam dakwah.
4. Guru perlu sabar dengan pelbagai karenah pelajar.
5. Nabi SAW ulang tiga kali suruh diam bila marah – pentingnya kawal emosi.
6. Marah itu fitrah, tapi Islam ajar kawal dengan berdiam diri supaya tidak buat perkara buruk.
7. Imam al-Ghazali kata diam bila marah jaga lidah daripada kata yang dilarang.
20 Zulkaedah 1446H | 18 Mei 2025M
No comments:
Post a Comment