السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
GURU DIDOAKAN MAKHLUK DI LANGIT, BUMI DAN LAUTAN
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ، حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا، وَحَتَّى الْحُوتَ، لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ
Maksudnya:
Daripada Abu Umamah Al-Bahili RA, beliau berkata: “Disebutkan kepada Rasulullah SAW tentang dua orang lelaki: salah seorangnya adalah ahli ibadah (abid) dan yang seorang lagi adalah orang berilmu (alim). Maka Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim berbanding seorang abid seperti keutamaanku berbanding orang yang paling rendah di antara kalian." Kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, para malaikat, penghuni langit dan bumi – hatta semut di dalam sarangnya dan juga ikan di lautan – semuanya akan berselawat (mendoakan) kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia."
(Riwayat al-Tirmizi, No. 2609 | Hadis Hasan)
Pengajaran Hadis:
1. Kedudukan orang berilmu lebih tinggi daripada ahli ibadah kerana manfaatnya lebih meluas kepada masyarakat.
2. Ilmu yang diajar dan disebarkan menjadi sebab seluruh makhluk mendoakan kebaikan kepada guru tersebut.
3. Ibn Rajab menyatakan keutamaan ilmu yang diamalkan dan disebarkan memberi manfaat bukan hanya kepada diri, tetapi juga orang lain.
4. Malaikat menyeru kemuliaan kepada alim yang beramal dan mengajar – sebagaimana kata Fudlail bin Iyadl.
5. Nabi SAW meletakkan darjat alim seperti darjat baginda sendiri berbanding sahabat yang paling rendah – menunjukkan kedudukan tinggi di sisi Allah.
6. Galakan untuk kita terus menuntut ilmu dan menyebarkannya melalui pelbagai medium – kerana manfaatnya dunia dan akhirat.
Ayuh kita menjadi "GURU PEMACU REFORMASI PENDIDIKAN" dengan menyampaikan ilmu yang benar dan bermanfaat melalui segala saluran termasuk media sosial.
18 Zulkaedah 1446H | 16 Mei 2025
No comments:
Post a Comment