Friday, 30 May 2025

TAQARRUB KEPADA ALLAH

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

TAQARRUB KEPADA ALLAH

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ، ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ، ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي، أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda bahawa Allah telah berfirman:
"Aku bersikap mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, dan Aku bersama dengannya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, Aku juga mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam satu kumpulan, Aku mengingatinya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka. Jika dia mendekati-Ku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku berjalan, Aku datang kepadanya berlari (segera).”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, No. 6856)
Status: Hadis Sahih

Pengajaran Hadis:

1. Allah bertindak berdasarkan sangkaan hamba-Nya. Jika kita bersangka baik dan yakin kepada Allah, Allah akan memberikan yang terbaik buat kita.


2. Zikrullah secara ikhlas walaupun secara diam akan diberi ganjaran, apatah lagi jika dilakukan secara terbuka dengan niat ikhlas.


3. Usaha untuk mendekatkan diri kepada Allah, walau sedikit, akan disambut oleh Allah dengan lebih besar dan segera.


4. Amalan mendekatkan diri kepada Allah, terutamanya pada 10 hari pertama Zulhijjah, sangat digalakkan kerana ia waktu yang sangat mulia di sisi Allah.


5. Firman Allah:
فَٱذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَٱشْكُرُواْ لِى وَلَا تَكْفُرُونِ (البقرة: 152)
"Ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku akan ingat kepada kamu; dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu kufur (akan nikmat-Ku).”



📌 Amalkan zikrullah, perbanyak taubat, dan lipatgandakan ibadah dalam 10 hari awal Zulhijjah ini.

📅 03 Zulhijjah 1446H | 31 Mei 2025M

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...