السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MUKMIN UMPAMA LEBAH
عَن عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
إِنَّ مَثَلَ الْمُؤْمِنِ لَكَمَثَلِ النَّحْلَةِ، أَكَلَتْ طَيِّبًا، وَوَضَعَتْ طَيِّبًا، وَوَقَعَتْ فَلَمْ تُكْسَرْ، وَلَمْ تُفْسِدْ
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As R.A, beliau berkata: Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya perumpamaan seorang mukmin adalah seperti lebah, ia makan yang baik-baik, mengeluarkan yang baik-baik, bila ia hinggap tidak membuat dahan patah dan tidak merosakkan."
(Hadis Riwayat Ahmad, No: 6577)
Status: Hasan
Pengajaran Hadis:
1. Seorang mukmin perlu sentiasa melakukan amal kebaikan kepada sesiapa sahaja dan di mana jua.
2. Mukmin berperanan sebagai agen perubahan dalam masyarakat.
3. Seperti lebah yang menyumbang kepada pendebungaan dan menghasilkan madu, mukmin harus memberi manfaat kepada orang lain.
4. Mukmin perlu memilih rezeki yang halal dan bersih – dari segi makanan, pekerjaan, serta sumber pendapatan.
5. Seorang mukmin perlu mengambil dari sumber yang baik dan menyumbang perkara yang baik, menjadi aset bukan beban.
6. Ibn Hajar al-‘Asqalani menyebut bahawa lebah itu produktif, bermanfaat dan tidak merosakkan – ciri utama mukmin sejati.
7. Kita digalakkan meninggalkan legasi kebaikan – seperti lebah yang meninggalkan madu.
8. Kualiti ‘madu’ bergantung pada sumber – penting untuk menitikberatkan siapa guru kita, ilmu yang diperoleh, dan suasana pentarbiahan.
19 Zulkaedah 1446H | 17 Mei 2025M
No comments:
Post a Comment