Friday, 9 May 2025

TUNTUTAN IBADAH KORBAN BAGI YANG MAMPU



السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

TUNTUTAN IBADAH KORBAN BAGI YANG MAMPU

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ، فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang ada kelapangan rezeki tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami."

(Musnad Ahmad, No. 7924)
Status: Isnad Hasan

Pengajaran Hadis:

1. Ibadah korban adalah tanda kesyukuran atas segala nikmat yang Allah kurniakan.


2. Individu yang berkemampuan tetapi tidak mahu berkorban mendapat teguran keras – seolah-olah tidak layak menyertai solat Hari Raya.


3. Dalam Mazhab Syafi’i, kelapangan belanja bermaksud mempunyai wang lebih daripada keperluan diri dan tanggungan pada hari raya dan hari-hari tasyrik (10–13 Zulhijjah).


4. Dalam Mazhab Hanbali, kelapangan termasuk mampu membeli haiwan korban walaupun dengan cara berhutang yang boleh dibayar.


5. Imam Malik berkata: “Saya tidak suka terhadap seseorang yang mampu menyembelih korban tetapi meninggalkannya.” (al-Muwatta’, 2/38 – Syarah Tanwir al-Hawalik)


6. Ibadah korban dapat menjadi sebab pengampunan dosa dan memberi manfaat kepada fakir miskin serta kegembiraan kepada jiran tetangga.


7. Islam sangat menekankan semangat pengorbanan, keikhlasan dan kepedulian sosial melalui ibadah korban.



12 Zulkaedah 1446H | 10 Mei 2025

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...