Sunday, 4 May 2025

JANGAN TANGGUH MELAKSANAKAN IBADAH HAJI

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

JANGAN TANGGUH MELAKSANAKAN IBADAH HAJI

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
تَعَجَّلُوا إِلَى الْحَجِّ، يَعْنِي الْفَرِيضَةَ، فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي مَا يَعْرِضُ لَهُ

Daripada Ibnu Abbas RA, beliau berkata; Rasulullah SAW bersabda:
“Segeralah kamu menunaikan haji (yang wajib) kerana kamu tidak mengetahui apa-apa yang mungkin menimpa.”

(Musnad Ahmad No: 2721)
Status: Hadis Sahih


---

Pengajaran Hadis:

1. Menunaikan ibadat haji adalah kewajipan bagi mereka yang cukup syarat seperti berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan dan keselamatan perjalanan. Jangan sengaja melengahkan tanpa alasan yang dibenarkan Syara’.


2. Menurut Imam al-Syafi’i, kewajipan haji tidak semestinya dilakukan segera tetapi tidak juga boleh dilengahkan tanpa sebab.


3. Segera menunaikan haji ketika masih sihat dan berkemampuan adalah langkah bijak untuk mengelak kelewatan yang mungkin menyebabkan tidak dapat menunaikannya langsung.


4. Jika mampu, digalakkan menggunakan pakej haji yang tidak perlu menunggu giliran kuota jika tempoh giliran terlalu lama.


5. Bagi mereka yang sudah mendapat tawaran haji atau ada kemampuan lebih, jangan tunda ke tahun depan kerana kita tidak pasti sama ada masih hidup, sihat dan berdaya.




---

07 Zulkaedah 1446H
05 Mei 2025M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...