السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
HAJI DAN UMRAH MENGHAPUSKAN KEFAKIRAN DAN DOSA
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ، فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ، وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Laksanakanlah ibadah haji berserta umrah, maka sesungguhnya kedua-duanya akan menghapuskan kamu daripada kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana al-kir (alat peniup api) menghapuskan kekotoran besi, perak dan emas. Tidak ada balasan bagi haji yang mabrur melainkan syurga.”
— [Sunan al-Tirmizi, No. 738 | Hadis Hasan Sahih]
Pengajaran Hadis:
1. Menjadi kewajipan bagi Muslim yang berkemampuan untuk menunaikan haji dan umrah.
2. Ibadat haji dan umrah yang dilakukan dengan sempurna dan ikhlas dapat menghapus dosa seperti api yang membersihkan logam daripada kotoran.
3. Walaupun haji dan umrah memerlukan perbelanjaan yang besar, ia adalah jalan kepada keberkatan rezeki dan pelindung daripada kemiskinan.
4. Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani, Allah akan menggantikan perbelanjaan haji dengan rezeki yang lebih baik jika niatnya benar.
5. Hanya syurga menjadi balasan bagi haji yang mabrur – satu pengiktirafan tertinggi daripada Allah SWT.
Selamat mengerjakan ibadah haji dan umrah kepada duyufurrahman.
Rebutlah peluang menjadikan ibadah ini sebagai pembersih dosa dan jalan ke syurga.
09 Zulkaedah 1446H | 07 Mei 2025M
No comments:
Post a Comment