السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
GURU DAN PAHALA YANG BERTERUSAN
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى ٱللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
"إِذَا مَاتَ ٱلْإِنْسَانُ، ٱنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ، إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ."
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat baginya atau anak soleh yang selalu mendoakannya."
(HR Muslim, No: 3084)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim bergantung pada amal soleh mereka semasa hidup. Kematian bukan penamat pahala.
2. Antara amalan yang berterusan memberi pahala walaupun selepas mati: a. Sedekah jariah – wakaf, derma, hadiah dan lain-lain yang dimanfaatkan oleh manusia, haiwan atau tumbuhan.
b. Ilmu yang bermanfaat – sama ada ilmu agama atau dunia yang digunakan untuk kebaikan, termasuk buku, artikel, dan medium digital seperti laman web, Telegram, WhatsApp, dll.
c. Anak soleh – yang berbuat baik dan mendoakan ibu bapa.
3. Galakan untuk melabur dalam amalan berterusan sejak hidup – sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan mendidik anak soleh.
4. Rancang kehidupan berorientasikan akhirat, bukan semata-mata dunia.
5. Ucapan terima kasih kepada para guru dan penyampai ilmu di pelbagai peringkat — dari tadika hingga universiti, masjid dan surau, serta penulis dan pendakwah digital. Moga semua penyampai ilmu terus mendapat pahala berpanjangan.
Guru Pemacu Reformasi Pendidikan
16 Zulkaedah 1446H | 14 Mei 2025
No comments:
Post a Comment